Tuesday, 17 February 2015

Hospital Bag Checklist

Assalamualaikum.

Kali ni aku nak share mengenai barang keperluan hospital bag. Sebelum ni list hospital bag nak beranak kan salman aku takde upkan entry pon dalam blog dek kerana kebizian kononnya.. ke sebab aku dah beranak sebelum sempat up entry ehh? Ade a few thing dalam hospital bag tu yang aku tak gunakan pon. So now aku listkan barang apa yang perlu apa yang tidak berdasarkan pengalaman seciput aku masa beranak kan salman 2 tahun sudah.. oleh sebab masa salman aku MRP so aku kena stay wad 1 malam. even masa aku bersalinkan salman awal pagi supposedly untuk kes biasa normal delivery ibu dan anak boleh terus discharge hari yang sama bila baby dah kencing dan berak dan mak pon dah boleh kencing tak payah warded bagai. Contoh kalau kau bersalin subuh pagi macam aku is everything ok, mak sihat, anak sihat dan kencing berak, lepas check jahitan doktor akan bg kebenaran discharge by tengahari, kalau bersalin pagi pon sama, kalau bersalin lewat pagi ke, tengahari ke awal petang ke, kalau semua perfect by petang tu dah boleh keluar.. Tapi aku kes special..even normal, mak kencing dah baby pon dah kencing berak tapi aku MRP so warded laa aku dan salman sehari, esoknya pagi baru boleh keluar.. So sini aku listkan keperluan hospital bag untuk yang sekurang-kurangnya stay semalam sebab kalau tak silap aku beranak lewat petang or malam memang kena warded jugak sehari esok pagi baru keluar. Tengok semua belum slash tandanya aku tak ready satu hapa pon lagi oii.. dah entering 31 weeks dah ni.. macam mana ni.. macam mana ni.. Chinese new year aku settelkan laa insyaAllah since tak kemana kan.. heee

Barang Keperluan Ibu


Tuala 1 helai (tuala baby tu pon tak pe)
T-shirt ward 1 helai preferable nursing attire, kalau tak tshirt biasa pon boleh..
Nursing cover 1 helai.. ni kalau ko takde baju yang bf friendly, pakai shawl pon boleh kot..
Kain Batik 3 helai.. lepas bersalin ko tukar sehelai, kalau bocor tukar laa lagi sehelai.. esok nak keluar tukar lagi sehelai.. (agak2 tak cukup bawaklaa extra)
Maternity Pad (secukupnya) dinasihatkan bawak banyak, kena pentingkan keselamatan..
Berus Gigi & Ubat Gigi sedia lah siap2 yang baru dalam beg ok..
Minuman Milo 3 in 1 & biskut tiger ni kalau lapar, ibu menyusukan kena makan untuk tenaga
Jus Qaseh Adinda / kurma / kismis pilih salah satu, aku insyaAllah bawak qaseh adinda tu, boleh bg tenaga boleh jadi milkbooster, senang nak telan satunyaa. tenaga segera
Surah Yassin
Stokin sepasang
Inner neck 1 helai
Minyak Tiger Balm/Vicks
Telekung / sejadah
Buku pink & Kad pengenalan
Handphone
Charger
Selipar
Plastik extra
Set mandian
Pump manual
Tuala kecil
Thermos
Nano ball
Sweater
Bengkung
Disposal panties secukupnya
Nursing bra 2 helai
Nursing Blouse / t-shirt (Untuk check out)
Tudung Instant (Untuk Check out)

Barang Keperluan Baby
Untuk dibawa masuk labour room (asingkan beg plastik kecil or reusable beg kecil yg lain) 
Bedung 1 helai
Napkin 1 helai
Baju newborn 1 set
Newborn diaper 1 helai

Barang-barang lain untuk baby
Baju dan seluar (2 set extra)
Napkin 2 helai
Tuala baby 1 helai
Receiving Blanket 1 helai
mitten dan booties 2 set
Topi 1 helai
Newborn Diapers (10-15 pcs)
Minyak telon
Baby wipes
Set mandian bayi

Barang Keperluan Ayah
Kain Pelikat untuk solat ketika di labour room
Sweater
Hand Phone
Power bank

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.