Sunday, 23 December 2012

Pull out bed for kids untuk tetamu

Assalamualaikum.

Salam hujung minggu. Macam mana hujung minggu anda? Me and my hubby having a sweet time relaxing kat umah sambil tengok movie detective conan. Oleh sebab movie conan dalam laptop so tak dapatlah berbelog dr laptop so sekarang berblog dr ipad.

Actually nak cerita pasal pullout bed yang aku dan husband beli untuk family aku last 3 week bila both my sister, parent nieces and nephews dan my bro in law datang umah dari KL. Slumberkids series pull out bed from slumberland yang terdiri daripada pakej supersingle divan, supersingle matress, single matress, 2 slumberkids pillow plus a unit of pullout platform. Yang bestnya pullout bed ni korang boleh biarkan pullout berada dibawah atas aras lantai, or boleh tinggikan searas dengan tilam atas, so dah jadi macam ala2 king gitu katil. Dan lagi slumberkids series ni headboardnya boleh bukak untuk simpan novel ke, simpan extra pillow ke or simpan mainan anak-anak korang. 

Pada furniture fair di persada johor minggu lepas, aku jumpa katil yang sama dengan yang aku beli sebijik dengan harga RM2299, complete set macam yang aku bagitau tadi. Dan aku membeli katil yang sama ni dengan harga RM1800 sahaja bukan kat furniture fair persada ni, aku beli kat kedai perabot biasa. Korang jeles tak aku dapat lagi murah? Ngeh3. Ade rahsianya.. Rahsianya adalah ko kena beli another katil divan vono yang berharga RM900 tak termasuk tilam, tilam aku dah beli dulu di kedai yang sama dengan harga RM1200. Oleh kerana membeli secara customer tetap makanya dapat special price.

Next entry aku cerita pasal divan vono tu plak yer. Best tau set vono ni, divan dia ko bleh convert jd tilam extra klu tetamu terlebih ramai..

Pullout bed ni aku letak di bilik tamu 2nd yang akan diconvert menjadi bilik anak aku nanti bila baby lahir. Ni perancangan jangka panjang jugaklah. Buat masa ni biar akak2 dan abg2 baby guna sekali sekala bila diaorg mai, since mak baby dan nekad dan tekad nak beli baby cot untuk baby. Lagipon kakak ain sekarang sokmo tidur jatuh katil, sib baik achik nya katil ade pullout, kalau tak tak pasal2 anak dara kepala benjol jadinya..

Slumberkids series multi option II pullout single bed
Click untuk lebih besar.
Katil ni boleh jadi single bed, boleh jadi katil single bertingkat dan boleh jadi katil double. Rasanya worth the money la kot since terus siap bertilam dan bantal. Tilam dia pon not bad, selesa untuk tidur. 
Sila abaikan tilam yang togel tak berbed sheet kerana tengah didobi.. Hahahha. 
Tilam kaler hijau tu tilam single yang I beli time dekat tangkak dulu. Heheh tu size single, kalau korang tengok tilam slumberkids tu lebih besar sikit kan? So lebih kurang di situ, tp pullout bawah tu size sama dengan tilam single hijau tu. Slumberkids ni datang dalam warna putih je kot, aku tak tau la ade warna lain ke tak, tapi dont worry leh lap punya kalau kotor. Aku lap pakai sabun dah hilang dah headboard dia yang kotor sikit aritu. 

Boleh dijadikan tempat untuk simpan extra pillow atau mainan
Oklah sekian untuk hari ini.

1 comment:

Powered by Blogger.