Thursday, 27 December 2012

Tarikh Gaji Kakitangan Awam Tahun 2013

Assalamualaikum.

Sebagai penjawat awam, rasa bersyukur sangat kerana gaji dibayar pada waktu nya. Syabas kepada Jabatan Akauntan Negara Malaysia kerana berjaya menepati setiap tarikh yang telah ditentukan dan dijanjikan. Rasanya sepanjang menjadi penjawat awam ni tak pernah pulak terlewat mendapat gaji. Compare ngan en suami yang kerja swasta, tarikh gaji dia tak sure pon. Aku tak tahu la dia sorang yang tak sure atau memang takde jadual gaji yang tetap, ikut bahagian kewangan dia je?

Dulu masa kerja swasta sekejap, gaji di bayar di hari bekerja terakhir setiap bulan. Dah la bayar pakai cek, nak tunggu check floating sebelum masuk lagi 3 hari. Tu pon kalau dapat bank in kan cek hari yang sama. dibuatnya dapat cek gaji ari jumaat. 3 hari dikira dari hari isnin. Berjanggut tunggu duit gaji masuk. Teringat kenangan mendepositkan cek selepas balik kerja dulu-dulu. Kemudian terkejar-kejar dengan bas lagi.. Owh kenangan sungguh.

Oklah ni tarikh gaji yang sahih dari Jabatan akauntan negara. Aku ambik part jadual gaji je, tu yang penting. Kalau tengok tarikh gaji sekali je gaji masuk awal gila sebelum tengah bulan iaitu bulan oktober sempena hari raya Aidiladha.. yang lain kira boleh tahan lagi la. Aku lagi suka gaji masuk lambat, masuk awal sangat nanti cepat habes nya.. dah tu berjanggut nak tunggu gaji bulan yang lagi satu.. huhu.

Tak caya boleh download sini sendiri ok.. Nah link!! Sama-sama lah kita memanfaatkan gaji dengan berhemah.. :)

Tarikh Gaji Kakitangan Awam 2013

1 comment:

Powered by Blogger.