Babymoon Cameron Highland Januari 2013

Leave a Comment
Assalamualaikum.

Fuhh, lame tak update kan. Entry last ada gambar kehijauan, sape yang leh teka tempat mana? Ade yang teka cameron highland tak?? haha, yes!! akhirnya menjejakkan jugak kaki ke cameron highland pahang. Tak pernah sampai ni seumur hidup, dah membuyung baru lah sampai.

Perasaan?? Seronok!!.. Cameron highland sangat sejuk, tapi time malam jelah.. time siang, hawa sejuk masih ade tapi matahari menyengat panas. Tapi better then hari hujan, karang mak yung pon takut jalan sebab licin. hehe.

We start out trip from JB pada cuti maulidur rasul, Khamis 24 Januari 2013 at 1.00 pm. gile lambat, memula nak bertolak lepas subuh, dek kerana kepenatan lah kononnya, packing baju baru buat pagi tu, terus rancangan berganjak ke tengah hari. Our 1st pitt stop ialah umah MIL di melawati, KL. Mulanya nak singgah umah kak long kat shah alam, tapi memandangkan melawati lebih dekat, so singgah melawati aje lah.

Pukul 5 pagi, bangun bertolak ke perak lepas subuh. Kenape perak? sebab hubby ade meeting di lumut perak. Haha. yes, dalam entry lepas-lepas kalau ade siapa perasan aku kate nak ikut hubby outstation ke perakkan? Jumaat tu hubby kerja, aku je lah yang bercuti. Sampai perak around 8.30 gitu, perjalanan dari KL ke perak, hujan di satu dua tempat. Dalam perjalanan aku syok tido, pukul 8 baru bangun sepenuhnya teman hubby. ;p

Sarapan di Bidor, then kiteorang teruskan ke manjung perak. Sampai manjung around 10 pagi gitu, hubby dropkan ke Jusco Manjung then dia gi meeting. Sib baek ade Jusco. Hehe, kalau tak mati kutulah menunggu hubby meeting. Kat jusco tak buat ape pon. Masuk je jusco terus tuju ke directory. Nak tau ape yang ade di Jusco manjung, ade big apple and popular.. Bagus!!. Terus mak yong melangkah ke popular untuk membeli buku novel. then melangkah ke Big Apple mengisi perut sambil membaca novel. Kedai di Jusco Manjung time tu almost all dah bukak. Lepak di big apple sampai pukul 12 gitu. Dengan perut besar tak kose nak berjalan window shopping. Kalau dulu sebelum preggie, aku explore kot satu-satu jusco tu. nie tak larat dah.. hahaha. Jusco manjung tak ramai orang even dah pukul 12.15 patutnya gomen dah rehat jusco munjung still lengang tak macam jusco permas.. parking pon susah. Kat sini parking banyak giler lagi space kosong.

Pusing-pusing jusco survey barang baby baru perasan dekat jusco manjung ada library awam.. tak pernah jumpa library dalam shopping mall. kecik je librarynya tapi cosy, tak masuk pon, lalu kat luar je. Sudahnya dalam 1 lebih hubby call bagitau dia dah abes meeting and nak amek dah. Jumpa balik hubby, kiteorang terus ke Jeti Lumut untuk beli survenior sotong kering bergula la terutamanya. beli juga barang-barang yang kawan ofis hubby pesan. Sempat beli sikit untuk staff ofis sue dan untuk anak-anak buah sue di shah alam.

Dari lumut, kiteorang teruskan perjalanan ke Camaron Highland dalam pukul 2.30 macam tu, naik camaron melalui jalan simpang pulai. Takde la horror, tapi penat jugak la mak yong menahan kaki dan tangan bile hubby wat lap kat selekoh-selekoh.. jalan macam ular kena palu tapi tidak lah securam jalan naik ke genting highland. heheh. Oklah, tapi kala bawak my mum ni, mesti uwek-uwek di tengah jalan. Belum lepas satu selekoh, dah nampak lagi satu selekoh.. haihh..

Sampai di cameron highland around 5.30 gitu. Memula terkejut tengok cameron, macam tak ade ape pon. tak menarik pon.. pembangunan je banyak.. mane ni kebun teh kebun strawberry. Huhu. Hubby kate dulu camaron masih cantik, sekarang dah ramai sangat orang kot so dah agak tercemar, tu yang tak sejuk sangat. Honestly rasa macam kecewa sikit. Huhu.

Nasib baek hotel cantek, walaupon cam lama sikit. kiteorang menginap di Equatorial Cameron highland, lepas check in, terus tersadai atas katil kepenatan dek kerana perjalanan yang jauh dan berliku-liku. Hubby plak lepas solat turus zass ke gym tak reti penat langsung, mak yong plak lepas solat terus tersadai atas katil. Cari lah air cond, rupanya tak de. Dah ke tempat sejuk nak hotel air cond, mane ade hubby kate. Tapi dengan muncung cakap, mane ade sejuk.. Hoho. Mahap laa ye uolls aku memang jakun tak pernah ke cameron, belum sedar lagi malam karang kipas tu pon aku tak mo bukak sebab sejuk giler. Mengalahkan aircond full power. hehehe.

Malam, lepas jamak marghib dan isyak. aku dan hubby pon siap-siap nak turun ke brinchang untuk melawat tarikan pertama kami di cameron highland iaitu pasar malam brinchang. A must go place in cameron. Dapatlah melepaskan hajat untuk makan keledek madu, jagung madu dan strawbery coklat. hahaha. amek kau, tiga sekali aku hantam satu malam. Siap tapau bawak balik hotel. Menarik gak pasar malam ni. Oleh sebab bajet esok nak gi jalan-jalan satu cameron, kami kononnya nak survey-survey dulu lah harga segala coklat strawberry, teh, jagung dan segala-galanya yang tak pernah di lihat dan wajib dibeli di cameron. Just membeli fridge magnet dengan harga 5 biji RM 10 untuk kenang-kenangan. Actually mahal gak tu, boleh dapat fridge magnet dengan harga RM 1 di Kea Farm berhampiran hotel. Tak tau kan, so ingat tu dah murah. heheh. Selain fridge magnet, kiteorang beli sepasang couple t-shirt I love camaron highland, hubby amek size M aku amek size L, baru muat my tummy. hehe. Harga RM 30 sepasang, kain t-shirt dia 100% cotton, sejuk dan tak panas. So mummy suka.. haha.

Untuk malam pertama, itu je lah aktiviti nya. Selebihnya layan TV di hotel dan merancang aktiviti untuk esok dan tidur.. in house quest ade complimentary free 24 wifi. Sila dapatkan password di receptionist ye. :)

So untuk babymoon cameron highland hari pertama.. Gambar takde, ade satu je, hikhikhik..

pasar malam brincang




0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.