Assalamualaikum.
Hye uools...
Peribahasa orang dulu-dulu memang ade betulnya kan. Dipendekkan cerita.. aku merancang hanya untuk ambik 3 subjek sahaja sem ni seperti yang aku cerita entry lepas.. 3 subjek tapi hanya 2 kelas since 1 subjek lagi aku daftar research study 1.. so kelas aku hanya pada hari isnin dan selasa.. tapi atas sebab-sebab tertentu end up selepas minggu pertama kelas, minggu ke dua aku kena attend 4 kelas.. Not that aku tak biasa ambil 4 kelas, sebab sem lepas pun aku pulun 4 kelas jugak tapi hanya 12 jam kredit, tapi sem ni aku ambil sampai 18 kredit. Mak datuk, macam dah jadi fulltime student dah aku rasa. Kerana apa perancangan aku berubah? sebab aku kena habiskan semua kelas aku semester ni. Means sem depan aku hanya ade 1 aje subjek register with no class. Cuma habiskan research study 2 aje. Oleh sebab aku dah daftar statistik dan 1 subjek elektif, maka aku kena ambil lagi 1 subjek elektif dengan 1 subjek innovation menjadikan aku perlu attend 4 kelas. Cumaa.. aturan kelas adalah agak tidak best sebab kena attend kelas hari ahad which is aku mampu elak 2 sem lepas. Sem ni tak mampu dah sebab ada 4 subjek yang ada kelas.. kerana kelas innovation takde yang jatuh hari ahad.. so aku kena pilih kelas innovation yang jatuh hari rabu. dan lagi 1 kelas elektif kena ambik hari ahad..
Actually, aku ada 1 lagi pilihan itu pun hanya boleh berlaku kalau pengarah benarkan aku ambil CKS 1 hari setiap minggu so that aku boleh ambik kelas elektif hari rabu tak perlu pergi kelas hari ahad. ooh untuk makluman fakulti aku takde kelas yang diadakan pada hari khamis.. Tapi rasa segan sangat nak tanya dan minta kebenaran tu since memang dia dah terlampau banyak sangatla aku rasa bertolak ansur dan bertimbang rasa pada aku sejak sambung study ni.. Dan aku tak nak melebih-lebih mengambil kesempatan. Malu wei.. Dan tidak hadir kerja 1 hari setiap week adalah sangat-sangat tidak bagus untuk golongan pengurusan macam aku.. biarlah aku hadir setiap hari dan keluar awal pejabat waktu petang around 3 - 3.30 dengan pelepasan daripada hilang 1 hari bekerja.. supaya apa-apa terjadi , or any urgent matters kena attend aku ada setiap hari untuk bertindak dan selesaikan masalah..
Waktu kerja aku dari pukul 7.30 am hingga 4.30 pm. So if aku keluar setiap hari pukul 3 petang, aku dapat pelepasan kerja 1 1/2 jam setiap hari.. 4 hari ke kelas maksudnya aku akan guna 6 jam masa kerja aku untuk ke kelas setiap minggu. Kalau aku apply CKS 1 hari dan 2 hari lain untuk ke kelas.. sebab dalam 1 hari tu aku hanya dapat attend 2 kelas aje pon, maka aku akan guna 8 jam (1 hari CKS) plus 3 jam (1 1/2 jam hari selasa dan rabu) waktu kerja aku.. total up 11 jam.. banyak jam aku kena cover balik gitu waktu kerja terpakai tu.. eventhough dah dapat pelepasan dari bos aku still rasa guilty lagi. So aku memutuskan biarlah penat ulang alik 4 hari PG-UTM daripada guna banyak masa kerja.. So aku tak tanya pun pengarah aku.. huhu. So aku ambil laa elektif mana-mana program yang ditawarkan hari ahad, dan kelas innovation pada hari rabu. lagipun tinggal baki 12 minggu aje lagi.. pejam celik pejam celik habis laa semester ni.. Sem depan aku boleh jadi lega seleganyaa tak payah nak attend kelas.. perjumpaan seminggu sekali dengan supervisor jee..
Tapi tu lahh.. segalanya terjadi dalam ketentuan dan perancangan Allah.. Allah the best planner kan..
Semoga dipermudahkan perjalanan kelas sem ni. Jangan laa banyak assignment.. Huhu.. Sem lepas syok gile.. 1 subjek paling banyak 2 assignment ajee.. Hopefully sem ni pun gitu jugak laa..
p/s aku kena scrifice duit ke minyak laa banyak kot dengan naiknya hari minyak ni.. kuranglaa boleh jalan-jalan hujung minggu.. save minyak.. huhu
Betul ke teh hijau boleh turunkan berat badan?
3 hours ago
0 comments:
Post a Comment