Saturday, 20 April 2013

No more counting, he is finally here.. 1st part

Alhamdulillah.

Dah sampai ke hujung penantian. We are officially mama and papa. Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan. Instinct hati untuk cuti hari khamis 4 april2013 tu untuk berehat memang dah diaturkan Allah kerana aku akan perlu tenaga untuk berjuang melahirkan seorang khalifah Allah di dunia pagi jumaat 5 april 2013 tu.. Macam entry lepas, start rasa sakit mild contraction (baru confirm boleh kate contraction) awal subuh. Masa tu amek masa dah selang 5 minit. Tapi sangat mild, manja-manja gitu..pagi tu sempat tidur la jugak, rehat makan rehat lagi. Masa tidur tak rasa pon sakit. Masa jaga je, soo masa tu tak tau pon contractin, ingatkan persediaan rahim nak contraction je.. Tapi menjelang petang rasa makin sakit. Tapi selang 10 minit pulak.. Dah makin lame pulak selangnya.. Rasa pelik sebab patutnya bukan makin kerap ke.. Tahan lagi, tapi rasa cam takut-takut pon ada. Petang tu hubby balik kerja lambat. After balik kerja sibuk pulak nak main futsal lepas marghib. Balik pulak dah pukul 10 lebih. Masa tu aku rilex-rilex lagi baca novel lepas makan malam melayan rasa sakit sambil tengok tv duduk-duduk di sofa. Masa tu aku dah tak amek pun selang masa.. Melayan sakit je..

Owh lupe, petang tu aku comfirmkan semua barang baby dan hospital bag dah dimasukkan. Hehe. Aku tak siapkan pon beg dengan lengkap lagi. Ade satu dua barang last minit yang belum masuk. Sebab tu takde entry pasal hospital bag. Hee :-)

Ok sambung balik. Bile hubby balik dari main futsal. Aku pon kate jom pergi hospital, sakit makin kuat, check je just in case. Hubby pon tanye, tak tahan dah ke.. Aku jawab "tak, check aje mane tau"  memang la aku rasa tak berape nak sakit sangat macam yang aku imagine, lagipon tak keluar satu ape tanda lain pon. So hubby aku kate dia nak mandi dulu lepas main futsal then solat isyak dulu. Aku pon oke je.. Aku tukar baju then Aku susun beg hospital dan beg baby, sempat lagi mendonlod game di ipad kononnya kalau masuk wad boleh layan bosan. Aku baca balik teknik pernafasan untuk bersalin dan convertkan fail teknik tersebut ke dalam format pdf untuk simpan dalam ipad since celcom broadband aku dah terminate since pakai unifi. So bile berada di luar rumah, ipad hanya untuk hiburan offline semata. Aku Transfer 2 movie menarik untuk tontonan.  Siap je semua aku pon ketuk bilik mak aku kate aku nak pergi hospital dah nak check sebab dah makin sakit. Mak aku tanye ade tande lain ke.. Aku cakap takde.. Dah salam-salam ngan mak ayah aku minta maaf siap-siap dan mintak didoakan aku dipermudahkan bersalin, kami terus zasss ke hospital.. Sepanjang perjalanan 15 minit ke hospital aku amek selang masa sakit, kot-kot doktor tanye kan.. Sepanjang 15 minit tu, aku sakit 5 kali.. Maksudnya selang masa dah 3 minit.. Aku pon owhh, makin cepat dah, aku tak rasa sakit pinggang pon.. Aku ingat mungkin braxton hicks ke ape, tapi ade ke orang dah dekat-dekat nak bersalin ni diistilahkan braxton hicks lagi. Owh rasa naifnyaa.. 

Sampai Unit kecemasan dan bersalin HSI around 11.15pm hubby dropkan depan pintu kecemasan then dia pergi parking. Sampai je registeration nurse minta buku merah dan kad appointment pakar then dia suh masuk bilik saringan untuk check bukaan. Sejuk gile bilik saringan, aku sampai mengigil-gigil menahan kesejukan. Nasib baik doktor yang check perempuan, kecik je orang nya.. Dia kate nak check bukaan.. Aku dah terbayang kengerian diseluk.. Sib baik dia seluk dengan penuh sopan santun.  Seluk masa wat HSG lagi sakit la aku rasa, aku amal petua aku guna masa HSG, dia nak seluk aku tarik nafas..dah setel check dia kate dah bukak 4 cm, aku ucap alhamdulillah dalam hati, teringat cerita kak niza kalu dia 1st check angka no genap, nanti insyaAllah mudah dan cepat bukaknya. Tapi tak comfirm pon lagi aku ni akan cepat ke tak bukaknya..

