Tuesday, 5 June 2012

Sudut Ilmu 1: Waktu diharamkan solat.

Assalamualaikum.

Hari ni nak share satu info. Actually info ni dah lama sedar dan tau cuma tak ingat. Soalan yang sama aku pernah ajukan pada akak rumet aku yang masa tu sedang belajar untuk jadi ustazah, hehe, dia amek penddikan quran dan sunnah. Jadi aku saje la mengambil kesempatan sebab aku jahil sikit bab ni, dulu aku bantai je solat sunat bila-bila pon, yang aku tahu tak boleh solat lepas subuh dan tak boleh solat masa sebelum marghib. Itu je. Nasib baik aku tanye, kalau tak sampai bila-bila la aku kalau nak solat hajat bantai je lepas asar. Konon-konon tunggu waktu nak marghib laa. Aku stop setengah jam sebelum marghib je (ni sebab fahaman sebelum matghib tak boleh solat sunat la ni, haih betapa jahilnya) Bila akak rumet aku terangkan baru aku tahu detail dan jelas, siap dia bukak buku dia bacakan untuk aku. Suka aku, dalam hati terdetik, haihh untung anak murid dia ni nanti, ustazah semangat memberi penerangan siap contoh lagi untuk aku mudah faham.

Aku nak terang balik satu-satu, ilmu tak penuh didada, tapi td aku tanya incik google and cari penerangan yang seperti rumet aku beri dan aku faham Alhamdulillah jumpa. Mudah faham, insyaAllah. Aku share kat sini, untuk makluman semua dan supaya aku sendiri mudah refer balik. Al maklumlahh, memory masih USB 512MB. Hikhikhik.

Sumber dari sini. Tapi aku copy paste di blog aku je semua. Agak-agak korang boleh bagi link info yang lebih detail dan mudah faham, bagilah ek. Sangat di alu-alukan. Ade yang detail sangat aku tak faham sangat, takut jadi konpius pulak. jadi aku ambik yang hampir setara dengan apa yang aku faham dan yakin dengan penerangan rumet aku tu dulu.

----------- copy dan paste --------- 

Pernah suatu ketika ingin pulang ke rumah, saya menahan satu teksi, sambil memberikan salam kepada rakan yang masih menunggu bas untuk pulang.Tidak beberapa lama, pemandu teksi itu menyuruh saya duduk ke hadapan kerana ingin bertanyakan soalan.Pelik!!! orang arab nak tanya aku soalan???

..Diringkaskan cerita,sebenarnya dia ingin bertanyakan tentang waktu haram solat.

Baru-baru ini juga, seorang rakan dari Malaysia bertanyakan soalan yang hampir sama iaitu bolehkan solat hajat selepas solat subuh??,memandangkan perkara ini dilakukan di kampungnya.

Perkara ini pernah disebutkan di dalam hadis :

عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم نهى عن صلاة بعد العصر حتى تغرب الشمس ، وبعد الصبح حتى تطلع الشمس

Maksudnya : Dari Abi Hurairah r.a :Sesungguhnya Rasulullah s.a.w melarang dari mengerjakan solat selepas asar sehingga terbenam matahari dan solat selepas subuh sehingga terbit matahari.[hadis riwayat Imam Bukhari,Imam Muslim,Imam Abu Dawud,Imam Tirmizi,Imam Nasaie dan Imam Ahmad

Untuk rumusannya saya nukilkan dari kitab At taqrirat as sadidah fi Al masail mufidah Syaikh Muhammad bin Ahmad Hasan Al Kaaf.cetakan Dar Al Mirath An Nabawi ms 192 -194 di dalam tajuk Al Auqat Allati Tahrumu Fiha As Solah

Waktu-waktu yang diharamkan solat

Sebahagian As-Sayafieah mengiktibar sebagai (waktu-waktu yang dimakruhkan untuk solat) iaitu tegahan karahah tahrim[Karahah tahrim adalah apa yang di sabitkan haramnya itu dengan dalil yang ihtimal dan perlu kepada takwil]

Waktu yang diharamkan untuk solat ada lima :Tiga berhubung dengan waktu dan dua berhubung dengan perbuatan

Waktu waktu yang diharamkan solat yang berhubung dengan waktu

1) Dari terbit matahari sehingga tegak dengan kadar tombak dengan pandangan mata iaitu bersamaan 16 minit.(dalam tempoh 16 minit setelah matahari terbit)

Kadar tombak adalah 4 darjah

Satu darjah bersamaan 4 minit

2) Dari istiwa (pembahagi dua) matahari sehingga zawal (gelincir).Tempohnya terlalu singkat,diharamkan solat ketika ini.

Istiwa adalah : matahari berada di tengah-tengah langit

Zawal adalah : Condongan matahari di tengah-tengah langit

3)Dari langit kelihatan kekuning-kuningan sehingga maghrib.

Waktu-waktu yang diharamkan utuk solat yang berhubung dengan perbuatan

1) Selepas melaksanakan solat subuh sehingga terbit matahari

2) Selepas melaksanakan solat asar sehingga terbenam matahari

Solat-solat yang diharamkan pada waktu yang diharamkan untuk solat,( waktu yang lima) terbahagi kepada dua:

1) Solat-solat sunat kerana sabab muta'akkhir (sebab terkemudian) .Ia terbahagi kepada enam:

a) Solat sunat ihram

b) Solat sunat istikharah

c) Solat sunat keluar dari rumah

d) Solat sunat musafir

e) Solat sunat Qatl

f) Solat sunat hajat

2) Solat sunat mutlak,iaitu solat yang tanpa sebab dan tiada waktunya,seperti solat tasbih dan sebagainya yang tiada waktu yang khusus untuk melaksanakannya.

Waktu-waktu yang terkecuali daripada waktu yang haram iaitu berhubung dengan tempat dan waktu.

1) Tempat : Tanah Haram mekah : iaitu di dalam masjid haram dan kawasan-kawasan tanah haram di mekah,maka dibolehkan solat di kawasan ini pada bila bila waktu tanpa ada waktu yang diharamkan.

2) Waktu : Dari waktu istiwa sehingga zawal pada hari jumaat

Tidak diharamkan untuk melaksanakan qada solat pada waktu-waktu yang diharamkan untuk solat. (boleh melaksanakan qada solat pada bila bila waktu tanpa ada waktu tahrim)

Begitu juga dengan solat-solat sunat kerana sabab mutaqaddim (sebab terdahulu) seperti sola sunat wudhu dan solat sunat tahiyat masjid,ataupun kerana sabab muqaran (sebab bergandingan) seperti solat gerhana matahari dan bulan.

Hukum solat ketika khutbah jumaat

Apabila khatib sedang berkhutbah di atas mimbar,maka diharamkan untuk solat walaupun solat itu adalah solat qada kecuali solat sunat tahiyat masjid dan diwajibkan untuk meringankan (mempercepatkan) solat tahiyat masjid itu dan tidak boleh menambah dua rakaat lagi selain dari solat tahiyat masjid yang tadi.. 

--------------- Copy dan paste-------------

Version yang paling mudah aku faham, insyaAllah :D. kalau ada salah silap boleh komen ye, sama-sama meningkatkan ilmu yang cetek lagi ni.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.