Online seller review: Eat Sleep Shop

Leave a Comment
Assalamualaikum.

On the midst of bulan cinta kengkononnyaa apa lagi napsu nak membeli handbag kembali memcanak-canak. Cuma bila sudah semakin read: TUA, aku dah kekurangan masa nak survey macam nak gila harga terbest kengkononnya.. Mana taknya, baru aku nak pegang laptop ada tangan kecik kiut miut dah sibuk tekan sama, tak sibuk tekan sama sibuk plak cabut power supply cable dr portnya.. Baru aku nak pegang handphone, ada jugak kepala comel sibuk nak tengok sama siap menghadang betul-betul depan-depan muka.. dah tak boleh nak tengok apa.. bila aku pegang ipad, nanti ada jugak yang sibuk nak tekan-tekan sama tak pon request nak tengok game dia.. sudahnyaa tak tersurvey laa, beli aje lah dari mana-mana trusted seller yang ada yang dulu pernah usha-usha.. Jumpa yang berkenan apa lagi gi terjah sampai ke kedai ;p

Nak tau aku terjah kedai mana?

Warga shah alam anda adalah sangat beruntung.

Aku beli kat kedai ni sebab dekat jugak laa dengan umah kak long aku, sambil menyambil menziarah mak ayah aku yang ada kat umah kak long aku pon menziarah lah kedai ni sekali. Balik dengan mata bersinar-sinar sebab dapat beg idaman hati.

Showroom address:
NO. 30 (Ground Floor)
Jalan Plumbum N7/N, Seksyen 7, Shah Alam
40000 Selangor. Call : 0355240184
Open daily : 10am-7pm
email: ilovewristlet@yahoo.com

Hee.. Dalam banyak-banyak online seller yang ni ada added value sikit yang mana kita boleh datang sendiri ke showroom untuk membelek beg idaman hati. Cuma beware aje lahh kemungkinan terjadi korang dah aim beg lain end up korang beli beg lain. Atau, nak beli 1 beg end up membeli ber "beg" 2.. hahah. Dah namanya online seller of course la korang boleh beli online jugak free postage ok. Harga sama macam beli kat kedai jugak so no worries la.. Semua beg adalah original dan dibeli oleh owner direct dari US, dia pilih sendiri ye so dijaminlaa keadaan beg yang sempurna. Tip top condition. Harga, untuk aku yang kaki survey ni among the best price offer la.. Untuk beg yang aku nak tu aku ada jumpa beg yang sama dengan harga lebih RM1++ daripada harga yang aku beli di sini. Dapat beg yang aku suka dengan harga yang lebih murah sapa taknak.. 

Tapi pandai-pandai korang la nak pilih or compare a few beg memang ada tempat lain lebih murah tapi tak beza banyak pon takat RM9 or RM19 gitu laa.. beg lain memang sini among the best price lah!! orang kata two thumbs up gituu... Rajin-rajin laa survey, kuasa membeli ditangan anda pembeli, agak-agak nak value for money lagi sila la rajin-rajin menjalankan survey.. Aku pon rajin survey cuma ruang masa dan kesempatan nak survey dah terbatas dek kerana anak yang sel-sel otak tengah kembang pesat berhubung ni.. Jangan nanti korang kata aku tipu dah komplot dengan owner kedai plak.. Hahah.. Kuasa review kan kuat, cuma ni review atas kehendak aku sendiri, aku suka nak review kedai ni supaya nanti korang mudah membuat pilihan.. Certain orang kan tahap ketidakpercayaan dia tinggi.. macam aku jugak..tu yang aku lebih prefer beli sampai ke kedai daripada order online jee.. aku lebih suka kalau dapat COD kalau area aku ni seller cover untuk COD, tapi kalau both takde servis tu aku gamble jugak beli online, tapi tawakal kena lebih.. review dari customer-customer kena ada.. Jadi kot la review aku ni boleh membantu.. Tak ke kita untung boleh membeli beg idaman hati dengan harga murah dari harga sepatutnya.. compare dengan butik sedia ada.. Come from US gitu..

Cuma aku mengharapkan agar next time kedai ni ada memuatkan diaper beg as one of the product sell here. Semenjak  dua menjak 2nd baby dah ada dalam tummy ni.. mula laa aku gatal nak survey designer baby bag plak.. Hadiah birthday tahun depan mungkin, boleh mama melaram pakai time raya. hehehe.. Boleh menjeling tajam siap berdehem lagi laki aku kalau baca statement ni.. beg storksak tania salman tu pon elok lagi.. Penggunaan yang cukup berhemah biarpon boleh tahan melasak aku pakai beg tu sembat perlbagai benda.. agaknya dipengaruhi oleh kualiti beg jugak kot.. Takpee, tak dapat baby bag lagi pon takpe birthday tahun depan..birthday tahun depan jatuh masa puasa so beli benda lain laa untuk hadiah birthday, gelang emas masdora kee.. Pandora aku tak minat MASDORA aku minat.. Handbeg next time boleh beli lagi.. Lagi pon keluar je dari kedai laki aku pon bersuara, len kali beli kat sini aje lahh.. wahh berbunga-bunga rasa hati next time ada chance nak datang lagi..

Owh yee, pada sesiapa yang kebetulan nak beli jugak designer handbag all the way from US, sila laa terjah butik or shopping online di Eat Sleep Shop sekarang, kerana apa? sebab ada YES sekarang uolls... diskaun dari RM50 gitu.. ada yang diskaun RM100 lagi.. tak ke berbaloi tu.. terjah terjah.. ada Coach, Marc Jacob, Kate Spade, Micheal Kors, Furla dan pelbagai lagi lah.. Selain handbag ada lanyard, ada jam, ada purse.. sila laa terjah.. YES sampai 22 Disember je uolss.. sempat lagi ni.. 


Pergi kedai ni ada sejarah sendiri.. 1st time parking di area jakel shah alam ni both of us tak tau dan tak alert pon yang parking kena letak kupon.. plus hari jumaat kat johor cuti soo dua-dua memang tak ingat lah.. aku of coz laa tak menyabar nak masuk kedai pilih beg, laki i pon tak teringat.. sikit lagi keta kitaorang nak kena denda dengan majlis.. sib baik laa hubby i sempat tahan lagi.. tq akak-akak MBSA.. Hahaha.. kalau tak spoil the mood, rezeki nak beli bag kayu sepit kata laki aku.. Hahaha..

Bag kayu sepit korang, penat-penat kate spade design bag laki aku kata beg kayu sepit je.. "Beg brand apa ni, beg kayu sepit? nape tak beli coach?" Ape-ape je lah abg, yang penting aku happy dengan bag leather dari si kayu sepit ni..yang penting beg ni besar lagi murah dari wallet leather cenonet laki aku tu.. ;p
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.