Thursday, 2 August 2012

Ramadan Dulu Ramadan Sekarang Part 1

Assalamualaikum.

Dah ramadan ke 14 baru terkedek-kedek nak tiap entry ramadan. Kali ni nak cerita pasal comparison ramadan dulu dengan ramadan sekarang. Noted: Ramadan dulu ramadan zaman anak-anak sekolah.. Ramadan sekarang, ramadan isteri orang.

Niat Puasa:

Kalau dulu time sekolah duduk dengan mak bapak, niat puasa sebulan ramadan baca bersama-sama mak, ayah dan adik beradik lain. Time masuk Universiti pon sanggup telefon mak malam 1st ramadan semata-mata nak niat sebulan ramadan. Kalau time tu mak dah baca, mak kena ulang baca balik untuk anak dara dia sorang ni ikut. Mak kalau baca niat puasa ulang sampai tiga empat kali maksud dan lafaz. tak tahu kenapa. tapi ikut jugak laa, mak baca doa rujuk kertas mak simpan sekian lama, tiap tahun belek kertas yang sama. Untuk niat tiap hari, pandai-pandai baca sendiri. :P

Ramadan sekarang, niat sebulan ramadan dah tukar ketua, sekarang tanggungjawab suami, suami baca doa 1 kali lafaz 1 kali maksud, tak ulang-ulang banyak kali. Suami baca doa rujuk internet, sebelum nak baca google dahulu, then bini comel ikut sama. tiap tahun pon macam tu. Kemudian telefon mak wish selamat berpuasa je. Niat puasa hari-hari dulu baca sendiri sekarang ikut suami, baca doa masa sahur, kalau terlepas sahur tak baca la, tapi kadang-kadang dah niat sendiri sebelum tidur, bangun sahur baca lagi.

Terawikh
Zaman dulu ada 2 fasa terawikh, Fasa pertama, sebelum akil baligh, tak pernah pergi terawih bulan puasa. Noktah.

Fasa kedua, selepas akil baligh yakni 12 tahun, mak dah start "paksa" pergi terawikh. Kenape kena paksa, sebab kakak boleh tak pergi, kita kena pergi hari-hari (kecuali time cuti cik P la). Dulu pergi terawikh jalan kaki, pergi jalan lain, balik guna jalan lain. Terawikh dulu lengkap sampai 21 rakaat, tak pernah pergi terawikh hari pertama, selalu akan start hari ke dua.. hehe.

Ramadan sekarang, terawikh pergi naik kereta, pergi 1 jalan balik pon jalan yang sama, means akan tengok perkara yang sama, pergi lalu trafik light dan sekolah serta padang, balik pon lalu trafik light, sekolah dan padang yang sama (kan jalan raya 2 hala.. kikiki) Terawikh start hari pertama, buat sampai 8 rakaat sahaja, owh plus witir 3 rakaat.

Juadah Berbuka

Dulu bazar ramadan adalah saat ditunggu, pergi bazar selalu dengan bapa, naik motor kapcai bapak bawa slow sahaja, selalu gaduh dengan adik sapa dapat ikut bapa, tapi selalu menang kat aku. beli kat bazar selalu kuih-kuih sahaja, makanan berat mak dah masak semua. jadi bapa akan ikut faveret anak dia dan belikan untuk yang lain juga. Juadah buka, kuih muih potong ikut bilangan famili, bile buka anak-anak berebut makan itu ini, bapa n mak akan makan apa yang ada.

Sekarang juadah berbuka beli di bazar ramadan juga, dulu bazar ramadan satu keseronokan sekarang bazar ramadan satu keperluan, pergi pun lepas balik keja, pergi naik kereta, suami bawa ikut mood dia. makanan berat dan kuih-kuih semua pon beli kat sana. Suami confirm akan bawa bini dia untuk teman tiap masa, dah tak yah gaduh-gaduh nak bawak sapa.. beli makanan ikut selera suami, kadang-kadang ikut tekak bini tetapi selalunya tekak suami la..bini ikut je sebab makan semua benda..Bile buka bini makan tunggu suami suap, makan semua sama-sama.. tak de berebut semua rasa. Owh hari sabtu ahad bini tak keja tak pergi bazar, bini rajin dia masak, setakat ni baru masak 2 kali sebab sabtu lepas kerja, ahad iftar di hotel dengan kawan sekerja.

Sahur

Dulu sahur, mak akan kejutkan, bangun-bangun semua hidangan dah disediakan, tinggal makan then cuci pinggan cuci tangan. Kemudian sambung tidur, subuh nanti bapa kejutkan. Baru subuh then siap-siap pergi sekolah. Time Universiti, sahur pukul 12 malam, bangun pukul 4.00 pagi, gogok air sikit kemudian tidur lagi.

Sekarang sahur, alarm yang kejutkan, juadah buka cuma hampir setiap malam koko krunch. nasi-nasi semua tak makan, kecuali masak sendiri untuk buka baru ade balance nasi boleh makan. lepas sahur, tidur semula, nanti subuh suami kejutkan bangun subuh baru siap-siap pergi kerja.

Ok cukup dulu kot, dah nak start keja, part 2 akan disambung, insyaAllah :)



0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.