Meet The Author

Saya Suraya Jafar,blogger yang berasal dari Sarawak tetapi sekarang tinggal di Johor Bahru, Malaysia. Seorang isteri dan ibu kepada dua cahaya mata. Lahir pada Jun 1985 dan sekarang merupakan pegawai kerajaan yang berkhidmat di salah sebuah Pusat Latihan Kemahiran Awam.

author

The Duckscarves honest review.

Leave a Comment
Assalamualaikum and hello..

Ehh suddenly plak nak update yer.. lepas tu tajuk tak boleh blah.. seriously laa actually tak tau nak cerita apa sebab kebosanan duduk dirumah sebab hari ni mc sebab cabut gigi. Husna dan salman pulak sedang lena tidur.. sooo.. kitaa update laa selepas terkubur sekian lama dengan temaa..

Welcome to the duck side.. 🐥🐥

Aku ni kira kategori little ducky laa.. ada adik2 lagi dasyat koleksi itiknya.. but yang takutnyaa.. my duck keep growing uols.. macam addicted nak beli itik ajee tau.. punyalaa tertinggal since duckscarves ni dah lama famous dalam dunia hijabista sejak 2014. I used to watch instafamous-instafamous memperagakan duckscarves di insta masing-masing.. vlogger-vlogger berkongsi koleksi duck masing-masing di youtube, but i dont really interested pasal sehelai tudung yang harganya more than 100 ini.. macam.. eh apsal mahal sangat untuk sehelai tudung.. beli aje laa tudung lebih murah asalkan boleh covered your aurat sesempurnanya..

Until.. i read pasal ada orang rambling pasal duckscarves dalam IIUM. Hahaha.. since 90% bloglist iols ni macam dah bersawang lama blog sepertimana blog iols ni.. aku menjadikan IIUM confession tu sebagai bahan bacaan senggang semasa lunch.. ini Link dia kalau korang nak baca.. aku baca di facebook.. ramai giler kot orang hentam dia sebab rambling tu.. kesian dia.. siap ada part 2 tauuntuk dia pertahankan di.. korang boleh baca Sini but orang still bash dia.. nasib takde part 3.. iols membaca ajer kat iium tu bukan top fan.. so start from that.. tetiba curious plak pasal si itik ni.. bilaa bukak ajer insta fashionvalet.. kebetulan masa tu tengah offer raya.. discount 15% untuk theme dark.. untuk rasa berbaloi membeli tudung, pastikan warna tudung boleh match dengan banyak baju.. tudung gelap adalah tudung paling selamat dan berbaloi sebab boleh pakai banyak kali.. iols takdee laa terus beli tau.. so kita buat research.. berbaloi ke membeli tudung cecah ratus ringgit ni.. baca laa review2 yang ada dan kebanyakkan review sebut matte satin silk as the best material yang boleh dibeli dalam kalangan tudung-tudung itik ni..

Sooooo.. tanggal 7 Mei 2019, im officially duck-ed.. and pilihan tudung iols adalah matte satin silk dalam code dark side.. warna kelabu gelap.. warna paling safee.. hee..


Harga?

RM 130.... ?

Nopeee... heee

Salah satu reason yang menyebabkan iols terjebak sebab baru sedar dalam akaun fv ada storecredit RM 30. Agaknya dulu masa diaorg baru launch fv ada promo signup dapat store credit rm30.. gila laa bertahan lama store credit tu tak expired.. bagus-bagus.. ini menjadikan harga Itik pertamaku hanya RM80.50 selepas tolak discount 15%. Since penghantaran adalah percuma jadi rasa berbaloi laa..

Since beli untuk pakai raya soo takde laa pakai lagi duckscarves tu until laa rayaa.. My review? Senang nak bentuk dan tak panas.. drape nicely and beautifully.. sesuai untuk gaya formal dan casual.. kain matte satin silk ni beri effect mewah plus dia tak slippery.. dengan syarat korang pakai inner tudung yang ngam di kepala laa..

Beberapa hari before raya plak fashionvalet ni buat pulak promo raya last kopek.. beli 4 dapat 25% diskaun.. oleh sebab jun bulan birthday 1 soo.. iols pun menghadiahkan diri sendiri another 4 duckscarve this time matte satin slik in curry, iris, sweet sixteen and santorini. That duckscarves sehelai menjadi RM91.50 sehelai setelah tolak points yang ada dalam account.. mahal sikit takpelaa birthday.. huhu..

Then tetiba laaa masa rayaa fashionvalet ni boxing sale rayaa plak.. bilaa beli mana-mana tiga produk yang tengah sale korang dapat lagi another 10% discount.. this timee iols beli duckscarves paling murah.. dengan harga RM91 sehelai.. beli 2 tudung. Kali ni beli jenis satin silk dalam warna mudcake dan mangosteen.. dan sehelai baju kurung.. so total harga duckscarves tu just RM81.90 lepas tambah extra 10% discount tu..

Satin silk shawl in mangosteen

Satin silk shawl in mudcake

Setiap kali fashionvalet buat sale.. iols akan beli tambah koleksi itik.. antaranyaa..

