Assalamualaikum.
Hai.
Lamenya tak tulis blog, bukan aje tak tulis jenguk blog pon takde, apetah lagi blogwalking. Tadi belek2 blog list yang ade, ade a few yang still aktif. Ade yang eh macam lame tak aktif tetiba ada entry baru. semua baru kemas blog banyak habuk eh. So aku pun sama laa nak buang sikit sawang-sawang yang melekat kat blog ni. Cian dia terabai eh.
Life so far. Alhamdullillah..
Anak-anak alhamdulilah sihat dan semakin cheeky, siapa yang ada add facebook aku macam selalu gak update status kat FB, mostly pasal salman husna la. Macam-macam keletah.
Salman still belum diapers free. Sebenarnya dia dah pandai sangat buang air kecik dan besar di toilet, tapi dek kerana kemalasan mama (n papa dia sekali) kami still beli diapers untuk dia. padahal dia pandai aje kat taska diapers free. cuma tido dia still pakai. konon kat rumah masa tido je pakai diapers sekali dia pandai pakai sendiri laa.. sebab dia boleh amek pampers yang kitaorg simpan. Bila laa nak istiqamah ni mama awak salman padahal bulan 12 ni nak masuk tadika dah.. huu
Pasal study plak.. tinggal 1 sem. insyaAllah. Semua kelas dah abis tinggal tesis. Sem lepas adalah sem yang paling mencabar jiwa. UTM-Pasir gudang tu dah kira macam dekat sangat pulak. Hari2 berulang dek kerana nak mengejarkan semua kelas habis sem ke tiga tu. Supaya sem ni takyah ada kelas dan boleh fokus pada tesis.
Alhamdulillah supervisor sangat sporting, very fatherly gitu.. banyak SANGAT bagi guidance, tak lokek ilmu. A few people tanya kenapa berani pilih dia, semua cakap dia leceh laa itu laa ini laa.. namun dah tekad sebab kena kot dengan diri ni cara dia.. agaknya sebab perangai aku pada student pun ala2 diaa.. cuma aku tak fatherly, motherly laa.. hahaha.. so macam understand niat dia begitu dan begini sebab apa.. terima hati terbuka dan ikut apa dia nak macam mana.. of coz la sebab he know better.
Kerja? Alhamdulillah tahun ni aku promoted. So merasa la gaji naik 2 kali. Alhamdulillah.
Raya? Hehe tahun ni aku raya bintulu dulu Yeay!!. Tq la en husband sebab memahami dan mengizinkan. 2 tahun berturut2 raya bintulu. Lepas mak aku meninggal, rasa regret sangat ada tahun yang tak balik beraya, lepas ni berazam nak kena balik jugak bintulu even kejap masa raya. takkisah laa raya KL dulu or raya bintulu dulu since memang ada peruntukan tiket untuk balik kan. so takde excuse tak balik raya.
Tahun depan salman dah 5 tahun. So aku dah registerkan dia untuk pergi tadika tahun depan. Semoga anak mama behave dan suka gi sekolah. A few time jugak laa aku lalu-lalu sekolah dia berhenti sekejap dan bagi tau ni sekolah salman, tahun depan kita sekolah ye, salman nak g sekolah tak? Jawapan dia. "Aman, tak nak".. hamboi2 anak aku...
Ok lah, aku pun tak tau nak cerita ape ni. next time kalau rajin aku update lagi ye..
Daa..
Powered by Blogger.
0 comments:
Post a Comment