Hadiah Birthday

1 comment
Assalamualaikum.

Nampaknya kedip-kedip mata manja salman ngan mama kat papa menjadi bile papa cakap boleh pilih dah diaper beg salman dan mama semalam.. kihkihkih. walaupon lambat tapi dapat jugekk. selalu early birthday gift every year, ni dah birthday baru dapat. takpe takpe coz papa bagi mama pilih yang lebih baik. mama nak yang paling murah papa kasi chance pilih yang lebih menarik. hikhikhik.. we love u papa.. ;p

Hahaha.. Ermm apa tadi hadiahnyaa? Kalau baca dalam entry lepas semua tau aku nak hadiah designer diaper bag from storksak itu kan..? Mak aku tau mau bulat biji mata diaa, beg lampin pon nak yang harga boleh beli makan untuk sebulan.. Pada mulanya aku nak storksak olivia, then aku tukar fikiran dan nak beli beg storksak paling murah yang boleh didapati di Malaysia ini dengan design paling menawan hati aku. Dan beg yang nak aku beli adalah beg ni.
Storksak Nina Print Tan. 

Tetapi semalam balik dari service kereta dan tempah cermin mata aku, sedang aku lap-lap badan salman dengan tuala basah tukar lampin dan baju salman, hubby tanye website mana yang nak beli beg idaman aku tu. bile dia tengok beg pilihan aku dia kata tak lawa. Kemudian dia tanya mana lagi nak aku tunjuk storksak olivia black yang aku nak dulu tapi malangnya out of stock yang ada colour champange. Olivia ni design dia memang menawan, banyak poket dalam dan luar beg. Kat luar pon dah ada 5 compartment.. Dan yang aku paling suka part zip dia tu menyerlahkan ke anggunan beg. Love love love.. Tapi..

Tetiba aku teringat aku pernah baca review yang storksak olivia sedikit menyakitkan bahu kalau bawak barang banyak kerana design handle dia yang bulat. Aku bagitau hubby begitu then dia tanye aku nak bawak benda berat-berat ke? Heh ;p. then aku teringat lagi yang storksak olivia takde stroller strap kene beli accesories tambahan iaitu stroller clips.. Maknanya kena tambah duit. Banyak betul tapi nyaa.. Jadii..

Jadinyaa another storksak bag yang aku terliuur sangat nak beli adalah beg ini..


Storksak Tania Bee Grey Stripe..

Ada banyak lagi pilihan colour tapi ini adalah corak latest untuk tahun ini ada lagi satu colour orange tapi aku suka stripe yang colourfull itu, lagipon warna grey boleh match untuk banyak baju since dia colour neutral, warna orange macam menyerlah sangat.. Hehe. Lawa tak, aku jatuh cinta berkali-kali tengok beg ini dan bila tengok video review boleh muat macam-macam barang jugak, compartment lebih kurang banyak macam olivia, harga sama, ada bulit in stroller straps (yeay!), handle bahu lebar so insyaAllah tak sakit bahu.. Hehehe.

Dah selamat dibeli semalam daaaaannnnn.. DAH SELAMAT SAMPAI HARI INI! Alhamdulillah.. :D. Senyum lebar mama.

Hadiah birthday katanya kan.. Hikhikhik..


Boleh pakai untuk raya yeay!. Waktu beg ni sampai depan rumah salman tak tidur pon walaupon dah menyusu, penat bawak naik turun nak bagi dia tak nangis.. Rupanya-rupanya nak tunggu beg dia.. tau-tau je beg dia sampai.. Bile mama dah siap bukak parcel baru merengek nak tidur.. Hehehe.. Bile tidur baru mama dapat update blog heh? Kikiki. Ini lah bahana mengikuti blog dr halina. Dr halina boleh lah beli leather bag storksak sofia dia sebab dia bini angkasawan, kite bini laki-kerja-kilang-besi cukup-cukuplah dengan beg nylon.. Haha.. Tak perlulahh leather bagai..

Apapun thank you so much enchek suami. Salman and mama love you.

Hehe entry banyak betul gambar kali ini ehh.. Exited you ;p. wishlist ni.. Boleh cancel dah satu.. Credit picture to storksak london official website.

Bile dah pakai nanti aku review ek. Tak belek lagi ni.

1 comment:

Powered by Blogger.