Meringue scarf in Malibu Meringue
Satin silk square scarf in french manicure
Matte satin silk square scarf in pink lady
Matte satin silk square scarf in honeydew

Semua dalam kategori premium basic. Kalau beli harga biasa nilainya rm130 sehelai.. paling mahal iol duckscarves iols 91.50 tulah.. sempena birthday katanyaa..

Then tetibaaa.. awal ogos fv buat sale sempena singapore day.. beli memana duck brand dalam rm270 then dapat free singapore duck yang bernilai rm250 pulakkk..  terjebak pulak beli printed.. huhu.. dapat 3 shawl pada harga 2 shawl.. kos printed shawl tu lebih murah daripada harga sehelai tudung duck premium basic.. aku rasa berbaloi la kot.. Paling murah printed scarf duck ni rm180 iaitu koleksi printed the Duck Duck.. masa beli scarf ni the Duck Duck baru launch.. hahaha..ini menjadikan printed scarf duck ini. tudung paling mahal aku pernah beli.. sebelum ni koleksi tudung iols paling mahal rm89 jee.


So welcome to da familia bordenline duck in zen, the duck duck scarf in navy and the singapore duck in pink and white.. so dalam tempoh 3 bulan 14 koleksi duck.. boleh pencen dah laa beli itik.. tahun depan masa raya kita jumpa lagi yee..


My ducktower..

Hopefully sampai takat tu ajee.. fv sila stop buat salee.. huuu..

Berhantu..

Perasaan pakai duck? Erm rasa cam normal ajee ... rasa confident tu yee jugak.. tapi pakai tudung lain  kalau terletak elok pun rasa confiden jugak.. tapi oleh sebab tudung itik ni senang terletak.. So kesimpulannya.. korang senang jadi confident laa awal pagi.. start ur day with positive feeling gituu.... sebab apa aku rasa normal jee pakai walau pakai duck.. sebab kat opis ni pakai ajee laa tudung apapun.. takde orang akan belek jenama tudung apa ko pakai.. dan nak judge tudung macam mana yang ko pakai.. pakai ajee laa asalkan ko selesa dengan tudung tersebut.. paling koman pun orang puji tudung ko awning on point .. tudung ko lawa.. takde yang akan tanya brand apa.. so very healthy environment kerja.. aku still lagi pakai tudung or shawl lain pergi kerjaa.. di saat ko dah lambat nak pergi kerja.. tudung sarung is still the best.. tudung yang capai dari drawer then terus sarung without perlu nak iron.. kalau pinless lagi terbaik.. pin tudung beli laa beratus biji tetap akan menghilangkan diri diwaktu pagi..

So pada yang belum terjebak tu kalau rasa nak menjebakkan diri duckscarves ini ada banyak range. selain yang limited edition or printed.. untuk premium basic yang harga nett Rm 130 ada jenis pleats, faux cashmere, matte satin silk, satin silk, chiffon crepe, jersey, satin silk instant dan meringue,, manakala the snood dan fluff harga rm150.. ada shawl and square scarf.

Tudung yang aku ada dari range matte silk satin dan satin silk.. aku baru beli satu meringue..

So far macam aku kata kat atas.. semua tudung aku beli termasuk meringue tuu senang bentuk dan opaque.. tak perlu pakai inner neck pun.. pakai yang macam snowcap tu pun ok.. walau ko tak belit shawl tu pun leher tak nampak.  Kelabuhan tudung nicee.. boleh ajee labuhkan tutup dada.. dan terletak.. satin silk agak slippery laa cuma korang pin extra sikit nanti dia ok jee.. aku suka jee.. selalu aku pakai shawl ala bawal.. lipat segitiga kat hujung so awning terbentuk aje pepagi.. masa petang habis solat alignment dia lari sikit laa sebab dah terlipat masa belit tu kan.. tapi tak selalu terjadi pun.. the down side adalah nak tudung terletak kena iron laa.. masalah bg aku sebab aku selalu kesuntukan masa di pagi hari walau awal macam mana sekali pun aku bangun.. hahaah.. ade jee yg buat lambat..thats my own problem laa.. 

Ok laa korang.. see u next entry.. jangan kecam aku tau.. hahahaa selamat mengitik kalau korang terjebak jugak..
Read More

My PhD Journey Part 1

Leave a Comment
Assalamualaikum.

Hello.. Hai.. ade orang baca ke?

Dah lama sangat tak menulis di blog. Konon nak share cerita master tak tercerita2 sampaikan dah sambung plak ke PhD.. So sebagai merekod kenangan PhD nak bercerita la disini. Rewind sikit kenangan sambung belajar PhD.. Selesai sahaja submit hardbound tesis master kepada supervisor yang dikasihi, Dr Zol.. aku tanya berkenaan plan dia nak ambik cuti sabbatical.. jadi ke? Sebab nak bagitau mengenai plan sambung terus PhD.. Ye aku baru submit tesis ni terus gatal nak sambung PhD.. result pun belum dapat lagi.. aku masa tu cadang nak apply terus aje kat dekan.. sebab ada beberapa kawan master yang sambung PhD sebelum konvo master lagi.. kiranya terus bersambung laa..