Aku tak taupon bile dah 4 cm dah boleh tolak ke labour room, nurse kasi aku baju dan sarung pink, mintak aku tanggalkan semua baju dan pakai baju hospital tu sahaja. Dah salin baju, then aku dengar hubby aku di panggil.. Dia lak cam terpinga-pinga tengok aku dah tukar uniform, yelah both of us mati-mati ingat belum sampai masa lagi sebab semua orang cakap anak 1st lambat sikit. Aku pon serahla semua baju yang aku pakai dan sandal aku. Then aku menunggu lah di bilik saringan dengan berkaki ayam dan baju pink.. Aku start baca rabbiyassir dan doa nabi yunus dan semua doa yang aku tau untuk dipermudahkan bersalin..

Bile rasa contraction datang aku jalan-jalan pusing bilik saringan dengan berkaki ayam sampailah nurse datang dengan wheelchair dan sorang aku ke labour room. Nasib aku baik, sesejuk-sejuk labour room aku dapat bilik yang aircond dia tak berape nak sejuk. Takdelah aku mengigil giler.. Tapi nurse tetap bekalkan aku selimut. Nama dia nora.  Dia pasang bendalah apetah untuk monitor jantung baby dan contraction dan juga water drip dan kawal gula .. Then doktor perempuan melayu masuk dia check bukaan lagi still 4cm dan pecahkan air ketuban aku.. Bile dia pecahkan air ketuban aku rasa macam terkencing, panas je mengalir keluar. Nasib baik aku dah kencing sesiap dalam toilet masa tukar baju tadi.. Doktor bagi estimation time aku akan bersalin, mase pecah air ketuban adalah 12.30 am, dengan bukaan 4 cm, diaanggar akan bukak 1 jam 1 cm.. So aku dijangka bersalin jam 6.30 pagi..  Doktor akan check bukaan sekali lagi  pada jam 4.30 am nanti.. Start 1.30 tiap 1 jam nurse akan pantau contraction dan jantung baby.. Nurse minta aku kira sendiri dalam masa berapa minit contraction ade berapa kali. Husband aku dah masuk dah masa tu, dengan rajinnya bertanya untuk ape kira, rupanya kalau contraction maintain 4atau lebih dalam masa 10 minit jalan senang bukak.. So aku mengharap laa jalan senang bukak bile contraction aku maintain 4 kali dalam masa sepuluh minit.. Nurse bagitau kalau rasanak terberak bagitau dan jangan teran dulu..

Dari rasa contraction macam nak senggugut yang makin kuat lama-lama aku rasa contraction tu dah tangkap kat pinggang.. Baru rasa dia tarik pinggang membuatkan aku mengeliat tak hengat Hoho, aku dah lupa da cara teknik pernafasan, tak sempat nak revise balik dah Terus kena tolak masuk labour room.. Yang aku ingat he he hoo jee.. So aku he he hoo la.. Tarik guna hidung 2 kali then hembus panjang dengan mulut.. Bile tengah concentrate dengan teknik bernafas aku cam tak terlayan dengan contraction sambil mata tengok jam menunggu detik contraction mengurang.. Sambil tu mulut aku tak putus baca selawat, rabbi yassir dan doa nabi yunus.. Lepas je pecah air ketuban tadi sebenarnya nurse ade offer ubat tahan sakit cucuk kat montot, aku tanye ade side effect tak kat me or my baby. Dia kate kalau masih bukaan 4 ni boleh cucuk lagi, side effect nya aku nanti cam high-high dan ngantuk sikit, baby mungkin kurang aktif sikit depends la dengan tahap penerimaan dia macam mane.. Kalau dah bukan 6 cm drug tu dah tak boleh bagi dah. Aku kena tahan sakit sedaya aku.. So oleh sebab aku makan panadol sebijik pon ngantuk bagai, ini kan pulak pain killer, aku pon refuse je lah drug tu demi baby..

