Minum air gula untuk ibu mengandung

2 comments
Assalamualaikum.

Amalan meminum air gula semasa mengandung kebiasaannya dilakukan oleh ibu mengandung yang mempunyai sejarah keluarga yang mengidap kencing manis. Jadi dalam kes aku ni, bapak aku adalah pengidap sakit kencing manis. So seawal 7 minggu pertama aku dah kena teguk air gula. Tapi dengarnya sesiapa yang pregnant pada umur lebih 25 tahun pon kena minum dah sekarang ni. tapi tak taulah betul ke tak.

Result pertama air gula aku, alhamdulillah normal. Aku tak tahu la kenapa setiap kali aku membaca pengalaman minum air gula mommy pregnant yang lain semua kata tak sedap rasa nak muntah. Aku plak rasa sebaliknya. Takdelah manis gila dan tak sedap. Ok je aku rasa. boleh lagi aku minum sekali teguk sampai habis. Masa pestime minum air gula di KKIA, aku tengok ade 3 orang mommy pregnant yang tengah minum air gula muka berkerut-kerut tahan minum air gula. Nurse plak siap dengan ayat, minum habis, kalau muntah kena minum balik. Aku yang belum dapat lagi gelas air gula terus rasa seram sejuk. Aiyaiyai dahlah aku dalam fasa asal minum je air terus muntah.

Dapat je gelas air gula yang baru dibancuh, masih suam lagi aku rasa aku baca bismillah, selawat 3 kali terus gogok sampai habis tak sempat duduk pon. Sekejap je aku kate.. "dah nurse". Adik yang dok minum air gula sikit-sikit tu terus besar mata tengok aku. Nurse pon kate, hah kau minum je sekali teguk macam akak ni ko tak rasa punya, ni seteguk-seteguk memang ko rasa nak muntah.. Aku cuci gelas, nurse tu suh tunggu sampai 10.30 jangan makan jangan minum. Lega aku lepas dah debaran minum air gula. seram sejuk tadi hilang entah kemana. so kesimpulan aku mengenai air gula adalah.. oklah. sedap, takde lah rasa manis gila, manis lagi coklat. huhu.

dah 10.30 pagi aku dah tak tertahan dan nak meluekkan kesemua air dalam badan aku keluar. Sudahnya a few minit sebelum ambil darah lagi, ketika menantii giliran aku muntahkan air gula tu keluar. Sikit je aku rasa. Elok je kuar bilik air, nama aku dipanggi. Ambil darah terus blah..Hikhikhik.

24 weeks, yakni minggu lepas 2nd time aku kena minum air gula lagi. Dek kerana kebizian di opis. aku takde masa nak pergi kkia menanti untuk minum air gula semata. So aku pergi minum air gula di klinik Yuslina Seri Alam dengan bayaran RM40 pada hari khamis minggu lepas sempena hari hol negeri Johor. Rasa air gula dia pon lebih kurang sama je dengan kkia punya. Cuma yang ni aku takde lagi result. dia suh ambek ari jumaat, tapi aku malas drive sorang so tunggu hubby punya pasal terus tertangguh sampai hari ni gara-gara klinik cuti kerana sambutan krismas.

So, tunggu la esok, mintak-mintak klinik bukak lah.. Apela keputusannya nanti..

2 comments:

  1. Kalau xbuat di kkia bole buat di private rupanya ya..

    ReplyDelete
  2. Awal jugak minum air gula ye.... 7 minggu tu awal gak

    ReplyDelete

Powered by Blogger.