Konvo master aku bulan 4

Oleh sebab semasa itu aku ingat bila cuti sabbatical tak boleh supervise pelajar.. so terhalang laa hasrat aku nak bersupervisorkan dr zol.. padahal sangat silap.. dia still boleh supervise aku rupanyaa.. aku tau lepas aku dah sambung dah PhD..so ni aku cita next time laa.. Lepas hantar tesis ke pejabat akademik, aku bercadang nak jumpa dekan untuk bertanyakan hasrat aku yang nak terus sambung PhD.. Oleh sebab sebelum ni memang pernah ambil kelas dengan prof sukri semasa dia menjadi timbalan dekan, jadi memang dia kenal laa. Kebetulan semasa aku jumpa prof sukri, Dr hasnah pun ada sekali.. apabila disuarakan hasrat aku nak sambung PhD.. prof sukri dan dr hasnah takde bantahan malah menyambut baik permintaan aku.. cuba bila ditanya siapa supervisor awak? terus krik krik krik.. aku takde approach mana-mana pensyarah lagi.. oleh kerana bulan 2 dah nak daftar ni so aku tanya laa prof sukri dia boleh tak jadi supervisor aku since dia memang pensyarah bidang aku.. after submit nama dan no kad pengenalan.. seminggu kemudian aku dah dapat tawaran PhD dengan bersupervisorkan prof sukri sendiri.

Tanggal 14 Feb 2018 secara rasminya aku bergelar postgraduate PhD pulak.. Oh ye.. aku sambung PhD ni atas tajaan sendiri.. so takde mengambil masa yang lama laa menanti.. sama seperti aku belajar master.. Kenapa taja sendiri? kaya sangat ke? tak kaya pun.. every month aku simpan duit tau nak bayar yuran.. yuran aku memang akan setel hujung sem.. sebab apa, sebab kena simpan duit dulu baru bayar yuran.. kenapa tak minta biasiswa? HLP ke? Owh itu aku ada sebab aku tersendiri.. next time aku cerita (eh dah janji 2 entry dah ni).

Semasa berjumpa prof sukri untuk kali pertama lepas lapor diri.. aku dah bagitau dia pelan aku untuk tamat PhD dalam tempoh paling minima. Yes aku tau aku bekerja sambil belajar.. Masa dengan anak-anak lagi masa untuk tugas lagi.. Prof sukri takde halangan pun dan dia memang mengharapkan aku GOT jugak, cuma dia minta aku kuat.. PhD tak seperti master, masuk kelas buat tugasan, ambil ujian, lulus..repeat lagi sem depan cukup jam kredit.. tamat master.. PhD perlukan aku rancang masa dan target sendiri.. cabaran lebih untuk aku sebab aku berkeluarga dan bekerja bukan PhD sepenuh masa. Oleh kerana aku bayar yuran sendiri, aku sendiri yang kena usaha untuk GOT.. more sem means more money, more quality time bersama keluarga yang perlu dikorbankan.. So aku kena fokus capai my small-small target setiap sem. Dia akan beri sokongan dari segi guidance dan motivasi.. perjalanan PhD aku kena manage sendiri.. Masa 1st time jumpa aku nyatakan isu yang aku minat nak dijadikan kajian.. Prof sukri tiada bantahan, dia hanya minta aku sediakan bab 1, 2 dan 3 dulu..

Semester 1, aku ambil semua kelas compulsory untuk PhD, kelas research method, kelas academic writing dan, critical analysis.. kelas-kelas ni takde exam, tapi berstatus wajib hadir dan wajib lulus. Takde grad diberikan cuma status lulus/gagal. Oleh sebab aku berkerja, so aku mohon cuti kursus sambilan untuk mengikuti kelas. Untuk kakitangan awam yang menyambung mana-mana pengajian, layak mendapat kemudahan cuti kursus sambilan selama 30 hari dalam tempoh setahun apabila menyambung pengajian dengan kelulusan ketua jabatan.. Next time aku cerita ok.. (ok dah janjii 3 entry dah ni).

2nd perjumpaan dengan prof sukri. aku bentangkan my target dan goal. haha. kenapa nak bentangkan? dia tak suruh pun aku bentangkan gitu.. tapi aku perlukan prof sukri sebagai supervisor untuk bagi aku motivasi.. believe me salah satu tugas sv ada beri motivasi.. selain pastikan kajian korang berada pada landasan yang betul.. target dan goal ni aku yang kena kejar sendiri, bukan dia kena paksa aku kejar.. tapi at least dia tau target aku.. Main target.. Habiskan PhD dalam tempoh minimum. aku sebolehnya tak nak ada extra 1 sem pun.. insyaAllah semoga Allah permudahkan.. aku pun tak tau masa depan macam mana, tapi kalau takde target takut nanti aku happy-happy buang masa takde target.. at least bila ada target aku tau aku kena paksa diri aku untuk capai..

So semester 1 berjalan dengan lancar, bila diminta menyiapkan mini proposal untuk kelas research method, aku siapkan sekali proposal sebenar aku.. aku siap bayar untuk attend kelas mendelay dan menyiapkan tesis ikut template gaya UTM lagi.. ye kelas tu berbayar but it worth every penny.. so semasa present mini proposal, pemeriksa masa tu Dr Khata maklumkan methodology kajian aku dah ok cuma aku kena tambah baik lagi sedikit part literature supaya lebih komprehensif.

