Assalamualaikum.
Setelah dibincangkan dengan suami, ermm.. tak bincang sangat pon sebenarnya, just a simple question, "ayang share dalam blog boleh abang?" dan jawapan setelah terdiam sebentar "boleh la, sebagai info pada yang senasib dengan kita", telah membolehkan aku memperceritakan kisah usaha untuk memperolehi zuriat kami disini. Bukan aku nak buka pekung di dada. Tak semua in detail hal lhidup aku cerita di sini, tapi aku cuba setelus mungkin bercerita mengenai perjalanan infertility kami. mane tau ade yang senasib ye kan?
So dengan lafaz bismillah. semoga apa yang aku kongsikan di sini memberi manfaat, inspirasi dan pedoman buat sesiapa sahaja yang senasib dengan kami. dah kami mengharapkan jua doa kalian juga buat sesiapa yang sudi. doakan kami, iaitu aku dan suami, kuat dengan dugaan yang sedia ada dan mendatang tanda kasih Allah pada insan terpilih seperti kami. doakan segala usaha kami untuk memperoleh zuriat kami sendiri, berjaya dan doa kami untuk diberikan zuriat keturunan di perkenankan oleh Allah S.W.T.
Aku harap ada komen membina dari semua yang membaca blog ini nanti (kalau ade la.. hihihi)..kalau ada petua-petua.. atau ada nak bagitau pengalaman masing-masing, aku sangat alu-alukan..kalau malu nak komen sini boleh email pada aku di suraya_jafar@yahoo.com
Aku cerita sedikit sebanyak perjalanan infertility kami.
LPPKN PERTAMA KALI
Both me and husband mula start nak menjalani rawatan ngam2 lepas setahun kami berkahwin. Iaitu tahun 2011. Kami pergi LPPKN di Hospital HSA. Sebelum jumpa doktor hari pertama haid aku call dulu LPPKN untuk temujanji. Then keesokan harinya datang untuk check. Day 2 kena ambil darah both husband and wife. Tujuan ambil darah untuk wife adalah untuk memastikan kilang telur a.k.a ovari adalah berfungsi sepenuhnya dan mempunyai telur. untuk lelaki adalah untuk check samaada suami mempunyai masalah berkaitan darah macam hipetatis or hiv.. Dia juga akan tanya sejarah family dan kita sendiri termasuk pekerjaan kita sekarang. So ceritalah yang sebenarnya. dia akan tanya mengenai cycle kita juga. ini yang penting sebenarnya kan. boleh bagitau cycle berapa hari, darah haid warna apa. ada senggugut ke tak. Kemudian buat bayaran dalam lebih kurang RM 250++ . tak ingat figure betul sebab dah lama sangat. Pada perjumpaan pertama kali ni, doktor akan minta kita buat HSG dulu.. selalunya HSG ni akan dibuat pada hari ke 8 hingga 10. Yang penting selepas habis darah haid.. dan LPPKN takde servis HSG. Nanti aku ceritakan pasal HSG in detail dalam 1 entry khas ok. Doktor juga akan mintak kita datang pada hari ke 21 cycle untuk ambil darah sekali lagi. tapi ni untuk wife je.. husband tak yah..
Result for both of us ( ni akan dapat tau pada perjumpaan kali ke 2 la ek).. Aku alhamdullillah, kilang telur masih berfungsi dan ada telur. suami pon alhamdulillah adalah sihat. Result HSG aku normal dan tiada apa-apa masalah.
LPPKN KEDUA KALI:
Hari ke 21, aku dan suami datang lagi bersama keputusan HSG.. sekali lagi kena ambil darah. tapi cuma aku sorang je. Suami pula kena wat sperm analisis (SA). time ni nanti doktor akan bagitau dan terang mengenai keputusan darah yang lepas dan keputusan HSG. Result SA pon akan dapat pada kali ni juga. Result SA dia normal alhamdulillah, but ada sedikit kekurangan dari segi progression sperm.. untuk Sperm analisis pon nanti aku wat lain entry ye.. Doktor prescribe suami ngan clomid time ni, dan mintak repeat SA after 30 days..Sepatutnya doktor akan minta kita datang semula hari pertama haid untuk cycle seterusnya tapi oleh sebab suami masih on clomid dia mintak datang sekali semasa suami repeat SA. Bayaran kali ini adalah sebanyak RM180++ untuk clomid, SA dan ujian darah aku ..
