Assalamualaikum.
Selamat sejahtera..
Selamat cuti thaipusam semalam.. hahah.
Minggu depan officially akan start semester baru untuk pengajian master aku. result. Alhamdulillah mengembirakan hati. Sem lepas belum sempat nak cuak result dah keluar.. sem ni sempat laa cuak2 tunggu result. nasib baik bunga-bunga indah..
2 down another 2 more untuk ditempuh insyaAllah.. Semoga aku mampu dan diizinkan Allah untuk menyempurnakan pengajian master ini dalam tempoh 2 tahun sahaja.. ada setahun baki lagi la.. Moga sempat laa ayah aku attend convo aku nanti.. which is tahun depan laa.. amin.
Sem lepas aku amek 4 subjek.. 4 kali attend kelas.. kelas aku isnin selasa rabu n khamis.. dah rasa macam dekatnya lah haii UTM tu dari Pasir Gudang. UTM dah tukar struktur pengajian pulak sem ni.. semua yang part time macam aku ni dulu dah jadi full time.. cuma nilai yuran still sama laa dengan syarat aku amek jam kredit 12 or less aje setiap sem.. kalau amek extra makanyaa aku kena bayar extra.. Since aku dah start buat research study sem akan datang ni yang dah bawak nilai 5 jam kredit makanya aku hanya ada balance another 7 jam kredit aje sem ni.. cukup-cukup untuk 1 elektif dan 1 kelas statistik. Lama dah tak belajar matematik ni.. kalkulator zaman U dulu pun dah lama meninggalkan dunia yang fana ni.. kena beli kalkulator baru la nampaknya ni.
Cuak plak nak belajar maths lagi. Even dulu dunia maths ni macam taman permainan aje untuk budak2 aliran kejuruteraan macam aku.. ye laa semua subjek main kira-kira.. semua subjek main kena buktikan formula.. tapi dah lama tinggal zaman belajar maths ni.. dah dekat nak sepuloh taun dah ni.. kerja sekarang banyak management.. dokumentasi without any calculation. kecuali kira markah pelajar yang guna calculator apek kedai cina yang gabak tu bagi puas aku tengok markah asignment and ujian yang student dapat.. tak pun nak canggih lagi kira dengan excel.. tekan-tekan formula tarik je cell dalam excel tu dapat laa sum, median, mod, standard deviation, ape-ape laa berkaitan dengan maths.. dah laama tak tulis manual atas kertas dengan jalan kerja bagai ni.. iolls is berdebar uolls.. huu.. bagaimanalahh kelas stat nanti ehh.. bertabahlaa..
Lagi senior2 master semua bagitau exam stat ni even dia open book susah yang amat nak score.. ayat sedap ati diaorang pada aku.. adalah ko takpee laa budak engineering semua pandai maths.. budak engineering baru grad bolehlaa korang guna pakai penyataan tu.. ni budak engineering tak pektis engineering.. tak samaa.... haihhh.. takpee laa nanti iolss belajar balik laa bersungguh-sungguh.. iols akan cuba jadi student yang asyik nak jumpa lecturer stat aje nanti.. bertabahlaa duhai lecture ku.. student mu ini terlebih semangat ni..
ok then.. aku tak tahu nak cerita apa.. lepas ni nak keluar beli calculator laa pulak.. semangat waja nak masuk kelas stat ni..
till then doakan aku agar berjaya mengharungi semester baru ni nanti dengan jayanyaa..
p/s supervisor mana laa yang akan supervise aku nanti eh.. mintak2 boleh dapat supervisor yang boleh kamcheng..
p/s my previous lecturer untuk subjek supervision kata diaa nak aku repair sikit paper yang aku buat untuk assignment dia supaya aku boleh publish kat mana-mana.. ai is so cuak but happy.. happy sangat.. dia bagi aku markah yang aku sungguh tak sangka untuk subjek diaa.. alhamdulillah.. aku akan cuba panjangkan segala ilmu yang dah lecturer aku curahkan pada aku. insyaAllah.. untuk harta kami dunia akhirat..
Powered by Blogger.
0 comments:
Post a Comment