Barut bayi zap on @ velcro

Leave a Comment
Assalamualaikum..

Heheh, salman dah sebulan mama masih sibuk beli barut lagi. Salman ada total 10 barut sahaja actually, mama beli 5 helai colourfull nenek jahit 5 helai warna putih.. Semua barut tali..

Alkisahnya pertambahan barut salman terjadi kerana, mama yang tungang langang mengikat barut salman lepas mandi.. Semasa nenek masih jaga pantang, semua nenek yang pakaikan, dari mandi dan pakai baju, setiap hari selama 40 hari.. Mama rilex goyang kaki. Bile nenek dah balik, mama take over totally.. So jadilah kisah salman menjerit-jerit nangis mama lak tersedu sedan nangis.. Hahaha.

Salman suka mandi, time mandi dia senyap je, bile keluar je dari besen mandi, balut ngan towel, tu dia start ek ek ek nangis.. Amboi nak oii, takkan nak berendam sampai kecut sayang.. Lagi lah bile start nak pakai baju.. Melalak habes.. Ke mama kasar sangat.. Mama dah wat selembut mungkin dah tu.. Ke slow sangat mama awak ni pakaikan baju... Jadi untuk mengurangkan keslowan (heh ade ke perkataan, keslowan) mama memakai baju terutamanya mengikat barut kerana awak salman pakai baju sambil nangis tambah pakej meronta-ronta.. Mama dengan segeranya mengoogle kembali barut bayi.. Kali ni barut velcro, tak mo tali dah..

Dan akhirnyaaa.. Jeng jeng jeng.. Beli di Mayangsari Kids, pakej 6 helai barut RM26, the cheapest dan the chomelest barut yang mama jumpa.. Mama pilih corak hari khamis, bayar hari jumaat sebab nak kena tanya papa dulu boleh beli ke tak, sampai hari sabtu.. 10.30am.. Mama tengah sidai baju tetiba pakcik posmen pos laju hon hon.. Tanjat mama.. Yuhuuu.. Alhamdulillah..

Seriously, corak cantik-cantik, kain cotton on both side, plain white kat dalam, corak kat luar.. Jahitan kemas.. Sangat value for money.. Mama pilih colour merah, biru dan hijau je.. Main pilih je corak sebenarnya tak sedar langsung mama pilih corak yang sama, warna je lain.. Kecuali satu warna biru corak lain..

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.