Sunday, 16 June 2013

Of choosing name

Assalamualikum.

Pemilihan nama anak. Bile dapat tau aje pregnant i feel soo excited nak pilih nama anak, then buat perjanjian dengan hubby if boy hubby yang decide nama kalau girl aku yang decide.. Tapi nama mesti dipersetujui bersama..

At 4 month, bile scan doktor kate maybe its a girl.. So mama leh pilih nama baby.. Tapi doktor kate tak comfirm lagi dia bagi percentage 50-50.. Dia kata selalunya at 4th month kalau boy bird2 dah boleh nampak.. Masa tu baby dah kangkang luas dah.. Huhu tapi oleh sebab scan di kkia, scannernya pon agaklah lama doktor suh scan di hsi since akan jumpa doktor pakar another 2 weeks, tapi bile jumpa pakar baby kepit plak, saje takmo bagi mama shopping awal ehh?

At 7 month kiteorang pergi wat 4d scan di klinik yuslina, masa tu pon baby kepit ( asyik mengepit je salman ni lam perut) tapi doktor boleh comfirmkan its a boy kerana nampak dah buahnyaa.. Kikiki bird2 tak nampaklahh tapi sebab 4d doktor kata 90% sure its a boy.. Mama kate kat papa nanti comfirmkan di klinik pakar bile scan biasa plak.. 2 weeks after dat bile scan lagi di pakar hsi memang comfirmlaa boboy. Time tu dia kangkang maha luas doktor siap tunjuk bird2 lagi.. Menyengihlaa papa sebab dapat pilih nama.. Mama pon happy jugak sebab dah boleh shopping..

Soo start dari itu mulalah si papa memilih nama. Nama bercirikan islamik gitu.. Kiteorang ada 1 buku je pilihan nama anak.. Buku seindah nama semurni peribadi oleh ustaz sharhan safie.. It cost us rm35 tapi beli dekat harris tebrau so dapatlaa 10% off.. Beli ni awal pregnant dah.. Nama dalam buku ini sungguh arab.. Heheh. Nama girl terutamanya nama boy still masih melayu-melayu lagi..



Actually asal nama salman ni adalah nama sahabat nabi salman al-farisi.. Hubby dapat hasil google laa.. Macam-macam nama husband cari abu hurairah laa.. Nama sahabat nabi la mostly.. Kalau ikut aku, aku suka nama muhammad al-amin.. Tapi dah papanya yang pilih nama.. Salman al farisi tu pon aku suka gak.. Tapi time tu tak finalize lagi pon nama nya masih mencari lagi. Bile aku baca satu2 nama dalam buku ustaz sharhan tu terjumpa nama muhammad salman faris maksudnya yang terpuji sejahtera dan alim.. Dia tak letak di bawah permulaan s tapi letak kat pangkal huruf m, padan aku cari nama nak tau maksud salman tak jumpe masa tu.. Bile jumpe tu hati memang kuat nak letak nama tu dah tapi husband still lagi nak carik nama lain.. Agaknya kuat jugak jodoh nama salman tu ngan empunya nama.. Sampailah salman lahir hari ke 3 barulah dah comfirm betul-betul dan rasminya dinamakan muhammad salman faris.. Terus register dan dapat surat beranak.. Hahaha..

P/s Sebelum pregnant dulu berangan nak letak nama anak lelaki start h, anak perempuan start s, muhammad tu comfirm akan letak laa kat depan.. Contoh muhammad h dot dot dot.. Suka nama haikal.. Maksudnya pohon yang rendang.. Ke rimbun aku tak ingat, ke ade lagi satu maksud.. Kesuburanku.. Tapi entah nape tak letak tu jadi nama salman.. Prefer yang arabic sikit kot.. Hahaha..

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.