Tips Pernafasan Semasa Meneran Bersalin

1 comment
Assalamualaikum.

Entering 36 weeks maksudnya kena selak balik info-info dan tips-tips pernafasan semasa sakit nak bersalin. Even anak kedua dah ada experience masa deliver anak pertama sila tau sakit bersalin, pengalaman bersalin untuk setiap anak lain-lain even yang bersalin tu orang yang sama.. Ye lahh alahan masa pregnant pon lain-lain, anak yang di kandung pon lain-lain, masa pon lain-lain semua pon lain-lain. Jadi bersedia lah.. kalau dipermudahkan, Alhamdulillah, kalau diuji Allah sakitnya "luar biasa" alhamdulillah, pengorbanan hanya mak aje yang sanggup hadapi.. demi anak tersayang.. eceh... hahaha

Oklahh ni aku share dari blog mamapeduli. katanya dia dapat dari mumsluv dan mumsluv pon dapat dari HealthyMoms2b...

Aku copy dan paste aje laa yee.. meh sama-sama ulangkaji..

1. Masa kita rasa sakit sikit-sikit atau baru mula sakit (peringkat awal).

Cuba tarik nafas dalam-dalam menerusi hidung dan keluarkan nafas menerusi mulut.

2. Kemudian apabila terasa kontraksi makin kerap dan semakin sakit.

Waktu ini cuba untuk menarik nafas pendek dan cepat, kemudian lepaskan. Tarik nafas pendek menerusi mulut dan lepas juga menerusi mulut.

3. Apabila terasa seperti mahu meneran tetapi belum tiba masanya lagi.
Tarik nafas 2 kali menerusi hidung dan keluarkan menerusi mulut.
Tarik nafas and hembuskan pendek-pendek. Lebih mudah untuk diingat: ‘sniff’, ‘sniff’, ‘fuhhhh’.
Jika tiada gesaan atau terasa mahu meneran, hembuskan nafas yang lembut and macam biasa.

4. Apabila tiba masa untuk meneran.
Ketika ini cara pernafasan adalah dengan menarik nafas dalam-dalam melalui mulut, memandangkan oksigen masuk lebih banyak melalui mulut berbanding hidung.

Kemudian baru ‘push’ sambil lepas nafas perlahan-lahan dengan satu nafas supaya baby tidak tersekat dan betul-betul keluar.

Teran tanpa mengeluarkan suara dan sekiranya kehabisan nafas semasa meneran, jangan lepaskan kesemua nafas, terus tarik nafas semula. Ini bagi mengelakkan bayi masuk ke dalam semula.

5. Sewaktu meneran.

Kedua-dua tangan pegang pada buku lali dan semasa meneran, angkat kepala sambil melihat pada perut. Pastikan dagu mencecah dada. Ini untuk mengelakkan dari kita ‘terangkat’ punggung.

Posisi suami ketika proses kelahiran juga dapat membantu isteri.

Bagaimana?

Sebelah tangan pegang pada bahu isteri untuk dijadikan sebagai tempat menyandar (isteri boleh bersandar dilengan suami supaya terasa lebih selesa). Manakala sebelah tangan lagi ditekan lutut isteri bagi mengelakkan isteri mengangkat punggung semasa meneran (bagi mengelakkan koyakan).

Lagi tips pernafasan semasa bersalin dalam entry aku yang ni dan yang ni

meh ulang kaji.. tetiba aku kompius tapi insyaAllah.. semoga dipermudahkan urusan kita melahirkan seorang lagi umat nabi Muhammad s.a.w dan khalifah Allah swt.. Amin..

1 comment:

  1. hahaha...automatik buat praktikal masa baca ni... ;-D

    ReplyDelete

Powered by Blogger.