Friday, 14 August 2015

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum.

Dah penghujung raya baru aku sibuk nak wish selamat hari raya dekat pembaca blog. Tahun ni turn KL. Balik KL tengahari rabu, balik semula ke PG pagi selasa.. cadangnya nak balik pagi isnin. tak jadi plak.. Rabu laki i dah kerja.. aku plak sambung lagi cuti bersalin sampai naik kerja hari ahad tu. Takde balik bintulu untuk raya tahun ni. How i wish boleh raya dekat bintulu jugak biarpon sekejap macam dulu. Wajib balik dedua kampung. Sedeh.. Well edisi raya tahun ni ada addition sorang lagi kekasih hati. penawar duka mama tak boleh balik kampung sendiri beraya.

Ada toddler and a baby membuatkan mama tak menang tangan. No no solat raya untuk mama, this two babies keep mama busy on 1st day of syawal. Sungguh tragic pagi syawal mama sebab both baby making their own "bomb" raya tahun ni. Bangun aje dari tidur papa dah sesiap mandikan salman. Syukur alhamdulillah papa banyak bantu mama handle abg salman since husna ada tahun ni. Bahagi sesiap salman papa handle, husna mama nyer tanggungjawab. Tapi kalau g mana-mana mata mama tetp tertumpu pada anak soleh mama yang makin cheeky dan tak takut orang ni. fuhh.. lap peluh 800 kali..

Bomb pertama dari anak teruna.. bila papa dan siapkan sehensemnya.. salman boleh plak projek buat kuih di pagi raya. Kena cecepat tukar laa.. papa lak dah selamat g solat raya. Berkejaran la mama nak tukar pampers anak bujang sebab kalau lama sangat takot nanti bau perfume dari "bomb" tu melekat plak ke baju raya, haru plak nanti.. Salah satu sebab bila dalam keadaan or tempat yang kurang familiar, mula laa salman buat perangai meragam bila nak cuci.. air sejuk sangat ke? tak biasa pakai hos ke? sebab kat umah cebok guna gayung.. dah berpeluk sakan di kaki mama nasib baik mama tak pakai baju raya lagi.

Bila dah setel siapkan salman balik, husna plak buat kerja.. Bomb kedua ni lagi dasyat. Siap melimpah ruah keluar dari pampers dan tak dapat dibendung oleh baju dan comfirmlaa kena dekat cadar. Ahh sudah.. kalau rumah sendiri takde laa cuak.. ni rumah mak mentua ku.. cuak gelabah semua ada.. mane nak cari kelengkapan cuci semua ni, berus mana,. sabun mana nak pakai.. Tau-tau laa najis baby yang poo poo sekali dalam tempoh 4 ke 5 hari ni.. memang penuh siap sekali dengan warna "emas" nya sungguh degil nak hilang ala-ala macam kena kunyit gitu.. sental kena berteknik dan sabun yang sesuai boleh bersih dengan lebih cepat adalah sabun mandi buku tu.. mane nak cari sabun mandi buku dekat umah MIL? fuhh.. tenang-tenang.. mandikan dulu puteri tu cecepat, dah siap pakai baju raya aku bia dia tidur dalam bilik MIL dulu.. Elok ajee husna lepas mandi dia tidur plak.. nasib baik laahh.. mak dia bertungkus lumus laa memcuci kesan najis di baju and cadar MIL.. uwaa.. nasib baik tak mandi lagi ni.. Nasib baik jumpa balance sabun mandi dalam tandas, agaknya tak pakai lagi sebab dah kering aje aku tengok.. Berjaya la hilangkan kesan tinggalan husna.. Di baju aku tak kisah lagi balik PG nanti aku leh sental balik yang kat cadar tu laa yang aku risau.. Sesiap cuci aku campak dalam mesin terus.. selamat..

Husband aku balik pelik aku tak siap lagi. aku cerita projek baik dua beradik tu kat papa diaorg.. dia bleh gelak aje.. happy la tu selamat dari menghadapi situasi yang mencemaskan tu..pagi tu aje dia terlepas.. sebab agaknya mak nya makan pelbagai menu raya ni husna mengulang bab bom atom dia tu lagi di raya ke-3.. kali ni nasib baik tak cecah cadar.. sebab mak dia dah alaskan selimut temoat tidur husna.. selimut sendiri takde laa cuak sangat kan..yang ni papa & wan dia terlibat sama.. hahaha.. Haru betul, aku nak cari laa pampers lain yang boleh menanggung extra load dari husna ni. sekali membuang terus penuh muatan.. Oleh sebab pagi mama huru hara jadi takde pose baju raya dari anak-anak.. Lagi haru sampai ke pose raya family di pagi raya pon takde..

Sibuk beraya di rumah sanak saudara aku banyak makan kuih aje.. tu je yang boleh untuk alas perut dari takde.. kalau ade tuan rumah yang baik hati or adik ipar tolong dukung husna kejap dapat laa jamah apa yang patut tapi semuanya super express.. Air mintak air kosong ajee.. maknya pantang lagi ais..

Beraya banyak belah my MIL side ke Jeram, Kuala Selangor, Klang.. boleh laa tahan collection duit raya salman n husna.. Husna dapat lebih sikit sebab dia baby lagi.. and salman keep on ter misssesi  duit raya sebab papa dia dah hangkut dia naik kereta dengan segera.. husna dapat lebih sebab mak dia terhegeh-hegeh kat belakang dengan wedges bagai..

Takpe laa yang dapat tu lah rezekinyaa.. boleh laa buat tambah-tambah simpanan bila nak sambung belajar nanti..

Tahun ni aku tak buat open house raya.. Pergi rumah pon banyak umah kawan-kawan husband aje. Marhaban raya ofis pon tahun ni dekat kuarters aje, agaknya faktor gaji seterusnya lambat lagi kot so semua bajet-bajet aje..

Last but not least.. Kami anak beranak sempat laa bergambar raya dekat studio, tu pon gambar di minggu terakhir raya.. walaupon bukan gambar pagi raya tapi still gambar pada bulan raya.. Raya kan sebulan.. Hahah. So Selamat Hari Raya Aidilfitri dari aku. Maafkan ketelanjuran kata dan bahasa dari aku. Semoga kita dirahmati Allah sentiasa.. Amin. Aku doakan good news pada semua TTCian.. Amin..



0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.