Tuesday, 16 June 2015

Aisyah husna part 2

Assalamualaikum..

Ok sambung part 2 kelahiran aisyah husna. Lepas kena tolak ke labour room dengan kerusi roda, aku kemudian dipasang dgn ctg untuk monitor jantung dan contraction. Aku macam tak berapa suka dipasang alat ni sebab susah lah aku nak gerak. Selepas pasang ctg nurse pon datang prepare alat-alat untuk doktor pecahkan air ketuban. Dalam pukul 1.30am gitu air ketuban pon dipecahkan.. lepas je air ketuban dipecahkan aku dengan nurse panggil hubby aku masuk.. macam kelahiran salman dulu bila dah pecah air ketuban makanya contraction akan start menjadi semakin sakit. Masa ni contraction dah 3-4 minit sekali datang dan lebih kurang 1 minit gitu sakitnya.. yang peliknya kali ni lega je dr contraction kejap aku boleh terlelap.. hahaha. Penatlah kot agaknya.. sepanjang dalam labour room selain baca doa nabi yunus dan selawat.. aku asyik terkenang salman ajee.. rasa sayu je hati ni bila mengenang salman yang tadi aku tinggalkan tidur dirumah.. lepas ni jadi abang long laa salmanfaris anak soleh tu..

Laki aku plak boleh tunggu aku sambil tertidur plak kat sebelah aku. Kesian dia dah laa demam. Nampaknya laki aku ni dua-dua anak dia sambut dengan demam. Haha. Masa salman demam lepas kesejukan dalam labour room teman aku balik je demam.. ni dengan husna dia dah memang sedia demam cuma bezanya kali ni dia dah sesiap pakai baju dua lapis.. agaknya bagi orang nak bersalin ni labour room tu tak rasa sejuk kot dek kerana melayan rasa sakit nak bersalin sebab kali ni pon aku tak rasa labour room tu sejuk.. ke sebab memang waktu malam aircord dah tahap minima.. kan ke masa aku lahirkan salman dan husna ni waktu lebih kurang sama jerk?

Doktor yang sambut husna ni tak de dalam bilik selalu. Dia datang periksa jantung dah tahap contraction je.. aku rasa ada lah dalam setengah jam sekali dia datang jengah aku.. kali ni aku rasa sakitnya tak sedasyat masa salman. Masa salman aku rasa sakit lagi.. last sekali pukul 3 lebih gitu doktor datang lagi dia tanya ada rasa nak teran tak puan? Masa dia tanya tu aku tak sakit jadi aku cakap laa tak. Tetiba kendian rasa mak aih contraction yang lain sangat dari tadi.. tetiba aku rasa tak tahan dan rasa nak terberak.. aku bagitau  yang aku dah sakit sangat dekat doktor tu.. masa tu doktor tu tanya lagi.. puan dah rasa nak meneran ke? Aku jawab ye dan dia terus check bukaan.. kemudian dia kata dah boleh dah ni.. aku debgar je gitu terus laa ke posisi nak meneran rapatkan dagu ke dada dan tarik pegelangan kaki..dia suruh aku tahan jangan teran dulu.. aku rasa masa tu nak terkeluar dah kepala husna ni.. doktor tu tengah setup ape ntah dia suh aku tahan dulu.. hoii bagai nak gila aku rasa tahan rasa nak meneran. Bila dia suh aku teran aku teran cuma terkeluar pulak suara  sebab tetiba macam tak ready nak teran.. tadi kan dah rasa nak teran sangat tapi dia suh tahan.. masa tu masuk sorang nurse.. aku takde rasa nak meneran dah.. nurse tu suruh laki aku sokong belakang aku supaya aku senang nak teran dan dia suh teran bila rasa sakit.. rasa sakit yang kedua aku pon teran lagi dengan bantuan episotomy akhirnya 3.15am 24 april 2015 lahir laa aisyah husna..

husna masa tu macam nangis lambat sikit.. tak macam salman keluar aje nangis.. lepas potong tali pusat baru aku dengar husna ek ek ek nangis. Kecik je suara husna. laki aku yang bagitau yang lahir tu gegurl.. aku dah terbaring kepenatan.. nurse cecepat bawa husna untuk disedut.. aku xsempat skin to skin pon.. huhu.

