Mama's wishlist

1 comment
Assalamualaikum..

Bila tiba bulan kelahiran ni mulalah berangan yang macam-macam ehh? Tapi hadiah hari jadi dapat satu jelaa.. Berangan macam-macam bagai duit ada berkoyan-koyan. Tapi tak salah kan.. Wish je, tak luak pon duit bila mengimpikan macam - macam, ade rezeki tunaikan.. Belum ada duit teruskan berangan. Hahahah.

Setakat hari ini, inilah wishlistnyaa.. Harapan, impian, igauan dan angan-angan.. Ecehh.. Hhahaha. Kite ringkaskan seringkasnya ye uolls.. Wishlist tidak mengikut susunan kelebihan keinginan..min taram saja apa yang muncul diingatan

1. Storksak nina diaper bag.  Updated 2 julai 2013
2. Coach wristlet / wallet / handbag
3. Kate spade wallet / handbag. (Ehh payah nak letak satu2 jenama handbag.. Kite rangkumkan menjadi designer hand bag.. Nasib laa mampu beli ape. Kot mampu beli LV kee. Hikhikhik)
4. New car: Honda accord :p bakal berubah mengikut kegilaan semasa, sekarang ni nak yang ni, sebelum ni aku nak nissan teana.. apasai aku tukar taste pon aku tak tahu..
5. Melancong membeli belah ke bandung & medan & jakarta
6. Melancong ke hongkong disneyland
7. Mengerjakan ibadat haji & umrah
8. Mempunyai simpanan sendiri Tetap tak usik-usik (bukan campor duit husband ehh) lebih rm50k by 2020..
9. Membeli 2nd house di area KL @ selangor @ putrajaya
10. Melancong ke langkawi & kuching & kelantan & penang & labuan bersama suami dan anak-anak.
11. Europe tour erk ke kena letak satu2 negara ehh? Belasah la dulu.
12. Melancong ke negara kanggaro. Perth, sydney, melbourne..
13. nak bela kucing lagi.. Tak kisah la kucing kampung ke ape.. Asal kucing comel..
14. Buku sebenarnya saya isteri dia :p
15. Pasang aircond 1 rumah..
16. Auto gate rumah
17. Alarm rumah
18. Membeli rumah corner lot.. Ni xsama eh macam wish 9.. Hahahaha.. Ni xkisahlah di mana-mana asal corner lot. Bape banyak umah aku nak ni?
19. Akikah salman dalam tahun ni jugek.. Hihihihi
20. Baby girl :p hikhikhik
21. Memperbanyakkan koleksi barangan kemas.. Huehuehue..
22. Naik pangkat (aci tak)
23.Anugerah perkhidmatan cemerlang.. Wahahahahah.. Mintak2 la dicalonkan tahun depan.. Terganggu tau emosi bile 'orang tu' kate dah layak tapi tak dicalonkan bagi peluang orang lain.. Abeh saya? Xnak bagi peluang kat saya?:p
24. Memasak setiap hari untuk suami.. Hikhikhikhik..
25. Sambung master.
26.

Apelagi? Tetiba tepu.. Hahahaha..






1 comment:

  1. Amboi, panjangnya list mama ni.... :-) smg tercapai hajatnya...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.