Dunstan baby language

2 comments
Assalamualaikum.

Sebagai ibu bapa kepada anak pertama pengalaman menjaga bayi memang langsung tak ada. Sepanjang tempoh pantang kebanyakannya mak yang jaga, aku bertindak sebagai pemerhati sahaja selalunya dan tukang usik2 baby.. Bile abes je pantang, mak aku balik seminggu pertama rasa macam trauma.. Aku tak faham kenape dia nangis. Stress tau.. Yang aku tahu kalau baby nangis 1st bagi susu, 2nd diaper check, 3rd letak minyak angin kalau kembung. Kadang-kadang tiga3 step tak jalan dia still nangis dan takmo tidur. Kadang tidur kejap then jaga balik.. Aku plak taknak biasakan anak berbuai dan juga tak nak salman asyik beriba bila tidur.. Seminggu pertama aku keep on asking salman.. Kenape salman mama tak faham.. Kenape sayang mama tak tau salman nak apa. Sometime sambil nangis.. Heheh.. Why why why, lapar? Dah bagi susu.. Pampers? Dah tukar.. Kembung? Dah letak minyak angin.. Kenape.. Kenape.. Kenape?. Kesian salman nangis sampai merah muka tak nak tidur..

Actually dengan pengalaman hampir 3 bulan jaga anak sendiri ini aku still tak tahu salman ni ade pernah kembung perut ke tak.. Hahah. Mak aku kata kalau dia kembung kita pujuk macam mana pon dia tetap nangis, pendek kata dia akan nangis beria susah nak stop.. Dan kalau tepuk perut bunyi kosong.. Bunyi macam kosong pon aku taktau camne.. Atau perut dia kalau tekan keras.. Salman ni kalau nangis, kite angkat dia, dia stop.. Or alih kedudukan ..or tepuk-tepuk.. Cuma tulah takmo tidur.. Kembung ke? Orang kate kalau baby kentut bagus nanti perut tak kembung.. Salman plak aku tengok senang kentut lagilah kalau aku main kaki dia gaya kayuh basikal.. Amboih bukan main kentut berirama2.. Dan aku just regularly sapu minyak telon kat perut, dada dan tapak kaki, sehari mau jugak 3, 4 kali tak termasuk letak lepas mandi..  Satu sebabnya aku tengok salman macam suka dan nyaman je setiap kali letak minyak telon tu siap menyengih lagi. dan satu sebab lagi aku suka tengok dia geli kalau letak kat tapak kaki..

Satu hari, aku tak pastila apa yang aku google sehingga dapat tau pasal dunstan baby language ni.  Aku baru tahu baby ni stail menangis ade bezanya, aku tak sedar pon yang aku tahu salman menangis dan aku pon mengunakan 3 petua di atas..ade 5 jenis tangisan baby yang membawa 5 maksud berbeza.. Neh, owh, eh, heh, eairh..

Neh - lapar
Owh - mengantuk
Eh - burp me
Heh - tak selesa
Eairh - kembung perut

Dunstan baby language ni ade vcd cara nak kenal pasti tangisan baby dan cara mengatasinya. Korang nak beli boleh dapatkan di sini. Harganya rm70 termasuk postage sjung kalau sabah sarawak tak termasuk lagi ehh kos postagenye.. Boleh la korang tanye kalau berminat. Tak pon korang boleh pergi ke youtube ade a few videos yang diuplod mengenai dunstan baby language.. Aplikasi ipad/iphone pon ade kalau nak download.

Truth to be told, nak identify tangisan baby ni pon susah jugak. Pada aku laa.. Sebab kompius, bunyi sama je, kena bagi tumpuaan pada saat dia mula menangis.. Leh lah dengar neh owh eh heh or eairhh tu.. Kalau dia dah melalak tu tak dengar ape dah.. Proceed je laa ape yang korang rasa perlu nak hentikan tangisan dia.. Aku amek masa seminggu untuk kenal pasti tangisan salman. Yang sering aku dengar adalah neh dan owh laaa.. Kalau heh dan eh tu aku kompius lagi, kadang-kadang betul kadang tak betul.. Eairhh tu aku macam tak pernah dengar..ke ade ek? Acually neh dengan owhh tu pon aku tau dengan bantuan bahasa tubuh salman.. Kalau dia nak susu dengar jugak lahh bunyi neh nya dengan bantuan lidah dia nanti ke atas or gerak-gerak, mulut macam anak burung dan dia buat bunyi sucking.. Lagi kalau aku letak jari or towel ke mulut dia dia asyik nak sambar jee.. Tu dia lapar laa.. Kalau dia nak tidur dengarlah bunyi owhnyaa dan mulut dia bukak luas bentuk o.. Kadang aku rasa bentuk mulut dia sama je bile lapar or ngantuk nak identify tengok lidah je.. Selalu ya kalau dia nangis nak tidur lidah dia tak gerak pon..

Untuk eh dan heh aku still tak reti2 nak beza.. Tapi aku rasa kalau ehh tu bunyi dia pendek pendek jee. Mungkin yang aku selalu dengar tu heh.. Sebab salman kalau lepas minum memang akan diburpkan.. So kalau dengar hehh tu alu simply adjust baju dia or betulkan selimut diaa or dukung dia  dan dodoi.. Kadang-kadang aku burpkan jugak bile lepas dia minum aku tak burpkan..iyee, aku memang tak reti beza jugak sebenarnya.. Agaknya bahasa salman dan campur bahasa sarawak kot.. Hahaha (owh, aku berkomunikasi dengan salman dalam bahasa sarawak mostly, cian papa dia tak faham, seronok boleh cakap bahasa ibunda sendiri dengan anak).. Kadang-kadang( noted kadang-kadang je tau bukan selalu) feel like magic je bile ape yang kite buat tu betul and end up salman tidur dengan nyenyaknya sampai 5 pagi.. Wahahahah.. Lena tidur mama, tapi terbangun jugak a few time in between jenguk anak..

Owhh salman sekarang dah pandai berjaga. Paling lama dia berjaga 3 jam. Dan selalunya adalah dari pukul 8 malam or 9 malam sampai 12 pagi.. Nak orang layan, nak orang cakap-cakap dengan dia.. Selalunya dalam 11 lebih dia dah tidur dah.. Dah jadi ruti harian dah sekarang tapi yang stress papa, bukan mama. Hahaha, eh kadang stress jugak terutamanya kalau haritu mama takde lelap tengahari.. 15 minit jadilah.. Agaknya mama kena start beli toy gantung-gantung tu untuk salman layan dikala kebosanan.. Sekarangnya loket mama tergantung depan mata dia pon leh jadi bahan buat dia ketawa..

So cuba-cuba lah ehh.. Aku pon masih dalam tempoh belajar ni, setakat ni owh dan neh tu boleh la identify dengan mudahnya.. Yang lain-lain masih dalam belajar. Practise make perfect kan.. Untuk anak tersayang..





2 comments:

Powered by Blogger.