LPPKN KETIGA KALI:
Jumpa doktor kali ni, dia akan bagitau keputusan result darah hari tu. aku pon bawak sekali Chart BBT aku (nanti kita cerita pasal BBT kat entry lain lak ye). Masa tu aku dah 3 cycle la wat BBT. Doktor bagitau aku takde ovulation pada hari 21 itu. tapi bukan bermakna aku memang takkan ovulate. sebab... pertama: aku cycle lama, yakni 40 hari. sepatutnya kalau mengikut kitaran haid aku ni, kalau dia ambil darah day 26 and above, insyaAllah dia boleh detect aku ovulate. sebab kedua: dia buat hipotesis ini (eceh macam ayat saintis lak) berdasarkan BBT chart-chart yang aku bawak.. day 26 memang graf aku ada perubahan suhu yang menandakan ada ovulasi berlaku.. day 21 tu memang masih rendah suhu.. suami pulak diminta untuk membuat membuat SA sekali lagi. Masa ni aku dah masuk cycle ke dua.. maksudnya, aku dah period balik laa.. jadi doktor minta aku datang semula pada 1st day period cycle berikutnya untuk aku proceed dengan IUI. Aku yang super bz ini pon tidak datang-datang kerana sibok..
Ok itu cerita awal-awal aku ke LPPKN. Berhenti sekerat jalan.
LPPKN KEEMPAT KALI:
Awal tahun ni, 2012 aku jumpa doktor lagi. (time ni LPPKN dah pindah Nusajaya, takde dah dekat HSA) setelah setahun pon masih tak conceive.. jumpa doktor niat nak terus IUI tapi belum rezeki aku, doktor outstation pada waktu aku sepatutnya buat IUI tu, jadi doktor prescribe aku dengan Clomid dulu dan cuba natural.. dia suh makan 2 biji clomid (50mg each) dari day 2 to day 9.. so bayaran kali ini adalah: RM3.60. x 2 biji x 8 hari = RM 57.60 sahaja.
Cycle ni tidak berjaya. Pada waktu aku haid hari pertama jatuh pada hari Ahad dah time tu aku ada di KL sebab my sister in law nak kawen, Mungkin masih belum rezeki lagi, kebetulan aku lepas wedding tu kena pergi taiping seminggu..Aku sangat tak jangka akan period sebab selalunya aku haid after 40 days. time tu baru hari ke 33.. kelam kelibut aku pergi cari pad.. huhu, jadi aku menanti lagi lah selama 40 hari untuk jumpa doktor lagi sekali.
Dan penantian 40 hari itu akhirnya tamat pada hari khamis lepas.. sebab aku period hari itu.. ngam-ngam 40 hari. Hari jumaat aku merancang untuk jumpa doktor lagi. Jumaat kebetulan pulak kak long aku datang umah tidak dijangka-jangka. and my sister bagitau dia tengah pregnant anak ke 4.. bulan 11 lahir..alhamulillah.. ya Allah minta-minta la ini pertanda my turn lak lepas ni :) hihihi.. mane tau kan aku dah laga2 perut ngan kakak aku jangkit lak kat aku.. hahahaha.
LPPKN KELIMA KALI
Kali ni, kami datang terus proceed dengan ubat terus. sebab sebelum ni doktor memang dah prescribe dengan ubat kan dulu.. Tak jumpa doktor pon, maybe sebab ada patient lain masa tu. Aku pon memang nak cepat pon time tu. Jumpa la akak nurse yang friendly.. Kali ini doktor bagi aku clomid makan day 3 to 8. dan juga injection folliova sebanyak 3 set. untuk injek pada hari ke 4, 6 dan 8.. hari ke 9 aku TVS..
