Sunday, 7 July 2013

Salman 3 bulan

Assalamualaikum.

Jumaat lepas salman genap 3 bulan.. Alhamdulillah anak mama membesar dengan sempurna dan sihat. Hari ini salman pergi klinik untuk check up 3 bulan dan jab.. Berat salman naik 400g dari 5.8 kg ke 6.2kg. Panjang bertambah dari 55cm ke 60cm.. Salman sekarang dah pandai angkat-angkat kepala dan angkat bontot lagi-lagi time tukar pampers. Seronok agaknya bagi bont*t dia berangin-angin.. kadang-kadang dah pandai nak cuba-cuba sengetkan badan tapi belum berjaya lagi. Hehhehheh.. Takpe sayang slow-slow ehh. Sekarang dah banyak jaga dari tidur, then bila tidur pon dah boleh tahan lama dah sekarang. Time jaga dah kurang nangis.. Kalau dilayan mulut dah bising banyak dah.. Hehehe.


Ni gambar budak baru lepas jab. Tengah pantau takut demam, buat masa ni alhamdulillah semua ok salman tak demam.. mama pakaikan baju lubang-lubang supaya kalau demam panas badan senang keluar. Selimut pon takat kaki je. Salman ni agaknya macam mama, tak tahan panas, tidur taknak selimut..  Kalau selimut nanti dia senang terjaga. Selimut nenek jahit boleh tahan tebal, jadi aku selimutkan dengan napkin je, lipat 2 napkin then selimut bahagian kaki ke bawah, kadang2 nak tutup dada selimut memanjang ke bawah.. Mula-mula bawak naik tidur atas katil mama letak salman kat bahagian tepi dekat dengan kepala katil, oleh kerana kipas letaknya tengah bilik jadi kedudukan salman agak jauh dari kipas. A'ahh kiteorang tidur melintang, untuk elakkan baby hero jatuh.. Papa hero jadi guard dekat hujung katil mama jadi guardian tengah-tengah.. Kikiki.. Tapi agaknya panas malam tu bile salman terjaga nak menyusu dapat rasa dia berpeluh dan ambik masa sikit nak tidur balik, mama kena riba menghadap kipas baru nak tidur.. So mama wat experiment dengan membaringkan salman atas tilam kekabu dia di atas lantai berhampiran , kawasan yang dapat angin lebih dari malam pertama. hasilnya salman tidur nyenyak sampai pagi. =D. Dah takde berpeluh lagi.. 

Heheh, tu jelah milestone salman untuk 3 bulan ni. Tak sabar nak tau perkembangan salman untuk bulan ke 4 ni. Semoga Allah melindungi dan memberikan kesihatan tubuh badan pada salman dan menjadikan salman anak yang soleh dan cerdik. Amin..

1 comment:

Powered by Blogger.