Thursday, 27 December 2012

Cara-cara menyuntik folliova di rumah

Assalamualaikum.

Hari ni nak cerita pasal cara-cara untuk menyuntik folliova di rumah dengan sendiri. Ade dapat email kawan-kawan TTC bertanya. Dah lame dah, entry ni lame dok simpan sebagai draf. edited beberapa kali. Ini bagi yang confident atau takde masa nak pergi ke klinik. Percayalah mudah sahaja dan tak sakit pon, lebih mudah dengan bantuan daripada suami sendiri. :) Bila lagi nak main-main doktor pesakit dengan cik abang sendiri kan, lagi-lagi dapat doktor yang hensem tapi garang ;p.

Ok ni adalah pack folliova yang korang akan dapat. Dalam nya ada dua kapsul kaca. Satu pack merah dalam bentuk serbuk tu adalah ubat hormonnya dan botol biru dalam bentuk cecair adalah pelarutnya. Selain ubat hormon ni, korang akan dapat sekali 2 jenis syringe dan juga kapas antiseptik.
Perasan tak ade titik kaler merah kat gambar botol ubat hormon tu? Nanti aku terang kat bawah ye..
ni syringe yang akan korang dapat. Gambar ni sue dapat google ye.. bukan aku punye.. tapi aku dapat syringe yang lebih kurang sama. syringe ni guna untuk suntik ubat hormon yang dah dilarutkan sempurna ke dalam badan nanti.
hah ni yang aku dapat. perasan tak syringe yang dalam plastik yang  agak besar sikit tu.. Syringe tu gunanya untuk sedut cecair pelarut dalam kapsul biru dan masukkan kedalam kapsul merah.
Ok memula korang kena pecahkan kapsul kaca tu. Kat gambar atas aku ade highlightkan mengenai titik kaler merah kat kapsul kaca tu kan? Nak pecahkan kapsul kaca tu senang je sebenarnya, korang jangan takut-takut ye. sebab pada leher kapsul kaca tu dia dah ade satu rekahan panjang yang cantik mengelilingi kapsul kaca, dia tinggalkan sedikit supaya senang korang nak patahkan leher dia nanti. Masa korang nak pecahkan kapsul tu pastikan titik merah tu menghala ke diri korang. Kiranya korang kena face to face la dengan titik tu. kapsul biru tu pon ade titik jugak. Korang guna ibu jari tolak kuat sikit kepala bebuli tu ke belakang nanti kapsul tu akan pecah cantik punya.. pastikan masa tolak ke belakang tu korang pegang la bebuli tu betul2 karang dah pecah korang tak pegang dengan betul jatuh plak sayang oo ubat.

untuk pecahkan kapsul biru pon sama. Pastikan titik pada kapsul biru tu menghadap korang.

Sebelum pecahkan korang ketuk-ketuk sikit kedua-dua kapsul kaca tu supaya takde air atau ubat yang melekat di bahagian atas. Lepas dah confirm semua ubat dan cecair ada kat bawah baru pecahkan ok.

Kasi ketuk-ketuk sikit manja-manja
Lepas dah pecah kedua-dua kapsul, sedut dengan syringe yang besar air pelarut dalam kapsul biru. Sedut semua sampai habis ye.. Condongkan sikit botol bila dah dekat nak abis larutan tu disedut, jangan risau reka bentuk kapsul yang unik tu akan menghalang air tu keluar. Bila dah sedut masuk dengan perlahan-lahan dan penuh hati-hati, masukkan cecair tersebut ke dalam kapsul merah. Jangan masukkan sekali pancut gitu, nanti serbuk ubat tu beterbangan. Sayang dah membazir.. Tekan syringe pelahan-lahan. Masukkan sampai habis. Goncang dengan penuh hati-hati jangan sampai tumpah ubat tu tau.

Bila dah larut sepenuhnya, korang sedut ubat hormon yang telah di larutkan dalam kapsul merah tadi dengan syringe yang kecil macam gambar ke dua di atas. Macam tadi, condongkan sedikit kapsul lebih kurang 45 darjah untuk menyenangkan korang menyedut ubat tu dengan habis.

Ok kita ke step yang agak mengerikan tapi takde la ngeri sangat pon. Menyuntik ubat ke perut.

Hoho, area yang korang nak suntik tu adalah disekitar pusat atau belly button. Tapi ingat, bukan terlalu hampir dengan pusat tau. Jaraknya adalah sejauh 2 inci dari pusat anda. Tak kisah la kiri ke kanan, bawah sikit ke.. yang penting jarak 2 inci atau lebih sikit dari pusat. Jangan jauh sangat plak ye. Picit sikit lemak area korang nak suntik tu, sapukan dengan kapas antiseptik dan cucuk jarum perlahan-lahan ke dalam perut dalam keadaan lemak masih dipicit ye.. Lebih senang kalau korang baring dan minta bantuan pasangan masing-masing. Pastikan jarum tu masuk semua baru tolak ubat dalam syringe perlahan-lahan ok. Lepas ubat dah masuk, kira sampai sepuluh, Cabut perlahan-lahan. Sapu balik tempat yang dicucuk dengan kapas antiseptik.


Ingat kena jarak lebih kurang 2 inci dari pusat tau..

Tada.. dah siap. Tak sakit pon, sebelum suntik baca selawat banyak-banyak ok.

Kalau rasa seram jugak nak suntik sendiri boleh pergi klinik la. lagi senang. :)

Kesan sampingan??

Nanti kawasan yang disuntik tu mungkin akan lebam sikit. dont worry, akan hilang dalam masa beberapa hari. Kalau nurse suntik pon akan lebam jugak, korang jangan risau ye..

Untuk yang pergi LPPKN, dia ade phamplate mengenai cara suntik ubat ni bolehlah korang ambil dan nurse atau doktor akan terang dahulu macam mana nak larutkan ubat dan jugak cara nak suntik ye. Caranya lebih kurang macam yang aku bagitahu tu.

Bila dah suntik satu tempat, untuk ubat seterusnya korang boleh suntik di tempat lain, yang penting di sekitar pusat dengan jarak 2 inci.

aku minta maaf sebab semua gambar ni adalah ihsan google. So mungkin ada kekurangan di situ di sini. Kalau tak faham boleh email lagi ye.. Masa aku suntik dulu tak de amek gambar. hehehe. Jadi di atas tu bukan gambar perut aku yerk, dan juga bukan gambar perut laki aku.. ahahah.

1 comment:

  1. kalo dos tak cukup, cm mner yer? katekn dri 100%, 65% je dpt di suntik.. sebab liquid tertumpah..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.