Thursday, 22 October 2015

Tempat Makan Paling Sedap di Johor

Assalamualaikum.

Ecece, tajuk tak bleh blahh.. Actually nak story mory pasal satu kedai makan ni, Der Cabin Bistro di Seri Alam, Johor .. yang sebenarnya dari awal dia bukak aku dah gedik nak pergi, rasanya dari salman baby lagi kot, husna tak lahir lagi. Tapi bila Husna dah 6 bulan baru aku dapat jejakkan kaki.. phewww. cer imagine berapa lama aku ngidam nak makan sini.

Semua kerana mr husband yang tak suka pergi tempat sesak. Tapi ye kot masa memula nak pergi awal pembukaan der cabin bistro ni dedulu sesaknya mak aih, parking pon takde. dan of coz laa nak kena waiting tablenya mesti lama.



A few times jugak laa aku ajak g der cabin ni, mr hubs tak nak, until laa few days ago. Ari isnin to be exact, akhirnyaaaaaa ( sila baca dengan hela napas relief gitu) aku jejakkan kaki ke der cabin bistro ni. lengang wei, kami parking bebetul depan kedai. Nampak la ada a few groups tengah menikmati makanan. Sampai ajee ada pelayan terus iring untuk serve. Bila lengang mula laa aku fikir, ehh dah tak sedap kee dah tak ramai yang datang. Tapi alang-alang sampai makan aje laa. Ku tahankan aje laa telinga kalau kena bebel dengan hubs nanti. Kami pilih tempat duduk depan dan tanpa perlu request sorang staff der cabin dah bawakkan baby chair untuk salman. Order-order staff der cabin bistro ni bagus sangat siap explain mengenai menu yang ada. dan siap bagi suggestion lagi. Hubs aku tak termakan dengan suggestion sangat, aku laa memula order spaghetti meatball bolognese bila disuggest der cabin pasta aku angguk jee yang penting pasta..

anak soleh ni dapat upah lolipop dari kakak der cabin bistro tu
Lolipop tu salman bagi 5 bintang

ni namanya chicken finger untuk salman

chicken finger ni fries dia macam berminyak sangat. Chicken finger ni lebih kurang macam ayam chicken chop yang dah dipotong-potong sedap jugak laa so mama & salman bagi 3.5 bintang

chicken wing dan drummet untuk papa
Owh ni aku tak makan, yg makan hubs sorang je sebab aku memang tak suka part ayam takde banyak isi ni.. aku suka dada ayam jee.. so kalau ada item ni dalam menu di mana-mana restaurant hubs aku memang suka order. Dia kata sedap but tak leh lawan chickenwing dan drummet dominos..

der cabin pasta untuk mama
Sebagai pencinta pasta aku sangat suka der cabin pasta ni.. dappp. cukup rasa, rempah dan rencahnya... aku bagi 5 bintang. caya tak caya aku makan sampai licin pinggan

dan lagi satu mushroom burger untuk papa
Hoho, memula aku ingat laki aku order mushroom sup.. ape ke jadah nyaa order mushroom sup.. rupanya mushroom burger. Dap giler burger ni. Hubs aku punya tapi aku ngap jugak laa sama. tapi dia bg aku ngap 2 kali jee... cehh kedukut.. memula ingat aku nak order yang aku punya tapau bawak balik tapi bile mengenangkan dah malam, balik nanti aku mesti solat kendian bum tidurkan husna sekali dengan aku berlayar, tak nak laa makan lelahap bebeno.. oleh sebab sedap jadi aku bagi 5 bintang..


Haha semua 5 bintang aku bagi, dari food, servis pelayan dan time serving.. cepat pantas.. makanan enak.. waiternyaa friendly.. maksudnya potensi aku pergi lagi der cabin bistro ni sangat tinggi sekali laa. lagipon dekat sangat dengan rumah. Hoho malam tu tak sempat nak snap gambar air, kami order vanila milkshake untuk hubs, chocolate milkshake untuk aku dan air tembikai untuk salman..

Qwh, oleh sebab laki aku puas hati dengan kesedapan food di dercabin bistro ni masa bayar dia siap tanya hari apa yang tempat ni fullhouse giler. Cashier tu bagitau hari khamis jumaat sabtu ahad memang pack giler kena booked table kalau nak. Tapi hari isnin selasa rabu tak ramai ala-ala macam yang kami datang tu laa keadaan nya.. sesuai untuk family yang bawak anak kecik macam kami ni haa..

So malam tu turn husna plak makan western melalui mama, kesian adik, dapat tengok ajee.. Tunggu sabtu ni yee husna sayang. Mama bagi mamam..

p/s der cabin bistro ni agak glamer jugak kot di kalangan student uitm dan unikl untuk lepak-lepak.. sebab kazen hubs aku salu gak datang sini dengan memember dia katanyaa..

1 comment:

  1. Jom Join tok
    http://akukahbidadariitu.blogspot.my/2015/10/segmen-jom-tingkatkan-followers.html

    ReplyDelete

Powered by Blogger.