Bandung 5 Days 4 Night Itinerary

5 comments
Assalamualaikum.

Sorry lama tak update. Ade orang tunggu ke entry aku? Hohohoho. Walauapa pon thanks kepada yang sudi drop by. Kalau ada blog tinggal-tinggal la jejak boleh aku terjah. Meh cerita pasal bandung. Lepas 16 tips dalam entry sudah, aku cadang nak bagi contoh itinerary kepada sesiapa yang belum pernah ke bandung. Sesiapa yang dah pernah pergi mesti boleh rancang-rancang sendiri kan. Ini kerana sebelum aku ke bandung aku sangat laa tak sure apa aktiviti yang aku boleh buat kat sana, cukup ke masa, jauh ke jaraknya..

Trip aku umumnya 5 Hari 4 malam, tapi aku rasa aku hanya ada masa 3 hari 4 malam je, sebab apa. sebabnya hari pertama sampai aku sampai hotel dah pukul 6 petang makanya tak sempat nak kemana-mana selain boleh keluar makan sahaja la then rest untuk hari esok serta hari terakhir pukul 9 pagi dah kena ada di airport sebab flight pukul 11. Pukul 9.00 pagi kedai di bandung baru nak bukak ko dah kena prepare nak pergi airport dah. So 3 hari je lahh yang ada untuk spend quality time dekat bandung.

So here my itinerary, tapi sebelum tu aku nak habaq la kat korang semua yang aku tinggal dekat Aston Tropicana di cihampelas street.. Dekat sangat dengan Ciwalk.. Saja aku pilih hotel dekat ciwalk kunun-kunun boleh jimat duit supir.. Hahaha.. Tapi memang betul dekat area sini ada banyak tempat makan, oleh sebab aku tak sewa supir on 1st day coz dah petang baru sampai bandung, even without supir kami tak kebulur tak jumpa kedai makan, jalan kaki je boleh sampai ciwalk dah.

1st day - Flight ke bandung, naik teksi dari airport ke hotel (50000 rupiah) dan dinner di BMK ciwalk.

2nd day - Breakfast di hotel Meet up supir di hotel then terus zass ke pasar baru, makan tengahari di kedai makanan sunda then terus ke Factory Outlet di Jalan Riau dan Jalan Dago, Lawatan muhibah ke rumah Mode dan end up makan again di Ciwalk lagi.

3rd day - Breakfast di hotel, Meet up supir di hotel terus ke Tangkuban Perahu, makan tengahari ( aku cadang di kampung Daun) then boleh petik-petik stawberry, then boleh ke pasar terapung then akhirkan shopping di Paris Van Java dan toko anak kecil penat sangat sampai take away dinner di wendy je ;)

4th day - Breakfast di hotel, Meet up supir di hotel then zass ke Rumah Kain Sulam di Taman Kopo, Makan tengahari then keluar mencari amanda dan kartikasari brownies, then ke mall electronik, toko tiga, cibaduyut serta membeli ole-ole bandung macam pisang keju, kerepek nangka dll :)

5th day - Breakfast di hotel dan bersiap-siap untuk pergi ke airport. Even waktu weekdays perjalanan ke airport pon mengambil masa tau.. jangan lewat-lewatkan masa.. Nanti tertinggal filght.

Our days in bandung memang habis untuk shopping je.. Takde masa untuk berjalan melihat alam sangat. Plan asal hari ke 5 kami nak ke kawah putih, tapi oleh sebab kawah putih tu mengambil masa 3 jam untuk sampai, dengan aku kena kontrol salman yang melasak dan dengan keadaan jalan bandung yang berselirat serta jem, aku mudah pening kepala dan mabuk.. huhu. So kalau korang ada masa terlebih, makanya aku suggest la korang ke kawah putih gak :) ok.

Itu sahaja sampai jumpa lagi..
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

5 comments:

  1. love bandungggg :) paling saya suka adalah perjalanan dari jakarta ke bandung melalui jalan gunung ganang (puncak) ada ladang teh etc macam cameron highlands :)

    ReplyDelete
  2. Pre order bagelen @ brownies kartika sari dan amanda fresh from bandung.
    Whatsapp ina 0192633431

    ReplyDelete
  3. Nk prg dec ni... mcm sama jer wk2 kita prg balik.... rugi x klu hr smpi&balik tu kita sewa khidmat supir separuh hri...

    ReplyDelete
  4. Bercuti ke Bandung.... 3D2N RM200 | Sesiapa yang yang ada perancangan untuk bercuti ke Bandung, boleh hubungi baladewatour +6282216910022 (prefer whatsAap).

    Percutian ke Bandung 3D2N RM200

    Bandung trip Itinerary tour 3 hari 2 malam: est tiba pagi pulang petang.

    Day 1 - Welcome to Bandung kat Bandung airport (cadang tiba 8.00 am) terus shopping kat Pasar Baru Trade Center, lunch at local restaurant, shopping jeans kat Toko TIGA, terus bandung utara kawasan shopping area Riau, Dago dan setiabudi macam The Summit, Heritage, Stamp FO, Grande, Episode, Blossom dan factory outlet lain yang masih satu kawasan, dinner kat local restaurant, dan check in Hotel.

    Day 2 - After breakfast at hotel (8.00 am) go to tangkuban parahu (sila tengok gambar post ni), terus De'Ranch, terus Rumah Mode dan factory outlet lainya, get lunch at Rumah Makan Mang Engking 9One of the best sundanese food), shopping kat Cihampelas, get dinner at local restaurant, back to hotel.

    Day 3 - After breakfast (8.30 am) terus kartika sari untuk beli oleh-oleh kek khas Bandung, jika masih sempat boleh pegi Pasar Baru lagi, lunch at local restaurant dan terus airport Huseinsastra negara Bandung tok check in Flight. terima kasih.

    yup hanya RM200 je.. jom pegi Bandung jika berminat sila contanct.. kami juga ada pakej lain 4D3N etc..

    konsultasi percuma : WhatsApp +6282216910022
    sila kunjung web kami
    www.tourmalaysiabandung.com
    www.baladewatour.com

    ReplyDelete
  5. Salam sejahtera Tuan / Puan semoga semua senantiasa diberikan kesehatan dan dimurahkan rezeki nya (amiin). kami disini nak menawarkan semua kereta tuk (Bandung/Jakarta City Tour). Bagi siapapun Tuan / Puan yang dah ada plan tuk bercuti di Bandung/Jakarta dan memerlukan kereta untuk transportasi semasa di Bandung/Jakarta boleh sahaja PM atau Whatssapp sahaja dekat
    Call : +6282214441280
    +6282216270779
    WhatsApp : +6282214441280
    +6282216270779
    Email : Dhanibandung@yahoo.com
    Dijamin kami bagi harga yang sangat berbaloi & service yang terbaik / layanan 5 Bintang ***** (Insya Allah).
    Mohon maaf Tuan/Puan apabila ada ayat yang kurang berkenan dalam Promotion yang kami tawarkan..

    Nb : Yang lebih mahal banyak yang lebih murah pon ada, tapi kami jamin yang terbaek tetap Dhani Bandung (Insya Allah) jom jom di Bandung murah jer , Terima Kasih..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.