5 bulan Aisyah Husna

Leave a Comment
Assalamualaikum.

Alhamdulillah Aisyah Husna bakal menginjak usia 5 bulan esok. 24 September 2015. Milestone sekarang?

Mula meniarap sepenuh nya dengan jayanya di usia mejelang 4 bulan dan mula bergolek sakan di usia menjelang 5 bulan. Macam lebih cepat sikit compare dengan salman mungkin disebabkan faktor berat badan husna lebih kurang compare dengan si chubby muchie abang salman..

Sekarang bukan main dia golek-golek sakan.. sekejap ajee dia dah sampai hujung kaki kerusi makan.. tadi baru aje barangkan atas tilam hujung kaki sofa.. sangat seronok kalau abang dia teman baring sama.. senyap ajee tak nangis kalau abang ade teman.. minum susu 3 oz aje 4 kali minum sepanjang dekat taska.. balik rumah pantang mama tinggal dalam baby cot dalam bilik melalak-lalak macam kena cubit. dia bukan tak suka dok dalam baby cot, dia tak suka tinggal sorang.. kalau letak dalam cot then kita plak dok dalam bilik tu sambil lipat baju ke baca buku kee elok senyap jee dia berbunyi-bunyi mulut menyanyi-nyanyi..

suka senyum sengih-sengih kalau tengok mama. kalau nangis melalak la macam mana nyaring high pitching sebelum nyaa bila dukung dia atomatik terus senyap.. agak-agak masa menyusu dia dah keluar bunyi menyanyi-nyanyi tu lepas burp elok aje diaa dok sekali tengok movie or what so ever abang dia tengah tengok dekat tv.. kalau tak ditinggal seorang bila dah kenyang means kita baring sebelah dia lepas habis dia menyusu dia boleh dozed off begitu sahaja, kalau dia tinggal sorang perut kenyang mata ngantuk macam mana pon dia tetap tak mau tidur..

love to take a bath.. good macam abang salman gak.

sekarang salman pon dah ikut perangai adik pulak, tak nak tidur bila takde teman.. haihh.. jeles laa tu adik nak tidur mama sentiasa teman.. jadi tidurlaa anak beranak satu bilik sama-sama. memula tidur dalam bilik kiteorang katil tu ofcoz tinggi laa.. dah berpadat atas katil.. tapi ade 1 malam sedar-sedar husna takde sebelah.. dia ade tapi dah berganjak ke bawah sikit, mama dia dah seriau nak tidur katil tinggi.. haihh.. so tidur atas tilam bawah ajee, so pindah laa balik bilik abang salman.. guna pullout bed salman lebih selamat..

Owh pernah admit ward sekali masa 4 bulan.. paling kelakar dalam history hidup mama, warded hanya kerana husna batuk dan selsema dan ade fever.. sebab salman dulu pernah warded sebab lung infection maka mak dia ni paranoid.. tak memasal warded sehari. awal pagi mama bikin havoc hanya kerana husna muntah mama bg makan panadol terus bawak pergi emergency KPJ pasir gudang.. padahal baru sekali tu aje dia muntah.. dan mama ingat husna bernafas laju.. padahal normal baby seusia husna bernafas normal dalam kadar 40 kali seminit.. tapi takpe laa ada sebab nape husna bikin cuak mama, dia tak nak mama berenggang jauh dari diaa rupanyaa..  the day husna discharge, aku patutnya pergi batu pahat walaupon balik hari aku keberatan nak pergi.. so bila dia warded makanyaa aku ade excuse laa tak pergi batu pahat...

So layan sekeping gambar anak dara yang suka sengih ni.. gambar on 22 september 2015, mama mc 2 hari sebab gastrik.. isnin & selasa.. jadi hari ini mama sambung cuti rehat sebab esok dah nak raya. dok rumah layan anak biarpon sakit adalah heaven.. tengok salman dah terbaring kelelahan lepas mandi.. ni budak busyuk masam sorang ni dalam proses nak mandi jugak laa ni..


0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.