Kelas ibu mengandung percuma Hospital Penawar

Leave a Comment
Assalamualaikum.

Seperti yang dimaklumkan dalam entry yang sebelum-sebelum ni aku telah meregisterkan diri aku dan suami untuk kelas ibu mengandung PERCUMA di Hospital Penawar Pasir Gudang. Oleh sebab semasa mengandungkan salman aku tidak menyempat nak menyertai kelas ibu mengandung percuma anjuran hospital penawar ini cuma hadir kelas ibu mengandung anjuran klinik kesihatan ibu dan anak Masai sahaja maka aku memang tertunggu-tunggu kelas ni dari awal aku mengandung. Memang rezeki adik baby salman after a few session of stalking Facebook Penawar Group akhirnya hajat aku nak join kursus ni pon mula menampakkan akan termakbul bila Penawar Group telah mengupkan iklan kelas ibu mengandung ni.. So apa lagi.. aku zasss pergi register balik je dari kerja..

So sehari sebelum hari kejadian, aku dapat panggilan sebenarnya dari hospital penawar untuk pengesahan kehadiran ke kelas ni. Oleh sebab HP aku mode silent maka jadi lah missed call, nasib baik dia sms bila tak leh call, terus laa aku call balik comfirmkan kehadiran 1+1+1 hahahah.. Oleh sebab kelas ni hari sabtu, taska salman adalah tutup terpaksa laa aku hangkut sekali bakal abang tu ke kelas ibu mengandung ni..

Kesannyaa..

Memang havoc!!

Siap salman berguling-guling atas carpet di hospital tu... aku pejam mata laa layan geram. Mama papa sibuk bersenam dia pon buat aksi senaman sendiri.

Kelas mula 9.30 sampai 12,30. Kami sampai agak lambat sedikit, kelas dah mulaa. Cuak jugak memula sebab tengok macam takde orang je kat hospital masa tu.. Bila sampai women dan child clinic tu baru lah lega, betul jugak tempatnyaa. kot laa register tempat lain kelasnya tempat lain. Mau naya jugak aku kenal bebel nanti.. Aku ada a few time memang main yakin jee tanpa ada kepastian, a few time jugak laa tersasar sikit dari perkara sebenar especially bila cari kedai laa..

Ok, Kelasnya ada 3 slot. First talk dari awal mengandung hingga saat melahirkan oleh Dr Pakar Sakit Puan dekat situ which is Dr Hasmah. 2nd adalah talk mengenai penjagaan luka lepas bersalin samada normal or ceaser oleh midwife kat situ.. 3rd adalah talk mengenai senaman ibu mengandung oleh Physio Hospital Penawar. Banyak jugak laa senaman yang kita boleh buat masa mengandung, badan masa mengandungkan asyik lenguh-lenguh jee terutama part pinggang..

Masa talk 1st and 2nd salman behave lagi, ada laa jugak ter jerit sekali dua.. dalam pada talk 2nd tu rasanya dah sampai puncak tempoh masa dia boleh behave kot sampai papa dia kena dokong jugak akhirnya.. Ada jugak laa yang bawa anak, termasuk aku ada 3 orang.. ke lebih aku pon tak perasan sebab yang aku tengok ada lagi 2 budak perempuan. Yang lain semua bawa anak dalam perut laa termasuk aku. Tapi anak laki standard laa lasak sikit sebab girl dua orang tu dah besar sikit more than 2 years aku rasa..

Masa talk pertama dan kedua salman ada daat pek jajan dari pihak pengajur, tapi oleh sebab aku tak bagi lagi salman makan jajan segala gegula or coklat so aku tak dapat la bagi, boleh buka kerepek potato sayur jee.. tu pon salman tak berapa nak gemar.. So lebihnya macam mama makan banyak..

Masa sesi senaman, awal-awal orang lain semua ada sorang je assistant yakni suami masing-masing.. Aku ada 2 assistant.. assistant kecik sorang tu sedap gak tau kalau tangan kecik dia pukul-pukul badan sebab tak berapa nak kuat tapi tetap rasa, cuma tu lahh dia tak berapa nak paham lagi bila kita kata nak lagi.. sebab dia tak tau pon yang mama dia tengah kesedapan di pukul badan oleh tangan kecik dia tu.. so masa dia tengah pukul tu biar aje lah sampai dia stop sendiri.. kalau request nak lagi tak dapat punya lahh, ko akan dapat senyuman sengihan atau bebelan comel je dari dia.. Penat or sakit kot tangan tadi pukul mama tapi mama tak bertindak balas. buat bodo jeee.. padahal dengan melayan diri diurut anak sendiri..

Tapi..

Assistant kecik tu kejap aje ada sebab the rest of the 3rd talk ada staff hospital penawar yang entertain dia.. So mama papa boleh bersenam dengan senang hati.

End of the session kelas ibu mengandung ni, macam biasalahh ada sesi promotion, pakej bersalin di Hospital Penawar dan check up di situ.. Pakej Physio.. siap ada jual nursing pillow offer baik punya, kalau beli kat luar RM65, kalau beli masa kelas tu RM45.. Tapi oleh sebab aku dah ade nursing pillow tu so aku pandang je lah.. Tapi boleh tahan laa dia punya lawa nursing pillow cuma dia isi fiber jee bukan kekabu.. Dan aku macam berminat dengan pakej urut selepas bersalin dia, akan difikirkan kemudian nanti.

As for door gift, aku dapat free gift dibawah untuk adik baby.. Sample percuma, biarpon takat sample asal percuma semua nak kan.. Bila daftar je kehadiran untuk kelas aku dapat Sample detergen baju baby comfort ultra dan diaper rash yang dalam tiub tu dan 2 kupon makan tengahari di kafe west meet east di bawah hospital penawar ni. Makan nasi ayam.. Masa sesi dengan dr pakar aku ada tanya soalan, so aku dapat lagi another 2 bungkus sample diaper dalam dia ada 2 helai dan travel baby shower top to toe.. Oleh sebab kelas ni percuma dengan ilmu tambahan selain refresh ilmu yang ada melalui kelas ni aku rasa berbaloi-baloi laa..

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.