Camp Spirit of Togetherness Sekolah Pendidikan UTM

2nd sem.. aku target nak prepare full proposal untuk submit supaya boleh defense proposal. 2nd semester ni aku attend kem yang dianjurkan oleh fakulti pada bulan 9.. semasa 2nd sem ni jugak laa aku dapat tau yang aku terpilih untuk mengikuti 30 hari kursus management untuk junior officer (gred 41 & 44) ke jepun oktober membawak ke bulan nov. Ye cabaran belajar sambil kerja kan..? kursus ke jepun ni aku jugak yang mohon, tak sangka rezeki aku dah tertulis untuk ke jepun dan menjadi antara 20 orang yang terpilih dari seluruh Malaysia.. Confirmlaa aku nak pergi.. Bila lagi nak jejakkan kaki ke negara matahari terbit tu ditaja sepenuhnya lagi.. Masa 2nd sem ni aku jumpa prof sukri a few times. Nak submit draf, set appointment nak jumpa, betulkan semula proposal.. setiap bulan aku pastikan aku jumpa dia sekali.. bulan 9 sebelum pergi jepun.. bulan 10 aku dah di jepun.. bulan 11 selepas balik jepun jumpa lagi sekali lagi.. bulan 12 jumpa lagi dan aku dapat green light untuk submit proposal aku ke pejabat akademik untuk penetapan tarikh proposal defense. 21 januari aku dapat panggilan telefon dari pejabat akademik fakuti untuk submit draf proposal untuk evaluation.

LEP02: Junior Office Management Training di Jepun.. oo ni bukan slot training, ni slot jalan2 masa weekend (Osaka Castle)

aku enjoy sekejap lepas submit draf.. layan movie lepas balik kerja, layan salman husna pergi taman depan rumah.. sementara menunggu tarikh untuk defense proposal.. siap pergi kelantan untuk majlis sambut menantu adik ipar dan pergi hatyai semasa tahun baru cina..

Ye sampai ke CIQ sungai kolok (golok) untuk ke Hatyai

Entering 3rd sem.. 13hb Feb dapat makluman daripada prof sukri tarikh untuk defense proposal.. 14hb pejabat call untuk maklumkan perkara yang sama.. 17hb aku berjumpa prof sukri untuk mock presentation.. dan aku ke pejabat akademik untuk dapatkan surat rasmi makluman untuk defense proposal. Prof aturkan mock presentation bersama-sama pensyarah dalam bidang yang akan aku buat.. Sangat membantu untuk aku olah semula proposal agar menjadi lebih fokus. so setiap hari aku bersengkang mata lepas kerja untuk mengedit semula presentation dan proposal, tambahbaik berdasarkan ulasan yang diberikan pensyarah semasa mock presentation.. Masa mock presentation aku dapat 2 calon co sv untuk membantu memberikan panduan dalam kajian aku kelak.. Dr Zol (ye aku dapat balik SV master aku) dan Dr Nad.. my idol.. since kajian yang aku akan laksanakan kena dengan kepakaran mereka.

Nak submit proposal untuk evaluation dah masa ni

Then tiba saat presentation. 2 hari sebelum presentation aku ke penang untuk site visit. Nasib baik balik dengan flight dari penang ke JB, tapi kepenatan sangat terasa. Balik rumah sempat masukkan beg dalam rumah terus naik kereta hantar salman ke reading class. pukul 9.30 baru masuk rumah, mandi dan tidur. Belum print lagi slide.. practice present pun belum.. perlu tido sebelum demam melanda kerana kepenatan. Nasib baik dalam fasa Allah bagi cuti. Pukul 4 pagi 27 Feb 2019 bangun, mandi, print slide, practice present, iron baju, bangunkan salman, siapkan beg sekolah salman, hantar husna ke taska terus zass ke UTM. 8.00 pagi tepat dah terpacak depan bilik prof sukri. After a few last minute session dengan SV, dia tengok balik slide presentation, then he say, ur ready to present.. confident ajee present pesan SV..

Pukul 9.00 gerak ke bilik viva.. dengar ada bunyi someone talking to each other dalam bilik viva, kompius sekejap betul ke biliknya.. Call kak rohaya confirmkan bilik.. betul lah biliknya, masuk tengok pemeriksa kedua-duanya ada dah dalam bilik viva. A few minutes perkenalan, padahal aku dah kenal both prof and dr. prof yahya pernah ajar kelas falsafah TVET, dan pernah jumpa Dr Aede di ofis sebab dia kawan pengarah ofis aku. Setup presentation dan aku bagitau pemeriksa aku ada buat a few changes after mock presentation tempoh hari.. Then prof sukri masuk pun bagitau perkara yang sama.. then kami tunggu pengerusi sesi prof baharin sampai.

Lepas pengerusi sampai, at 9.40 am sesi aku dimulakan and i have 20 minutes to present my proposal. After 20 minutes, aku rasa aku terlebih masa sikit since bila sampai slide last, prof baharin interupt bertanyakan aku ada banyak slide lagi ke..then i quickly end my slide after presented my last slide. Aku duduk, then tiba masa mendebarkan.

