Tuesday, 18 June 2013

Point kad kredit atau kad debit

Assalamualaikum.

Korang pakai kad kredit or kad debit? Aku pakai aku pakai.. (ehh beria menunjuk). Mak aku cukup tak setuju kalau pakai kad kredit. Mak aku kate berhutang. A few people i meet dan maybe ade yang baca blog ni pon tak suka pakai kad kredit or mungkin memandang rendah dengan orang membeli pakai kad kredit. Mungkin dalam hati korang terdetik macam ni, patutla mampu beli macam-macam pakai kad kredit( ini ayat imaginasi aku) Heheh. Please dont judge me people.. Aku pakai kad kredit or kad debit (laki aku je ade kad ceri tu, aku xde) hanya untuk kumpul point. Haha yerp, point..

Kad kredit ni ye aku tau ade orang sesetengah kate 'jahat'.. Tau jahatnye bile? Bile kau swipe tapi takde duit nak bayar maka tunggula interest chargenya.. Hah jahat part tu, lagi dia meningkatkan godaan untuk membeli, "alah kad kredit kan ade.." tapi kalau korang bijak guna kad kredit, banyak baiknya.. Aku ade kawan yang berhutang kad kredit banyak gile, dia mengadu yang dia dah bayar rm600 tiap bulan tapi tak habis-habis hutang. Aku dok tanyelaa jumlah semua hutang berape? Dia kate 6k. Walaweii ape yang dibeli sampai 6k. Dia pon cerita potpet potpet, bila outstation swipe lagi, duit claim beli yang lain.ish3. Sampai bila la tak abes punya.. Salah siapa? Salah sendiri.. Rupanya dia tak faham konsep penggunaan kad kredit sejak dari mula dia pakai. Main swipeee je. So aku terangkan yang aku beli barang pun semua dengan kad kredit.. Cuma kena betul cara.. Yelahh aku kan nak kumpul point tadi kan? Even laki aku isi minyak motor yang sehinget dua pon dengan kad kredit.. (gila tak? Orang pelik tapi ade aku kesah). TAPI.. Aku swipe bila aku tahu ade duit nak bayar balik. Contoh kau nak beli barang rm500, cash money dalam tangan memang ade rm500. So boleh swipe.. Karang aku maybank2ukan wang rm500 tadi ke akaun kad kredit aku.. Orang akan tanye nape tak bayar cash jee, sibuk nak berswipe bagai. so berbalik la pada tujuaan asal, aku nak point je.. Kikiki. Lagipon selamat tak payah bawak cash banyak-banyak, bawak kad plastik je. Kesimpulannya pakai kad kredit pada kadar yang kau mampu bayar sahaja, supaya statement kad kredit hujung bulan adalah rm0 or pada nilai yang boleh dibayar dengan baki duit gaji yang dah ditolak comittment, expenses bulanan dan saving ye.. Tu pun kalau dah terdesak sangat or emergency.ehh faham tak maksud aku?

Kalau nak pakai kad kedit, please restrict penggunaan kad kredit korang pada 2 key point ini. Ini petua aku laa.

1. Swipe bila memang ada duit nak bayar. Contoh atas laa, ada cash rm500, boleh swipela barang rm500 tu, then cepat2 maybank2ukan ke akaun kad kredit, bile amal yang ni statement kad kredit rm0 la tiap bulan. Kira takdelah hutang kad kredit. Macam tak pakai kad kredit tapi sebenarnya pakai.. Eh?

2. Emergency case, dah takde cash nak maybank2u balik, kalau bayar jugak nanti kebulur tak makan. Swipe dulu tapi pastikan statement kad kredit hujung bulan boleh setel habis dengan baki gaji bulan tersebut.INGAT bukan nilai gaji eh.. Baki gaji.. Contoh gaji 2000 tolak commitment bulanan iaitu sewa rumah, duit mak ayah, utilities, ape-ape loan berkaitan, belanja dapur dan duit saku bulan-bulan let say rm1500. Saving 100 so baki gaji adalah rm2000-rm1500-rm100 = rm400. Jadi pastikan swipe emergency not more than 400 that month. Jadi bile dapat gaji setelkan terus statement kad kredit itu. Biar sampai 0 bukan bayar minimum payment okeh.. So takde la baki bawa ke hadapan. Kalau terlebih jugek dah emergency besar-besaran punye, keluarkanlah saving anda. Itu gunanya saving khennn...Tapi janganlaa dok asyik swipe emergency jee, tak syok tau kalau tiap bulan takde duit baki gaji.. Try adekan baki gaji, banyak sikit saving.. Bleh beli beg coach.. Eh eh? Hahaha.

Pegang pada 2 tips ini insyaAllah anda tidak terbeban dengan hutang kad kredit. Owh, kawan aku yang masalah hutang kad kredit tadi aku suggest dia buat personal loan, then bayar sekaligus hutang kad kredit. Terminate kad kredit. Personal loan interest tetap, bukan kira by bulan or sesetengah by hari kalau guna kad kredit.. ( ade ke ek by hari? Aku dengar cam ade, kalau salah sorilah) Cuma jangan tak bayar bulan-bulan je la. So by setahun dah habis bayar. =D. Tapi aku dengar dia ada lagi kad kredit lain.. Pengsan! Kita positif je lah dia dah bijak guna kad kredit.. aku tak dengar dia mengadu lagi,or takut kena smash ngan aku kot kalau ngadu lagi benda sama.

Kad kredit ni berguna bila aku kena outstation naik flight then kena dulukan duit aku untuk beli tiket. Dan juga bayar sewa hotel bila pergi meeting or kursus.. See aku dapat point free2 gomen tolong bayarkan.. Kikikiki.

Owh korang tertanye aku dok cita pasal point ni aku dah dapat banyak point ke? Aku baru 3 tahun wei pakai kad kredit.. Dan aku takde la guna kad kredit tahap swipe duit riban riban harta berkoyan-koyan. Aku tak mo jadi mangsa hutang kad kredit.. So pakai kena berhikmah, kalau betul nak membeli kena simpan dulu duit dah cukup baru swipe terus bayar. Kena banyak tahan godaan And point adalah terdistribute antara aku dan laki aku, kadang guna kad aku, kadang guna kad dia.. So tak banyak la point terkumpul.. 1st time kiteorang tukar point untuk ni.. OMRON body fat analyzer worth rm520 and we get it for free hanya tukar dengan point kad kredit.


Owh, kalau nak selamat tak nak tanggung risiko pakai kad kredit sekarang boleh guna kad debit still boleh kumpul point yang sama, cuma kad kredit sometimes boleh earn rebate and sampai 10x point bila guna weekend..boleh dapat kumpul point dengan banyak dan cepat.. :p

Lagi, ni info dapat masa seminar halal sebelum cuti bersalin haritu di ofis. Kalau nak makan, please elak swipe dan tunggu hujung bulan baru bayar. Bile nak swipe jugekk, pakai kad debitlaa point jugek dan tidaklah berhutang untuk makan. Hehhe.. 

So berbijak-bijaklah menggunakan kad kredit anda. 

1 comment:

  1. pakai kad kredit sebab selamat. x yah bawak duit pi shopping. And masa buat kad kredit tu, kad debit x fofular lagi...la ni malas nk buat kad banyak2 heheheh...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.