Kedai Emas Murah di Johor Bahru Part 2

Leave a Comment
Assalamualaikum.

Tetiba ada pulak idea untuk update untuk kedua kalinya hihi. hopefully istiqamah laa mengupdate blog setiap hari begini. Actually entry ni khas untuk kite punya opismate yang tetiba terjumpa blog kite yang segan-segan hidup mati idok laa selagi kita tak tutup.. hahah.. (lambai sikit)..

Sebelum ni pernah buat entry pasal tips beli emas murah di JB.. dalam entry tu aku kongsi 3 lokasi membeli emas termurah di JB. Now aku nak share lagi 2. Jap lagi aku cerita apa pro dan con membeli emas di kedai-kedai yang aku nyatakan based on my own experience.

Sebelum ni aku cerita aku gila membeli emas sebaik sahaja husna lahir kan.. entry part 1 tu pun aku up selepas kelahiran husna. Since kelahiran husna itu aku memang giat menambah koleksi emas. Haha. Husba baru 2 tahun tahun ni.. lama gak sawan emas ni nak hilang. hahahah.. Wish untuk memiliki pandora emas seperti yang dinyatakan dalam entry lepas pon tercapai cuma takde laa charm aku meriah sampai membuatkan gelang pandora aku berat berpuluh-puluh gram. Tak penuh gelang laa kata orang still in progress mengumpul charm gitu.

Ok cukup mukadimah sampai 3 perenggan. Kedai emas pertama entry kali ni adalah..

Kedai Emas De Aurora
Jln Padi Emas 1/2, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor


Kedai emas ni ada banyak sangat design yang cantik-cantik memang rambang mata laa.. dah banyak kali jugak laa aku melabur di kedai ni.. kedai ni ada 2 harga emas.. 1 untuk yang jadi VIP member, 1 lagi untuk yang tak jadi member. harganya beza rm5 kot kalau tak silap.. Kedai ni aku dah jadi member.. dapat murah.. rm5/g adalah sangat berharga.. nasi ayam lepas..  Semasa aku beli emas di kedai ni sebelum hari raya tu. Harga emas nya rm185/g untuk member.. Masa tu aku rasa emas 916 di kedai-kedai emas terkemuka dah rm205.. Kedai emas ni nak compare dengan ada lagi 1 kedai emas sri temasek yang aku share dalam part 1 ni ada harga memang bersaing-saing.. pandai-pandai korang nak nego harga sebab harga dedua sama dah include GST.. Tetapi dua-dua kedai ada upah.. Yang bestnya kedai ni harga upahnya kalau korang pandai dan kena cara serta memang tertulis rezeki korang untuk dapat murah.. memang murah laa.. skill nego kena baik laa.. harga charm dia pun kadang belas2 ringgit aje.. teruja betul aku.. charm pandora aku tu pun datang dari kedai ni laa.. siap datang 2 kali haa beli charm semata.. lepas ni aku nak cari stopper plak.. susah beno nak dapat stopper.. asyik habes kena kebas orang aje.. cuma diingatkan kalau barang yang upah emasnya bawah rm50 susah laa korang nak minta upah kurang gilee. tips nyaa beli banyak-banyak lepas tu pepandai laa ayat adik jurujual tu.. dah beli banyak ni.. kali kedua aku datang pun aku beli ngan adik jurujual yang sama.. dapat murah lagi .. ko jaga akak customer ko ni dik.. sawan emas tak abes lagi ni.. dapat anak girl lagi bertambah-tambah kot sawan diaa.. Owh berita baik.. Sehingga tamat bulan ogos ni harga emas kat deaurora ni adalah hanya RM195 per gram siap upah all in. All in tau korang.. mane nak dapat tu..?? Kalau beli emas ala-ala italian tu.. upah je mau cecah rm500 - rm700 betapa banyak penjimatan disitu.. cepat-cepat pergi beli emas sekarang since takde upah.. Transaksi kedai ni boleh guna cash , online transfer dan juga kad kredit cuma kalau kad kredit ada extra charge.. berapa persen tak ingat. sebab i online transfer... g kedai, takut nak bawak cash banyak.. bayar guna maybank2u ajee.. senang..


Kedai kedua yang aku nak suggest.. kedai ni aku dah beli 2 kali.. kedai ni harga emas dia nak compare dengan deaurora adalah slightly higher.. kadang beza rm7-9/g Cuma yang bestnyaa tiada upaah.. sentiasa tiada upah tau.. bukan masa promosi aje tak de upah.. Haaa nampak tak nampak tak apa keuntungannyaa. Nama kedainya ialah.. Jumierah Jewel

Lokasi: Dalam Perling Mall Tingkat 2 kena naik lift bebetul sebelah lift kedai dia.

Sekarang pun ada promosi uolls.. rm189 free upah.

Cuma kedai ini agak susah nak minta diskaun lagi. read: Tak dapat diskaun lagi.. setakat dia tidak kira yang sen sen ajee.. katanyaa dah diskaun banyak dah bile upah dah takde.. Plus gelang yang ada kebanyakkan panjang kalau pergelangan tangan korang  penuh tak cekeding macam aku.. boleh la beli.. tangan aku pakai yang 16-17cm aje.. kalau pakai 18 dah panjang bebeno.. tak banyak choice.. Tapi design semua lawa-lawa. Charm tak banyak sangat. De aurora lebih banyak. Kedai ni terima cash dan online transfer je dan tak terima kad kredit.. installment pun boleh. .nego laa ngan tuan punya kedai.. hehe.

So pada hari tertulisnya entry ini kalau korang takde spesifik design yang korang nak asalkan cantik.. takde laa demand nak design terkini or nak design tertentu aje.. boleh laa terjah Jumierah dulu.. mane tau ade yang kenan.. haha..

So ape tunggu lagi.. Tutup hp / laptop g start kereta.. sedia duit pergi beli emas.. Emas makin naik wei.. tak caya tengok laa harga emas dalam entry sebelum ni.. rm170 gram kat kedai emas terkemuka rm190.. baru setahun dah rm 190 kedai biasa kedai terkemuka rm205.. dalam rm15-rm20 tu kan naik.. erm..

ok sekian. saya beli emas je.. tak jual emas tau..



0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.