Hello 2016

Leave a Comment
Assalamualaikum.

Hehe. Baru nak update di hari ke 9 tahun baru. Erk, boleh laah kan.

Aku mulakan tahun baru dengan portfolio baru. Dari yang uruskan pengambilan beralih menjadi ketua bahagian Teknologi Pemesinan Am. Dah lama tak jadi ketua bahagian, cuak tak sabar semua perasaan bercampur semua. Bukan aku tak pernah jadi ketua bahagian, pernah 5 tahun dulu, cuma masa tu jaga 1 bahagian aje, sekarang jaga 2 bahagian. Makin ramai staff makin banyak tanggungjawab cuma makin banyak yang boleh tolong laa..

So recap balik peristiwa sepanjang tahun 2015

Januari.. Apa yang menarik ye januari selain persiapan nak sambut adik baby kami tukar kereta baru. So good bye honda city yang banyak berjasa dari sebelum kawen lagi sampai nak beranak anak kedua.. Hello honda civic, sama-sama kita mencipta bahagia bersama.. ecewah..

Februari .. sama masih persiapan menyambut adik baby agak keciwa sikit sebab tak comfirm lagi masa tu jantina adik baby apa. Rerasa macam gegurl, tapi masa scan 4D adik baby tak tunjuk jantina diaa.. pemalu-pemalu anak mama ni semuanya. Tapi nampak muka, macam salman rupa adik baby.

Mac.. Masih jugak persiapan adik baby.. Hahah. Cuma kali ni fokus kepada nak breastfeeding adik baby dengan susu ibu, siap ikut kelas one to one untuk breastfeeding. Alhamdulillah until now husna dah 9 bulan masih lagi minum susu mama sahaja. Bulan ni dapat biras lelaki baru sebab adik hubby kawen. Dan paling best bulan ni aku dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Alhamdulillah rezeki anak-anak.

April ... Jeng jeng jeng.. Highlight of the month mestilah kelahiran Aisyah Husna ke dunia. Semoga jadi anak solehah anak mama. Bulan ni abang salman pon genap 2 tahun..

Mei ... Bulan ni bulan berpantang. So dok umah sesenyap. Hahaha

Jun .. Happy birthday to me. Bulan ni bulan puasa, breastfeeding husna masa bulan puasa sangat-sangat mencabar. Melepek gila rasanya aku. Nasib baik masih cuti bersalin. Alhamdulillah berjaya puasa penuh tahun ni.. yahooo

Julai .. Selamat hari raya. Di hari raya yang ke 3 kami botakkan kepala husna.. Milestone husna masa ni dah pandai sengetkan badan. Macam cepat aje kan.. Di hari menjelang raya aku dapat tau menang contest, tak sangka 1st time dapat menang contest.. Hadiahnya baju swimming salman.. Mak menang anak dapat hadiah.. Seminggu lepas raya cuti bersalin pon habis. Cadang nak minta extend bos tak kasi.. Huhu naik jugak kerja dengan hati yang lara..

Ogos .. 1st month husna di taska. Rutin harian di pagi hari adalah menyediakan bekal susu ibu untuk husna dan mulalah berbestfriend dengan alat bernama breastpump..  Masa ni husna 4 bulan dah, dia dah berjaya meniarap sepenuhnya pada usia 4 bulan.. Bulan ni husna admited hospital dek kerana maknya yang cuak lebih. Takde apa pon.. apelaah mama ni..

September .. Aisyah husna dah 5 bulan dah berjaya bergolek sakan anak aku, kerjanya bergolek.. pandai dah angkat-angkat montot nak mengangkat badan.. dia paling exited tengok abang diaa, aku buat lawak dia sengih-sengih ajee.. bila dengan abang bukan main lagi mengekek ketawa..

Oktober .. Selamat hari raya aidiladha. Dengan rasminyaa husna dah merayap sakan.. 6 bulan husna pon start solid food. makanan pertama Avocado sama mcam abang salman. Penerimaan?? Bolehlaa.. Owh bulan ni dapat lagi biras tapi kali ni perempuan pulak.

November .. Bulan november bulan cinta. Tak ade apa sangat cuma dapat hadiah gelang pandora emas yang diidam-idamkan itu. Tq encik suami.. Tahun ni tahun gila emas untuk aku. Husna dah lengkap pakej rantai gelang kiri kanan.. Baby gegurl kan. Kui kui kui.. Masa ni milestone husna merangkak dengan jayanyaa.. tapi gigi takdak.. hahaha..

Disember - bulan ni kami balik bintulu. First time husna balik bintulu naik kapal terbang.. Awal bulan husna sekali admited hospital, kali ini for real bukan main-main macam bulan ogos haritu. Lung infection, cuak secuaknyaa ajee mama.. dengan rasminya mama vaksinkan husna dengan pneumococcal dos pertama. Nanti februari baru dos kedua kita vaksinkan sekali abang salman. my mum pon admited hospital jugak.. huhu. Bulan husna dah pandai berdiri, kami pon turunkan laa babycot ke level paling rendah, sakan dia berdiri dalam baby cot menjerit-jerit.. Hahaha

Ok laah itu sahaja rangkuman cerita setahun aku..

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.