Cash Out Earning Nuffnang

Leave a Comment
Assalamualaikum.

Kumpul duit tanpa sedar. Hee...

Sapa dah pernah cashout earning nuffnang? Sepanjang aku berblogging dah nak masuk 5 tahun ni, aku baru cashout earning nuffnang sebanyak erkk 2 kali. aku start menjana duit dengan nuffnang sejak 2012 kot aku rasa sebab walaupon aku buka blog sejak 2009 tapi tu tanpa nuffnang, kemudian ade setahun aku benti berblog, kendian baru bukak balik blog yang ni tahun 2012.. soo sepanjang dari 2012 sampai sekarang 2015 aku hanya cashout 2 kali.. terbaru semalam.. Both cash out nilai ratus jugak laa.. siap boleh beli medela harmony breastpump nanti.. Heee balance boleh beli storage bottle or storage bag nanti..

Kalau korang nak tahu nilai mininum untuk cash out earning nuffnang adalah sebanyak RM50. Tapi aku suka simpan sampai jadi more than RM100, tapi dek kerana nak membeli breastpump idaman makanya aku mengumpul earning nuffnang tu sampai mencecah nilai breastpump yang aku nak tu.. Alhamdulillah, kira dapat free la gitu breastpump aku tu.. takyah usaha lebih sangat kumpul duit dengan update blog aje.. nilai tu aku dapat setelah kumpul earning nak dekat 2 tahun jugak laa sebab last aku cash out adalah bulan Jun 2013.. heee.. ngeh3.. boleh laa dari takde, walaupon tak banyak melampau macam orang lain sapa nak bagi senang-senang duit RM2xx kan..


Step nak cash out senang aje.. macam makan kacang yang dah bukak kulit orang kata.. ngap aje..

korang pergi kat bahagian earning tu, then klik aje cash out. Perlu ingat kalau earning korang tak sampai RM50, butang cash out tu tak akan wujud punya, walaupon earning korang tu RM49.99.. Tok sah carik memang tak ade, kalau RM50 aje yang ade..


Bile korang klik aje cashout, nanti akan keluar pengesahan untuk bayaran. kena letak nama penuh dan alamat tau.. Jangan letak nama glamer plak.. Alamat pon letak laa alamat yang boleh sampai cek nya nanti bila nuffnang dah proses.. Jangan letak alamat orang lain yang tak kenal korang langsung. Aku senang letak alamat opis ajee.. dah lengkap semua.. klik comfirm.. 

Bile klik aje nanti akan keluar satu notification warna hijau (aku tak sempat nak tekan printscreen).. lepas beberapa saat, notification hijau tu akan hilang dan korang akan tengok earning korang akan jadi 0 balik.. So start la kumpul semula earning nuffnang balik yee..


Ade 1 tips aku nak bagi, kalau nak cashout earning sila buat dihujung bulan, supaya sepanjang nak tunggu hujung bulan tu bertambah lah jugak sehingit dua poh hinggit earning korang.. dan takdelaa lama sangat korang nak tunggu cek nuffnang korang tu sampai.. Macam aku rasa tak sabar plak nak tunggu lagi 4 hari.. so aku cashout kan aje.. Nuffnang akan proses pembayaran 30hari dari end of month.. bukan 30 hari dari tarikh cashout tau.. dan nuffnang charge RM1 untuk fee pemprosesan.. Dah cash out sila lah tunggu cek nuffnang anda..

Heee... jom join nuffnang sesama.. Aku nak start kumpul balik ni earning, kena rajin-rajin update blog supaya unique visit meningkat dan earning lebih cepat nak meningkat banyak..

Terima kasih nuffnang.. muahhh sikitt..

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.