Salman di taska

1 comment
Assalamualaikum.

Salman dah 2 hari pergi taska. Hari pertama dah kena stay fullday. Kesian. Itu adalah kerana mama tak sanggup berpisah awal dari salman walaupon untuk setengah hari. Salman ke taksa pon hanya kerana mama dah kena masuk kerja. ye kawan-kawan aku dah naik kerja 2 hari lepas. Sehari sebelum salman genap 3 bulan.. 90 hari cuti bersalin.

Hari pertama kerja, hubby amek cuti jadi dia hantar pergi kerja sekaligus daftarkan salman taska.. Hari pertama hantar salman dah jadi good boy. Tak nangis kecuali nak susu. Kalau jaga dia tak nangis. Maybe sebab ada baby lain dan bilik pon colourfull.

Hari pertama setiap waktu rehat mama jenguk salman tidur. Petang pukul 5 mama tak sabar nak ambik salman, papa pon sama. :)

Hari kedua aku drive sendiri, cabaran pertama adalah memasukkan salman dalam car seat. Salman tak pernah duduk dalam car seat tu. tali pinggang pon tak pernah adjust langsung. So terkial-kiallah aku nak cari cara panjangkan seat belt. Memula letak salman tak nangis, tapi bila mama terkial-kial nak panjangkan seatbelt yang pendek tu salman agaknya tak selesa dia nangis juga. Dia nangis sepanjang mama panaskan engine ketaa.. Bile mama reverse je keta keluar salman berhenti sampailah salman sampai taska. Goodboy anak mama. Thank you sayang. Taska salman dalam ofis je, senang mama datang jenguk bila rindu baby hero mama. Petang bila balik salman tak nangis pon. Seronok naik keta ngan mama ehh.. Mama bawak berhemah kan sayang.. Lagi-lagi laa ada baby hero mama kat sebelah..

So far babysitter salman kata dia ok. Tak meragam. Hopefully salman selesa dan dapat sesuaikan diri kat taska.

Salman dah 3 bulan dah, harini nak pergi klinik jab lagi. Tunggu papa balik dulu..

1 comment:

Powered by Blogger.