Bile contraction mengila, aku rasa posisi yang aku still boleh tahan sakit adalah menelentang, kalau mengiring aku rasa lebih sakit dan sungguh tak selesa.. So menelentang la aku sambil sometimes aku rasa cam air ketuban mengalir lagi sikit, nurse kate sebab kepala baby masuk laluan.

Dari pukul 12.30am sampai 3.30 am, aku melayan contraction sambil nurse kate bacaan contraction aku cantik dan baby pon ok dan tak stress.. 3.30am aku rasa cam nak terberak sikit, aku suh hubby panggil nurse untuk check bukaan, nurse check bukaan dan 7cm, masa ni dia kosongkan bladder aku supaya kepala baby boleh turun lagi. Banyak jugak aku rasa air kencing aku.. Heheh. Dah setel semua aku pon menanti lagi kerana pukul 4.30 doktor akan datanguntuk check bukaan pulak, tapi around 4.15 gitu aku tak tahan giler rasa nak terberak nurse datang balik dia check dah 10cm, agaknya bladder yang penuh tadi menghalang kepala baby turun sepenuhnya.. Nurse pon kate ok dah boleh teran, bile contraction datang aku teran sekuat hati, tapi aku teran slah cara kot, sekejap betul sekejap teran kat muka.. Aku rasa ada 3 kali aku teran baby belum boleh keluar, nurse yang entertain aku sorang je.. Kemudian masuk lagi sorang nurse yang macam veteren sikit, dia suh aku mengiring, bile contraction try berak dia kate.. Aku pon mengiring, bile contraction aku teran.. Dua kali contraction, dua kali teran mengiring aku rasa sangat-sangat-sangat-sangat-sangat nak terberak, aku rasa nak nangis dah. Nurse suh telentang balik dan terus ke posisi teran dan teran, kali ni nurse suh hubby bagitau aku kepala baby dah nampak, ape lagi laki aku, cepat yang kepala baby dah nampak. Dengar je dah nampak aku teran sekuat hati dengan bantuan episotomi sikit sekali teran lahirlah muhamad salman faris dengan ucapan assalamualaikum oleh nurse aku dengar baby menangis, segala sakit tadi hilang entah ke mana. Aku rasa ringan sangat. bile nak potong tali pusat nurse suh aku selawat, lepas potong tali pusat nurse tunjuk bebird dia kat aku suh aku jawab baby boy ke girl, laki aku pulak yang sibuk jawab on be half aku tapi nurse nak dengar aku cakap jugak.. " baby boy" then diaorang balut baby then letak dekat dada dan suh peluk. Aku rasa cam nak menangis tengok baby yang aku kendong ke hulu ke hilir selama ini, yang aku tunggu dan aku nanti-nanti sejak bergelar isteri. Mama sayang muhammad salman faris. ( erk time ni takde nama lagi, so just mama sayang baby). Alhamdulillah dipermudahkan semuanya.. Tak sangka tarikh yang terdetik dihati, 130405 sebagai pangkal no ic baby aku betul-betul merupakan tarikh dia lahir ke dunia.. Syukur ya Allah..

Ok, aku rasa ni 1st part, part lain aku cite macam mane usaha nurse dan doktor nak keluarkan karung kembar salman dan juga pengalaman aku dan salman bermalam di ward. Hihi.

Ok dada..




4 comments:

  1. Su, tahniah atas kelahiran salman. Bc pengalaman su sambil terbyg sakitnya. Blh gitu? Happy bf

    ReplyDelete
  2. Seronok dengar pengalam ibu bersalin... Hopefully Allah akan beri peluang juga pada i nanti...Amin... Can't wait nxt entry :-)

    ReplyDelete
  3. Congrate sue..Alhamdulillah selamat semuanya..
    Bc part nk push tu dina pun trbayang nk push sama..heee..moment berharga.bukan senang nk melahirkan.

    ReplyDelete
  4. Congrats and take care
    Slmt berpantang

    ReplyDelete

Powered by Blogger.