Komen dimulakan oleh prof yahya. Komen pertama dia adalah, dia suka gaya penulisan aku.. mirip kepada gaya penulisan dia. Aku rasa of coz la ada sikit sebanyak aku cedok gaya penulisan prof yahya sebab dalam kelas falsafah dia dulu, most of the time dia turut ajar cara menulis.. Since nama prof yahya adalah bagi aku sangat glamer bila membaca artikel, jadi aku terikut2. Semasa master dr zol ajar aku kesinambungan antara isi, bagaimana cara mengembangkan perenggan ke perenggan.. dari isi ke isi.. Tapi aku ada satu kelemahan, aku tak reti memendekkan ayat. Bab meringkaskan idea dalam 1 ayat yang ringkas tapi padat macam tak boleh nak garap lagi. Then ayat aku akan menjadi sangat panjang.. Dr aede pulak komen yang tajuk asal aku general, tidak mengambarkan kandungan proposal aku. Selalunya tajuk boleh mengambarkan kandungan, tapi oleh kerana tajuk aku memang sangat general, skop mcam besar sangat.. sebenarnya masa mock presentation pun dah kena tegur pun perihal tajuk tu.. Prof yahya proposed tajuk yang sesuai dimana aku hanya perlu tambah sedikit sahaja sebab 70% kandungan proposal aku dah mengambarkan tajuk yang dia cadangkan. Katanya aku dah tak perlu tambah banyak dalam proposal dan dipersetujui oleh dr aede. Katanya kalau aku tetap dengan tajuk asal, dia sebenarnya ada banyak nak tanya.. tapi bila masa present aku dah ubah tajuk, so apa yang dia nak tanya dah terjawab sendiri, cuma dia minta aku rujuk balik ulasan dia dalam report nanti untuk tambah baik.. Ada few suggestion dari pengerusi juga.. dan other suggestion dalam bab-bab yang lain. Pengerusi minta aku banyakkan lagi bab literature.. memang aku akui sikit sangat.. tapi proposal aku tu ada 40 muka surat isi sahaja, padahal proposal not more than 40pages katanyaa.. belum masuk lagi bab rujukan, kandungan dan senarai rajah, senarai jadual tu.. so aku cut out banyak literature tinggalkan yang penting-penting aje..

Lepas sesi komen dan terima idea untuk tambah baik, aku diminta keluar untuk perbincangan keputusan. A few minutes je aku rasa, sebab masa keluar, aku try nak call bapa aku tapi tak sempat ayah aku jawab prof baharin dah keluar semula untuk panggil aku masuk. Lepas aku duduk semula.. pengerusi terus cakap " congratulation, dayang.. kami sepakat memutuskan untuk beri awak P2, lakukan correction proposal berdasarkan komen-komen tadi dan perlu dihantar kepada supervisor sahaja dalam tempoh 1 bulan, laporan pembentangan ini awak boleh terima dari pejabat fakulti minggu depan". Prof sukri pun ucap tahniah dan dia minta jumpa dia semula pukul 12.30 tengahari. Lepas aku ucap terima kasih kepada pemeriksa dan pengerusi. aku tengok jam baru 11.45 pm. so aku ada masa untuk pergi semula ke pejabat fakulti untuk dapatkan borang untuk lantik co sv. serta surat untuk kumpul data daripada pejabat fakulti yang aku mohon masa mock presentation lepas.

12.30 aku jumpa balik prof sukri dan kami discuss a few thing untuk tambah baik bab 1, 2 dan 3 aku.. Now dah takde limit pages katanya.. Prof sukri proposed juga another co sv yang mahir dalam sem iaitu dr rustam. Aku ok jee since aku tau dia sibuk, to keep on momentum aku perlu jumpa sv kerap.. di akan pastikan aku GOT katanya.. by sem 5 dah kena setel untuk viva.. so tak dapat jumpa prof sukri, aku boleh jumpa dr nad, dr zol or dr rustam.. herm, officialy aku crossed another one goal.. one of the biggest goal kot sebab tak setel proposal tak proceed laa dengan kajian..

Time to double up the afford and keep on praying.

Aku harap aku kuat dan Semoga Allah permudahkan segalanya.. Amin..
Read More

Kedai Emas Murah di Johor Bahru Part 2

Leave a Comment
Assalamualaikum.

Tetiba ada pulak idea untuk update untuk kedua kalinya hihi. hopefully istiqamah laa mengupdate blog setiap hari begini. Actually entry ni khas untuk kite punya opismate yang tetiba terjumpa blog kite yang segan-segan hidup mati idok laa selagi kita tak tutup.. hahah.. (lambai sikit)..

Sebelum ni pernah buat entry pasal tips beli emas murah di JB.. dalam entry tu aku kongsi 3 lokasi membeli emas termurah di JB. Now aku nak share lagi 2. Jap lagi aku cerita apa pro dan con membeli emas di kedai-kedai yang aku nyatakan based on my own experience.

Sebelum ni aku cerita aku gila membeli emas sebaik sahaja husna lahir kan.. entry part 1 tu pun aku up selepas kelahiran husna. Since kelahiran husna itu aku memang giat menambah koleksi emas. Haha. Husba baru 2 tahun tahun ni.. lama gak sawan emas ni nak hilang. hahahah.. Wish untuk memiliki pandora emas seperti yang dinyatakan dalam entry lepas pon tercapai cuma takde laa charm aku meriah sampai membuatkan gelang pandora aku berat berpuluh-puluh gram. Tak penuh gelang laa kata orang still in progress mengumpul charm gitu.

