Sunday, 30 June 2013

Petua mudah bersalin version surayajafar

Assalamualaikum.

Sudah layak kah aku memberikan petua? Lagi-lagi petua bersalin, ekau ingat ekau bidan ke ape suraya? Or anak dah 1 team bola sepak siap dengan pemain simpanan? Anak baru sorang ade hati nak berkongsi petua bagai. Haha. Oklah aku merepek. Bukan nya aku nak cakap yang petua ni asalnya dari aku. Tapi petua ni aku amal sepanjang pregnantkan dan lahirkan salman.

Ermm ( malu-malu ni ) korang nak tahu ke betapa aku sangat seriau untuk menghadapi saat kelahiran, dek kerana faktor pembacaan dan mendengar pengalaman kakak opis. Ayat "anak pertama payah sikit, jalan takde lagi kan akak dulu sakit lebih 24 jam.." kalau korang yang tengah mengandung dengar korang rasa ape? Tapi ayat best dengar adalah (memangkinkan semangat jugak lah).  " alah dek, babynya memang dah ada kat dalam, yang penting ko fikir nya keluarkan dia, jangan fikir sakit, pahala tu".. Sejuk ati dengar.. Tapi ade jugek sakit tuu.. Comfirmlah sakit kan.

Aku kan ( malu lagi ) akan membayangkan "sakit" yang dok diaorang sebut (dan aku baca dalam blog) sebagai sakit tahap maksima..Tahap fuyoo Sakit sesakitnya.. Yelah bila dekat blog aku baca "sakitnya aku rasa macam nak tendang je doktor tu" kalau korang yang tak pernah rasa lagi sakit tu apa yang korang bayang? Of cos la sakit yang mengila kan.. "sakitnya rasa macam pinggang ni patah 4" .. Aku yang baca pon haahhh? Teruslah otak menghantar intrepetasi sakit yang omak aii takutnyaaa.. Dan lagi bila baca ayat "omak sakitnyaa teramat aku tobat tak nak beranak lagi".. Mesti korang terkedu kan.. Aku lah tu, sape suruh suka baca blog kan.. 

Tapi..

Itu lah kuasa penggunaan ayat ek.. Kuasa penulisan.. Tu yang lagi layan baca novel dari tengok movie kan kan kan.. Dan bagi yang tengah nak pregnant dan membaca ini, dont worry sakit itu bearable.. Dulu aku rasa takut sangat bile dah nak dekat bersalin, nebes giler kau kalah nervous masa nak akad nikah, makan tak lalu tidur tak lena mandi tak basah ( eh macam bercinta plak ye).. Alhamdulillah ALLAH mudahkan proses bersalin, sakit memanglah sakit ( tipulaah aku kalau kata tak sakit ) tapi aku rasa bearable.. Sakit itu lah manisnyaa. Bile tengok anak dah lahir dah peluk anak sendiri sakit tu hilang dah tak rasa apa pon. Maybe ble tengok anak sakit bersalin tu pon kau dah lupa macam mana ( siap dah plan tahun depan nak anak lagi ).. Betul ni aku tak tipu. Sakit itu walaupon sakit tapi mampu kita tanggung. Kita wanita ni kan kuat.

Bila lahirkan salman aku start sakit yang aku pon tak tahu aku dah nak sakit bersalin adalah awal subuh sehari sebelum salman lahir kalau baca balik entry sebelum ni aku tak tau tu tanda pon aku siap boleh tidur dan masa tidur takde rasa pon sakitnya.. ( sebab tu aku rasa bukan contraction kot..takde pengalaman kan ) Masa serah diri ke bilik saringan bersalin pon tak sakit la sangat lagi sebab aku masih mampu jalan-jalan dan tunggu hubby parking kereta even dah interval 3 minit sekali contraction.. Aku rasa start sakit tu bila doktor dah pecahkan air ketuban iaitu 12.30 pagi 5 april 2013 baru rasa owh ini contraction.. Salman selamat lahir on 4.35 pagi 5 april 2013. So dalam 4 jam dah bersalin. Untuk bersalin kali pertama nurse tu kata cepatla aku bersalin. Tanpa drug tanpa epidural.. Normal birth. Alhamdulillah. Rezeki masing-masing kan so dont worry bile dah rasa sendiri aku rasa sakit itu bearable jangan bayang lebih macam aku tak memasal nervous tak tentu pasal.. Jangan fikir alaa anak pertama mesti lama ni sakitnya, kalau kita doa InsyaAllah Allah akan mudahkan. Dengan ketentuan dan kehendaknya..

Ok cukuplah aku membebel, so apa tips mudah bersalin version surayajafar tadi tu yang mukadimah panjang berjela ni.. Ni apa yang aku buat laa. I adalah tak sempat pon minum air selusuh minum air akar fatimah semua. So dalam ni takde lah tersenarai sebagai tips tapi boleh la korang amal. Aku pon ade niat nak minum tu semua cuma tak sempat, dari bilik saringan terus ke bilik bersalin. Masih terpinga-pinga lagi..

Simple je tips aku ni. 

1. Amalkan wirid ya jalil, ya awal dan ya dzaljalaliwalikram tu 21 kali sehari dari awal mengandung sampai melahirkan. Dimulakan dengan alfatihah, al ikhlas dan ayat kursi lah. Boleh refer entry sebelum ni ye.
2. setiap kali sujud dalam solat dan selepas solat aku doa agar dipermudahkan bersalin dan diselamatkan aku dan baby semasa bersalin. ( ni antara waktu mustajab berdoa, pendek kata bile teringat je sakit bersalin aku doa supaya dimudahkan bersalin, masa dengar ofismate cerita, masa baca blog pengalaman bersalin orang lain aku berdoa lagi banyak kot sebab aku seriau )
3.amalkan minum minyak kelapa dara. Orang kate minum masuk minggu ke 36 tapi aku minggu ke 30 dah start minum dah. Minum satu sudu teh 3 kali seminggu orang kata. Aku minum satu sudu setiap hari. Kalau rasa tak larat nak minum, minumlah 3 kali seminggu satu sudu teh. Ok.
4. Banyakkan berjalan.
5. Bacalah surah maryam sebanyak yang boleh.

Hah itu je petua aku. Jangan lah marah aku kalau korang pon amal tapi tak seperti jangkaan korang nanti macam mana eh. Yang penting doa dan tawakal. Maybe ini penyebab untuk memudahkan aku bersalin untuk kali ini. Untuk kelahiran akan datang kita tak tahu kan. Semua kehendak dan ketentuan Allah. Rezeki masing-masing. Dan cara terbaik kita sebagai hambaNya ini boleh buat adalah berdoa berdoa berdoa serta tawakal bila sampai waktunya nanti. Yang selebihnya Allah tentukan. :)














0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.