Kiraan Dos Paracetamol Bayi & Kanak-kanak

1 comment
Assalamualaikum.

Sebelum aku kongsi, perlu aku INGATKAN aku bukan doktor dan ini hanya untuk kiraan disaat kecemasan sahaja. In case dah emergency sangat klinik pulak tak jumpa / jauh / tak bukak. Yang ada masa kcemasan ini hanya farmasi or stok ubat yang dapat dulu tapi tak bukak lagi dan belum expired. DIINGATKAN bukan panadol yang dah bukak lama tapi tak habis lagi tau, sila buang ubat yang dah lama tak makan. Aku dapat formula ni pon dari kakak aku. Heh, ok dia doktor. Jadi guna formula ni hanya di saat cemas tau. Apa pun sakit demam sikit ke kalau melibatkan bayi or kanak-kanak sila jumpa dan dapatkan nasihat doktor. Bukan hanya rujuk Dr Google semata.

Amaran : ini hanya utk kecemasan. Sila dapatkan nasihat daripada doktor


Sebelum tu kena tahu selalunya syrup paracetamol untuk bayi dan kanak-kanak ada 2 kepekatan 250mg/5ml & 120mg/5ml. Kepekatan 250mg/5ml maksudnya dalam 1ml ubat ada 50mg dose paracetamol dan 120mg/5ml maksudnya ada 24mg paracetamol dalam 1 ml ubat.
PCM 250

PCM 120

Untuk bagi ubat demam ni dos ubat adalah berdasarkan berat bayi atau kanak-kanak. So make sure mama kena tahu berat anak. Tu laa gunanya pergi check up KKIA anak tiap bulan. Huhu. Selalunya dos PCM adalah 15mg untuk 1 kg.

Jadi aku bagi contoh untuk anak macam salman yang beratnya 13.6 kg dengan panadol kepekatan 250mg/5ml

1st kira dos paracetamol untuk salman. 15mg x 13.6kg = 204mg

2nd untuk kepekatan 250mg/5ml; 1ml ubat = 250/5 = 50mg

3rd jumlah ml ubat yang perlu ambil adalah; 204 / 50 = 4.08 ml (*_*) 

So rumusnya yang paling senang adalah seperti berikut

15mg x ( berat anak ) kg / (dose kepekatan pcm) x 5

tekan kalkulator kiraan: 15mg x 13.6 kg / 250 x 5 = 4.08 ml

4.08 ml adalah dose pcm untuk salman sekarang. Kalau naik berat lagi akan naik la jumlah ubatnya bergantung dengan berat badan salman masa sakit tu..

selalunya kalau kite beli ubat demam dari farmasi/kedai runcit jenama panadol contohnya memang dah ade tulis perkripsi di kotak tapi tak ade pengiraan dose yg tepat mengikut berat anak kite. sebaiknya kita bg dose yg betul mengikut berat sebab jika dose kurang, not effective to reducing fever dan jika terlebih, anak kite terambil terlebih dose.

Apapon lagi sekali aku tekankan ni kiraan untuk kecemasan. Apa-apa pun sila rujuk doktor dekat klinik ok.

Sekian, terima kasih sudi baca.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

1 comment:

  1. saya pegawai farmasi dan kiraan ini betul.. :)

    kalau kanak-kanak selalu demam, boleh beli dan simpan sirap panadol di rumah (tak perlu simpan dalam peti sejuk, cukup sekadar simpan di tempat yang kering, tak terlalu panas, dan terlindung dari pancaran cahaya matahari)

    kalau anak2 demam tengah malam, boleh beri anak minum panadol dulu, mengikut sukatan berat badan dia seperti formula yang puan dah tunjuk tu. dan kalau tak sembuh pada keesokan hari, boleh terus bawa anak2 ke klinik (kerajaan atau swasta) ataupun hospital di bahagian pesakit luar.

    tapi kadang2 timbul isu sirap panadol yang mempunya alcohol yang tidak sesuai untuk kanak-kanak. contohnya kes tahun lepas dimana kecoh sirap panadol jenama royce mempunya kandungan alcohol yang kurang sesuai untuk kanak-kanak.

    untuk hal ini, boleh rujuk ahli farmasi semasa beli sirap tersebut berkenaan kandungan alkohol ini sama ada selamat untuk kanak2 ataupun tidak.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.