Ok cukup mukadimah sampai 3 perenggan. Kedai emas pertama entry kali ni adalah..

Kedai Emas De Aurora
Jln Padi Emas 1/2, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor


Kedai emas ni ada banyak sangat design yang cantik-cantik memang rambang mata laa.. dah banyak kali jugak laa aku melabur di kedai ni.. kedai ni ada 2 harga emas.. 1 untuk yang jadi VIP member, 1 lagi untuk yang tak jadi member. harganya beza rm5 kot kalau tak silap.. Kedai ni aku dah jadi member.. dapat murah.. rm5/g adalah sangat berharga.. nasi ayam lepas..  Semasa aku beli emas di kedai ni sebelum hari raya tu. Harga emas nya rm185/g untuk member.. Masa tu aku rasa emas 916 di kedai-kedai emas terkemuka dah rm205.. Kedai emas ni nak compare dengan ada lagi 1 kedai emas sri temasek yang aku share dalam part 1 ni ada harga memang bersaing-saing.. pandai-pandai korang nak nego harga sebab harga dedua sama dah include GST.. Tetapi dua-dua kedai ada upah.. Yang bestnya kedai ni harga upahnya kalau korang pandai dan kena cara serta memang tertulis rezeki korang untuk dapat murah.. memang murah laa.. skill nego kena baik laa.. harga charm dia pun kadang belas2 ringgit aje.. teruja betul aku.. charm pandora aku tu pun datang dari kedai ni laa.. siap datang 2 kali haa beli charm semata.. lepas ni aku nak cari stopper plak.. susah beno nak dapat stopper.. asyik habes kena kebas orang aje.. cuma diingatkan kalau barang yang upah emasnya bawah rm50 susah laa korang nak minta upah kurang gilee. tips nyaa beli banyak-banyak lepas tu pepandai laa ayat adik jurujual tu.. dah beli banyak ni.. kali kedua aku datang pun aku beli ngan adik jurujual yang sama.. dapat murah lagi .. ko jaga akak customer ko ni dik.. sawan emas tak abes lagi ni.. dapat anak girl lagi bertambah-tambah kot sawan diaa.. Owh berita baik.. Sehingga tamat bulan ogos ni harga emas kat deaurora ni adalah hanya RM195 per gram siap upah all in. All in tau korang.. mane nak dapat tu..?? Kalau beli emas ala-ala italian tu.. upah je mau cecah rm500 - rm700 betapa banyak penjimatan disitu.. cepat-cepat pergi beli emas sekarang since takde upah.. Transaksi kedai ni boleh guna cash , online transfer dan juga kad kredit cuma kalau kad kredit ada extra charge.. berapa persen tak ingat. sebab i online transfer... g kedai, takut nak bawak cash banyak.. bayar guna maybank2u ajee.. senang..


Kedai kedua yang aku nak suggest.. kedai ni aku dah beli 2 kali.. kedai ni harga emas dia nak compare dengan deaurora adalah slightly higher.. kadang beza rm7-9/g Cuma yang bestnyaa tiada upaah.. sentiasa tiada upah tau.. bukan masa promosi aje tak de upah.. Haaa nampak tak nampak tak apa keuntungannyaa. Nama kedainya ialah.. Jumierah Jewel

Lokasi: Dalam Perling Mall Tingkat 2 kena naik lift bebetul sebelah lift kedai dia.

Sekarang pun ada promosi uolls.. rm189 free upah.

Cuma kedai ini agak susah nak minta diskaun lagi. read: Tak dapat diskaun lagi.. setakat dia tidak kira yang sen sen ajee.. katanyaa dah diskaun banyak dah bile upah dah takde.. Plus gelang yang ada kebanyakkan panjang kalau pergelangan tangan korang  penuh tak cekeding macam aku.. boleh la beli.. tangan aku pakai yang 16-17cm aje.. kalau pakai 18 dah panjang bebeno.. tak banyak choice.. Tapi design semua lawa-lawa. Charm tak banyak sangat. De aurora lebih banyak. Kedai ni terima cash dan online transfer je dan tak terima kad kredit.. installment pun boleh. .nego laa ngan tuan punya kedai.. hehe.

So pada hari tertulisnya entry ini kalau korang takde spesifik design yang korang nak asalkan cantik.. takde laa demand nak design terkini or nak design tertentu aje.. boleh laa terjah Jumierah dulu.. mane tau ade yang kenan.. haha..

So ape tunggu lagi.. Tutup hp / laptop g start kereta.. sedia duit pergi beli emas.. Emas makin naik wei.. tak caya tengok laa harga emas dalam entry sebelum ni.. rm170 gram kat kedai emas terkemuka rm190.. baru setahun dah rm 190 kedai biasa kedai terkemuka rm205.. dalam rm15-rm20 tu kan naik.. erm..

ok sekian. saya beli emas je.. tak jual emas tau..