Laki aku pon mengikut husna keluar lepas dibersihkan aku boleh dengar laki aku azankan husna.. tak buat dalam labour room pon macam salman dan takde adegan anak kencingkan bapak haha.. sopan anak dara aku.. salman dulu tak menyempat keluar-keluar dia kencingkan bapaknyaa dulu masa azan..

Aku plak sempat tanya doktor ada koyak banyak x.. doktor kata tak banyak sikit part yang dia gunting je. Nasib baik aku teran tak angkat montot tadi..

Setel bab meneran nak lahirkan husna yang aku rasa macam lebih senang compare dengan salman.. tapi kali ni part nak keluar uri plak.. haihh.. agak payah sebab tali pusat husna sangat laa nipis.n doktor takut nak tarik uri dengan tali pusat takut putus dan terlepas. Part ni la paling payah dah aku rasa part nak keluar uri ni lagi sakit dari sakit kot.. haha. Masa ni ada midwife datang tolong assist.. dia tolong tekan perut dan doktor tu tolong keluarkan uri. Banyak kali jugak laa part kena batuk-batuk.. hoi sakit la haii.. memang rasa ada menda dekat cik v tu sedang dalam proses dikeluarkan.. nak keluarkan kepale baby sekali lalu je dah lega.. ni rasa ade mende dok lame dekat cik v.. biarpon tak keras tapi sungguh tak selesa..

Sambil berusaha nak keluarkan uri doktor tu tanya samada aku pernah gugur sebelum ni.. aku jawab tak pernah.. tapi.. siap bertapi tapi lagi dengan doktor tu.. jeng jeng jeng.. aku tak tau laa ada kena mengena ke tak.. nurse tu pon tanye tapi ape sebab aku bertapi tapi kemudian diam kejap sebab masa tu doktor suh batuk.. haha.. nurse tu tanya baru aku sambung balik yang masa lahirkan salman aku kena mrp. Manual removal placenta.. doktor tu pon cakap patutlaa kena extra carefull macam ni sebab dia taknak mrp lagi.. nurse tu suh aku baca doa nabi yunus sambil tu dia pon sama baca.. akhirnyaa semua uri berjaya keluar. Yeayy.. bila dah keluar semua aku rasa lega seleganyaa.. lepas doktor tu minta 2 collegues dia comfirmkan adakah uri complete.. dia bungkus uritu dan labelkan.. dia suh aku rest kejap dan minta nurse tu bagi aku air milo.. sempat aku lelap kejap dan barulah aku rasa sejuk yang amat labour room tu.. mengigil-gigil aku. Nurse datang bagi milo dan ambil tekanan darah.. kendian start plak sesi menjahit.. aku tanya jahit kena bius tak sebab aku salu baca orang kata jahit dekat hsi takde bius.. masa salman dulu memang masih ada kesan bius untuk mrp masa aku dijahit so takde rasa sakit.. aku takutlaa tak kena bius biarpon dia kata jahitnya sikit.. doktor tu pon jawab mestilaa kena bius.. cucuk jarum sikit pon sakit takkan laa nak dijahit tak bius katanya.. part yang nak kena jahit je dia bius untuk kebaskan.. nasib baik masa jahit tu tak sakit rasa cam kena gigit semut sikit.. ade tiga jahitan jee.. nasib baik tak banyak..  lrpas setel jahit doktor suh aku tunggu nurse tolak aku ke ward.. nak kena tolak ke ward ni lah yang lama sikit aku tunggu.. doktor dah siap check husna dah aku kena tunggu kat luar labour room tu dengan husna dekat dalam pelukan aku. Masa tu husna aku tengok dok mencari nenen.. aku lak tak reti nal bagi nenen sambil baring.. acane acane.. nasib baik husna tak nangis masa tu.. dekat luar bilik2 labour room tu aku dapat dengan pelbagai bunyi ibu-ibu yang nak lahirkan anak.. ade yang nangis ade yang menjerit-jerit pon ada.. huhuhu.. aku memahami sakitnyaa macam mana..

Aku dengar kelahiran di hsi dari pukul 12 am tu ada seramai 24 bayi.. 23 kelahiran.. satu pasangan twins.. nurse tengah rekod sebab nak tukar shift dah kot..

Oklahh part dalam ward jap lagi lah next entry nak prepare baby-baby aku ni untuk mandi plak.. byee..

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.