Tuesday, 29 May 2012

Can't wait for raya

Sudah.. Puasa pon belum ( ganti puasa dah abes ye hikhik ) sudah tidak sabar nak raya apa kes ni? Hihi. Seperti mana yang korang baca di post mukadimah sue dah masuk rumah baru kan.. Jadi memang xsabar nak beraya di rumah baru. Ada lebih kurang lagi 2 bulan nak puasa n 3 bulan lagi nak raya. Masuk rumah baru, kami hanya makeup sikit2 runah.. pasang grill, cornice, wiring dan tembokkan rumah je. Perabot memang kami tak beli langsung pakai apa yg kami dah sedia ada beli waktu masuk rumah sewa, barang letrik semua dah complete serta sofa+ coffee table dan katil+tilam memang dah beli siap. Selama ni hidup dengan tu je. We buy banquet table sebagai meja makan. Tinggal berdua je kan. kami beli 2 folded chair untuk duduk time makan. mostly actualy memang kami makan depan TV je.. tak senonoh kan laki bini ni hahah.

Jadii... last saturday, we manage tu grab 2 wardrobe, 8 ft by 8 ft dan 6 ft by 8 ft and a dining set for our house. Within our budget, that make me happy. Dalam perjalanan survey2 kami sebelum ini kami tetapkan budget MYR 3500 untuk almari bilik master n bilik tamu, then another MYR 3000 untuk dining table. Syukur alhamdulillah kami dapat beli dengan harga lebih murah di furniture fair di persada johor sabtu epas. Sebenarnya pergi sebab saje nak survey, tapi daripada survey2 terus terbeli.. Aik.. Hehe. begitulah laki aku, bile dia kata nak beli memang terus beli. siap fullpayment lagi.. haih haihh.. cuma meja makan kami bayar MYR1k dulu balance akan bayar cash time dining set tu datang nanti.

Selepas balik dari PERSADA kami jalan-jalan di KIP Home Mart di Masai. Sudah sangat dekat gile dengan rumah. Pusing-pusing sempat la survey-survey another set katil+tilam di sana around 1.5k then pusing-pusing tengok hiasan rumah, tengok munge-munge yang bakal menghuni rumah nanti.. seronok betul menyurvey.. selesai tawaf satu kip home mart tu kiteorang stop di destinasi terakhir sebelum balik sebab dah nak marghib.. iaitu kedai karpet.. tapi tuan-tuan dan puan-puan bukan untuk membeli carpet, tetapi untuk membeli cermin yang sangat giler murahan. kami beli 2 cermin besar. satu extra besar untuk ruang tamu, another one yang kecik sikt untuk bilik master. size yang extra besar lebih kurang 175 cm by 85 cm gitu. yang kecik panjang sama cuma agak kurang lebar. puas hati tengok cermin sebab nampak satu badan. suke suke.. kedua-dua cermin jumlah RM400. tapi aku bagi tau siap-siap, cermin nya made in China dan ade calar sikit frame. tapi sikit je, boleh cover ngan marker hitam. yang penting aku ada cermin besar, korang ada?? alamak riak plak.. tak boleh tak boleh.. tukar ayat.. korang pon boleh ada..

Cermin dah siap pasang semalam. Orang kedai datang pas kerja and tolong hantar dan pasangkan kerana laki aku sangat extra malas untuk mendrill dinding plus our drill kawan dia pinjam sampai sekarang belum pulang-pulang. Dining set akan sampai Jumaat ini, pon selepas kerja. dan almari since dia kena custom made dulu akan sampai 11 jun nanti. aku mohon Allah permudahkan segala urusan. Jangan la ada masalah.. So layan dulu sedikit gambar sebelum make-up ek..

tengok.. nampak kan aku letak meja kopi kat tepi sebab senang kami laki bini makan sambil tengok TV

Dapur hijau ku.. pendek je kan.. hijau pilihan suami, kalau aku  pilih, aku pilih pink.. dapur ni fully aluminium :)

Ni cornice pilihan hubby.. semua dia pilih. kesian aku tak leh feeling design rumah.
Rumah kami belom bertema lagi. Ingat nak cat feature wall bile semua perabot ada. tak tau nak pilih kaler ape. tapi bile tengok semua perabot yang sedia ada, langsir dan dining set yang dibeli, semua warna tanah which is kelabu, cream and coklat.. buntu lagi ni nak pilih feature wall warna ape.. dinding lain warna apa. kat mana nak letak feature wall.. hahaha..Bile semua dah sampai perabot  nanti aku tempek gamba lain plak ye. Insya Allah..

1 comment:

  1. aslm awk..berminat la dgn price for ktchen cabinet awk..its affordable..bleh sy dptkn no contractornya? pls email me at iznilazis@gmail.com Tq

    ReplyDelete

Powered by Blogger.