Read More

Gitu Gini Kehidupan

Leave a Comment
Assalamualaikum.

Hai.

Lamenya tak tulis blog, bukan aje tak tulis jenguk blog pon takde, apetah lagi blogwalking. Tadi belek2 blog list yang ade, ade a few yang still aktif. Ade yang eh macam lame tak aktif tetiba ada entry baru. semua baru kemas blog banyak habuk eh. So aku pun sama laa nak buang sikit sawang-sawang yang melekat kat blog ni. Cian dia terabai eh.

Life so far. Alhamdullillah..

Anak-anak alhamdulilah sihat dan semakin cheeky, siapa yang ada add facebook aku macam selalu gak update status kat FB, mostly pasal salman husna la. Macam-macam keletah.

Salman still belum diapers free. Sebenarnya dia dah pandai sangat buang air kecik dan besar di toilet, tapi dek kerana kemalasan mama (n papa dia sekali) kami still beli diapers untuk dia. padahal dia pandai aje kat taska diapers free. cuma tido dia still pakai. konon kat rumah masa tido je pakai diapers sekali dia pandai pakai sendiri laa.. sebab dia boleh amek pampers yang kitaorg simpan. Bila laa nak istiqamah ni mama awak salman padahal bulan 12 ni nak masuk tadika dah.. huu

Pasal study plak.. tinggal 1 sem. insyaAllah. Semua kelas dah abis tinggal tesis. Sem lepas adalah sem yang paling mencabar jiwa. UTM-Pasir gudang tu dah kira macam dekat sangat pulak. Hari2 berulang dek kerana nak mengejarkan semua kelas habis sem ke tiga tu. Supaya sem ni takyah ada kelas dan boleh fokus pada tesis.

Alhamdulillah supervisor sangat sporting, very fatherly gitu.. banyak SANGAT bagi guidance, tak lokek ilmu. A few people tanya kenapa berani pilih dia, semua cakap dia leceh laa itu laa ini laa.. namun dah tekad sebab kena kot dengan diri ni cara dia.. agaknya sebab perangai aku pada student pun ala2 diaa.. cuma aku tak fatherly, motherly laa.. hahaha.. so macam understand niat dia begitu dan begini sebab apa.. terima hati terbuka dan ikut apa dia nak macam mana.. of coz la sebab he know better.

Kerja? Alhamdulillah tahun ni aku promoted. So merasa la gaji naik 2 kali. Alhamdulillah.

Raya? Hehe tahun ni aku raya bintulu dulu Yeay!!. Tq la en husband sebab memahami dan mengizinkan. 2 tahun berturut2 raya bintulu. Lepas mak aku meninggal, rasa regret sangat ada tahun yang tak balik beraya, lepas ni berazam nak kena balik jugak bintulu even kejap masa raya. takkisah laa raya KL dulu or raya bintulu dulu since memang ada peruntukan tiket untuk balik kan. so takde excuse tak balik raya.

Tahun depan salman dah 5 tahun. So aku dah registerkan dia untuk pergi tadika tahun depan. Semoga anak mama behave dan suka gi sekolah. A few time jugak laa aku lalu-lalu sekolah dia berhenti sekejap dan bagi tau ni sekolah salman, tahun depan kita sekolah ye, salman nak g sekolah tak? Jawapan dia. "Aman, tak nak".. hamboi2 anak aku...

Ok lah, aku pun tak tau nak cerita ape ni. next time kalau rajin aku update lagi ye..

Daa..



Read More

Air dicincang takkan putus

Leave a Comment
Assalamualaikum..

Hye uolls..

Dah lama dah tak cerita kerenah 2 anak soleh & solehah ni. Makin hari macam-macam adegan lucu diaorg buat. Alhamdulillah adik beradik sayang menyayangi antara satu sama lain tapi bilaa bergaduh tu amboi.. main gigit-gigit.. selalunyaa abang laa gigit adik.. husna pulak menjerit ajee laa kerjanyaa tapi kalau dia geram dia debik jugak abang diaa tapi abang kan sadooo.. setakat tangan kecik adik apee ajee laa yang rasa..

Anak soleh solehah

Situasi 1:
Bangun pagi papa dah dukung husna turun dari bilik.. Husna ni setakat baru nak masuk 2 tahun ni seorang morning person. Agaknya sebab dia orang yang paling awal tido so awal jugak laa dia bangun. Setiap kali turun memang dia akan bawa botol susu dia turun sekali dan akan request susu dengan mama. Ow selalunyaa aku, husband n salman akan tido kat bawah.. tak tau napee haha.. selalunyaa tertido sebab kami suka tgk movie sama-sama waktu malam.. kalau tido dalam bilik plak salman akan tido sekali ngan kitaorang.. husna plak tido dalam baby cot diaa..

