Assalamualaikum..
Hadiah harijadi impian, haaaa gitu mengembirakan tajuknya..
Bulan mei dah menghampiri penghujung bulan setiap kali tarikh gaji menjelang which is this coming thursday kan? Heheh.. Lepas bulan mei, adalah bulan jun, bulan kelahiranku.. Jadi siap sedialah hubby menyediakan apa yang patut sebagai hadiah hari jadi.. Wahaha..
Selalunya birthday present dapat awal..
So gaji bulan ni nak request hadiah sekarang laa. Lagipon ni keperluan ni.. Kalau boleh nak segera. Hadiah untuk mama sekali dengan salman sekali.. Baik hati kan mama nak share hadiah dengan salman.. Hihihi..
Ape dia?
Diaper bag!
Hahhah.. Diaper beg sebagai hadiah hari jadi, sungguh pelik hadiah harijadi impianku..Sungguh mak-mak betul..oleh sebab dia hadiah hari jadi, haruslah diaper beg yang superb betul kan.. Diaper beg ala-ala designer handbag gitu.. Dah lama mengidam nak beli coach, dapat ke idak diaper bag coach, tak pernah nampak plak dalam butik coach kat jpo, ke ade cuma tak pernah perasan sebelum ni..
Huhu, hopefully la papa baca blog mama sebelum pergi KL nanti, tak dapat coach storksak pon boleh.. Papa awak kan unpredictable salman, macam kes beli stroller, daripada nak halford, terus beli combi, termakan jugak hasutan mama. Hahahaha, penat kot agaknya tangan papa gendong sibulat mama pegi shopping..
Nanti mama cite kisah beli stroller awak ye salman, kalau awak baca dah besar nanti mesti gelak-gelak.. Hahaha. Thank you ye sayang mama, dalam diam awak berjaya mempengaruhi papa beli stroller idaman mama.. Walaupon harganyaa.. Fuhhh.. Investment untuk adik-adik awak nanti.. Kite jaga ferrari merah awak tu sama-sama ye..
P/s kalau papa tak beli stroller tu, mesti impian hadiah harijadi mama adalah stroller awak.. Oleh sebab papa dah beli, makanya impian harijadi mama menjadi diaper bag pulak. Nanti tunggu pulak ape impian hadiah anniversary pulak yee.. Belum dapat fikir lagi ni, nanti kite fikir sama-sama yee..
Powered by Blogger.
0 comments:
Post a Comment