So bayaran untuk kali ini adalah RM3.60 x 2 biji x 5 hari = RM36.00 dan juga RM 63 x 3 = RM 189.. So jumlah semua RM 225..
Pada 2 Jun 2012, aku pon start makan clomid.. hehe. :) Pada korang yang membaca, doakan aku supaya berjaya ek :)
Ok ini sebagai pemangkin semangat je ye, jangan korang rasa aku taksub dan sangat tidak sedar diri pulak aa.. Sekiranya Allah izinkan aku berjaya mengandung IUI kali ini. (amin), insyaAllah baby akan lahir pada 6 March 2012. dan dengan izin Allah aku berjaya mengandung.. aku akan tahu keputusan nya pada 27 Jun 2012.. sebelum birthday aku iaitu 29 Jun 2012.. aku berdoa dengan izin Allah aku berharap agar sambutan hari lahir kali ini lebih bermakna dengan kehadiran zuriat kami dalam rahim aku.. sob sob sob.. :') :') ;') amin..
Ok. Sekian :) ku mengharapkan doa kalian jua..
Nah.. Gambar a few benda dpt dari LPPKN.. Ada yang dah makan dah.. Hikhik - update ahad 3 jun 2012
Pemergian Kakak Arwah Abah
4 hours ago
thanks ciare.. :) terharu sob sob sob :'):')
ReplyDeleteinsyaAllah beb...dengan berkat usaha yang tak putus2 awak dah buat ni ditambah dengan doa, boleh tu. hehe. caiyok2!
ReplyDeleteseronok tengok orang ada usaha nak timang anak. ramai kawan2 kita yang selalu mengeluh, tapi taknak berusaha. i'm very proud of u beb!
InsyaAllah.. Amin. Thanks intan. tu la kalau tak berusaha mana datang hasilnya kan :). Doakan sue ek.
DeleteInsya Allah Sue. Semoga murah rezeki Sue & suami utk dapat baby. Kami doakan :)
ReplyDeleteThank u ann :) Amin.
DeleteWhat's up to every body, it's my first go
ReplyDeleteto see of this weblog; this web site includes awesome and actually fine data designed for readers.
my homepage; group buy solar panels
What's Taking place i'm new to this, I stumbled upon this I've discovered It absolutely helpful and it has helped me out loads. I hope to give a contribution & aid different users like its helped me. Good job.
ReplyDeleteLook at my weblog :: How To Get Rid Of Stretch Marks
This design is steller! You definitely know how to keep a
ReplyDeletereader entertained. Between your wit and your videos, I was almost moved to start my own blog
(well, almost...HaHa!) Great job. I really enjoyed what you had to say, and more than that, how you presented it.
Too cool!
Also visit my web blog :: how to get rid of stretch marks
I love your blog.. very nice colors & theme. Did you make this website yourself or did you
ReplyDeletehire someone to do it for you? Plz respond as I'm looking to construct my own blog and would like to know where u got this from. thanks
My web blog - stretch mark removal and home remedy
Hi to every body, it's my first visit of this blog; this webpage contains remarkable and truly fine data in support of readers.
ReplyDeleteHere is my blog how To get rid of Stretch Marks
Pretty nice post. I just stumbled upon your weblog and wished to
ReplyDeletesay that I've really enjoyed surfing around your blog posts. In any case I'll be
subscribing to your rss feed and I hope you write again soon!
my page: family survival kit list
terharu kate sekarang ni pun on clomid doa kan kate semoga berjaya..
ReplyDeleteI've been surfing online more than 3 hours today, yet I never found any interesting article like yours. It's pretty worth enough for me.
ReplyDeleteIn my opinion, if all site owners and bloggers made good content as you did, the web will be a lot more useful than
ever before.
My homepage :: stretch mark Lotion