Dah jadi rutin awal pagi memang husna dan salman akan minum sebotol susu setiap kali bangun.. husna bila dah turun memang akan automatik goyang-goyang botol susu dia depan mama minta dibuatkan susu.. So aku memang bancuh sekali susu salman serentak. bila dah siap husna akan ambil dedua sekali dengan exitednyaa..  botol salman dia akan letak sebelah abang dia yang masih tidur.. dan dia akan baring sama ada sebelah abang dia or atas sofa.. kadang dia siap acukan puting botol susu kat mulut abang, abang sambil tido boleh capai and terus nyonyot susu diaa.. haha

Situasi 2

Husna seorang yang agak payah makan ubat. dia punya mengelupur kalau kena makan ubat mama kena bukak segala bunga silat untuk tahan tangan diaa sambil tekan syringe ubat dalam mulut. Husna selalu kena marah kalau mama geram dia asyik tolak ajee ubat tu keluar mulut dengan lidah bila mama salah aim cara masuk syringe dalam mulut.. dari baby dah tak suka ubat.. sejak dah masuk setahun dia dah pandai meronta2 kuat xmo ubat.. tapi sekarang mama dah ade assistant.. bab nak bagi adik dia ubat salman orang yang paling exited.. exited nak pegang tangan adik diaa dengan kejap.. kuat jugak dia tahan walau adik dia meronta bagaimana pun.. so mama senang nak aim sudut mana nak tekan ubat supaya adik tak tolak balik ubat dia dgn lidah..

Situasi 3

Salman suka sangat main lego. Selalu dia buat helicopter, aeroplane dan robot.. Bila abang main lego husna suka bertidak sebagai ala-ala destroyer untuk musnahkan binaan lego abang diaa.. dah lerai lego tu dia ambil 1 or beberapa biji lego dan bawak lari.. haha

Situasi 4

Salman n husna suka tengok youtube dekat TV, setiap kali mama perasan diaorang  tengok dekat, aku akan suruh salman ganjak ke belakang untuk tengok TV. salman pulak akan dokong adik diaa yang tadi dok depan TV ganjak belakang sama.. haha

Situasi 5

Husna agak berdikari dalam bab pakai baju, lepas mandi siap marah mama dia ni yang nak pakaikan baju.. siap boleh bukak balik baju or seluar yang tadi kita dah half way pakaikan supaya dia boleh pakai sendiri. Salman pulak selagi mama tak pakaikan baju dia rela berbogel pakai pampers ajee.. hanya boleh pakai baju sendiri kalau dia nak mama bukakan TV or bawak jalan.. o ambilkan jajan dari tempat tinggi.. Faham x maksud aku.. dia boleh pakai baju sendiri tapi sebagai syarat untuk dapat kehendak diaa.. selalu aku bgtau gini.. ok salman pakai baju dulu baru mama bukak TV.. so dia pakai laa baju then tunjuk pada aku dah siap pakai baju sambil hulur remote..

Situasi 6

1 benda yang aku geram ngan husna ni adalah dia suka buka pampers diaa.. asal penuh sikit dia bukak.. tak selesa dia bukak.. paling aku pening kalau dia buka masa dah poo poo.. so aku kalau nampak dia dah start tanggal seluar diaa.. memang laju2 la aku pergi tukar or pergi pasangkan balik pampers dan seluar husna.. ade sekali ini salman demam tonsil seminggu . salman kalau demam or sakit sangat clingy.. berkepit aje dengan mama.. aku plak kalau anak-anak demam segala keperluaan akan ditunaikan even dia minta nak makan nasi tengah malam sekali pun.. sanggup masak nasi lagi sikit bila nasi dah habis takut anak hilang balik selera makan.. so demam seminggu tu aku dok mengentertain salman ajee laa kerjanyaa.. Husna agaknya jeles so one day masa salman tengah tido peluk tangan aku dekat sofa bawah husna merajuk naik atas.. dari bawah aku boleh nampak dia intai2 aku dekat kepala tangga tingkat atas.. kesian aku tengok husna agak terabai.. haha. pandai dia tarik attention mama diaa dengan bukak pampers dah jinjit pampers dia bagi aku nampak konon acah2 sembunyi atas tangga.. SO ape lagi belari terus laa aku naik atas ambik diaa.. salman perasan mama dia takde sebelah terus meraung laa jadinyaa.. hahah

Situasi 7.

Salman or husna dedua tak boleh tengok salah sorang duduk atas riba mama or kena peluk dengan mama.. dalam kereta lagi laa horror.. dedua berebut mama dia.. kalau sorang duduk atas riba.. sorang lagi pun nak duduk jugak.. kalau sorang mama peluk sorang lagi pun nak mama peluk.. kalau sorang tido menyandar dekat mama, sorang lagi pun sibuk nak menyandar.. kalau dedua ni reti nak berkongsi takpe.. ni bertolak-tolak, bertarik-tarik tangan mama.. kalau berebut-rebut tu tak bising takpe jugak ni.. menjerit-jerit menangis tak puas hati selagi tak dapat.. salman pun bukan reti nak beralah dengan adik diaa.. sebab selalu mesti salman laa menang sebab dia lagi besar dan sadoo.. bila dah tak dapat tu husna apa lagi menjerit menangis beriaa.. papa diaa bila dah rasa bingit mula laa marah dah dedua kena cubit papa geram..


HAha.. banyak lagi situasi kelakar dua beradik ni.. tak kering gusi dengan telatah tiap hari.. Happy ajee.. kalau gaduh tolak menolak.. berebut tarik menarik kemudian nangis.. lepas kena marah boleh pulak lepas tu main sama balik..
Read More
Powered by Blogger.