Susu Ilham : Susu berasaskan makanan sunnah

1 comment
Assalamualaikum.

Hari ni aku nak review susu formula salman tapi sebelum tu please jangan condem entry aku. Kalau rasa nak condem jangan baca dan sesilaa klik x cecepat.

Kepada sesiapa yang mencari-cari pilihan susu formula untuk anak. Boleh masukkan susu Ilham keluaran ebunda ni sebagai salah satu pilihan. Salman start minum susu Ilham ni sejak keluar ward tengah tahun lepas. Sebelum tu dia minum enfagrow. Keluar aje dari ward aku terus tukar susu dia kepada susu ilham ni. Alhamdulillah dengan izin Allah salman dah jarang demam. Kalau demam pon hanya semalaman.. esok dah kebah.. tapi mama kena berjaga jugak laa bukan automatik kebah gitu.. tuam badan tetap kena buat. Kalau selsema sekejap aje kering takdelaa lamee hingus meleleh-leleh kadang sampai dah hingus hijau tuu, tapi tu .pon mama kena rajin sedut hingus salman jugak laa..
Tapi semuanya dengan izin Allah.. salah satu usaha je lah ni. Lagipon susu ni diperkaya dengan makanan sunnah macam kurma, badam dan kismis.. Selain tu turut dibacakan ayat-ayat al-Quran. Jadinya susu ini tidak boleh dilangkah.. lagipon kismis dan badam memang faveret salman.. aku jadikan ala jajan gitu untuk salman..

Harganya?? Tiada yang lebih bernilai dari susu ibu. Susu ibu adalah yang paling berharga.. T__T.. susu ilham ni harganya RM48.90.. tapi aku suka beli satu kedai ni dapat harga rm46 tapi kena beli 5 kotak ke atas. As for salman sehari dia comsume sebanyak 40-50 oz susu.. makanyaa aku memang memerlukan minimum 6 kotak untuk salman sebulan. Tiap kali gaji ajee.. memang RM300 diperuntukkan untuk susu salman sahaja. Setakat ni tiada pengurangan pengambilan kuantiti susu lagi bertambah-tambah lagi ade.. paling minimum salman akan habiskan 4 botol susu 10oz sehari.. 1 botol penuh masa pergi taska.. tengahari di taska 1 botol.. balik 1 botol.. sebelum tidur 1 botol.. kadang masa tengah malam dia bangun dia minta lagi sebotol..

Bila aku kata salman minum 40-50 oz susu sehari semua macam terkejut.. kuatnya minum susu.. kalau dekat taska pon salman antara hero susu sebab suka minum susu. Aku lagi suka dia minum susu banyak gitu sebab aku pon kurang bagi minum air lain.. air kosong pon kurang.. uwaa.. aku kena ajar jugak mak aku kata.. aku akan bagi minum air lain macam air buah ke kalau salman demam.. dia ni kalau demam bercinta sikit nak tengok dia habiskan susu. Sebab dia demam pakej batuk gitu, agaknya tekak perit tak nak terima susu..

Apapun aku berazam untuk adik baby aku nak susukan dengan susu ibu hingga 2 tahun. Amin.. doakan aku berjaya yee.. tak nak kecundang ditengah jalan macam salman lagi. Kesian anak mama.. mama down gilaa takboleh nak ingat zaman gelap tu nanti mesti nangis..

1 comment:

  1. JOM JOIN BLOGLIST ALMIRA ALWANI 2015...
    http://almiraalwani.blogspot.com/2015/02/bloglist-almira-alwani-2015.html

    ReplyDelete

Powered by Blogger.