Okie dokie kite sambung part 2.
Baju Raya & Kasut Raya
Dulu baju raya siap awal sebelum puasa, baju kaler warna-warni tak pernah ikut tema, sorang anak gerenti dapat 2,3, bapa mak 1,2 sahaja.. Baju raya semua mak yang sedia, jahit pilih semua mak punya kerja, anak tinggal bergaya sahaja di pagi raya. Kasut raya beli dekat-dekat nak raya, cari yang sale gila-gila sahaja, tak pernah beli yang cecah ratus-ratus harga, dapat yang comel dah sukahatinyaaa.. :D
Sekarang, baju raya kalau boleh nak pilih yang dah siap sahaja, kalau berjahit awal-awal sebelum puasa dah hantar ke tailornya, bini tiap tahun nak tukar warna tema, akhirnya baju melayu suami dah lebih dari zaman bujang punya. Kasut raya still beli dekat-dekat nak raya, kata suami baru rasa thrill nak raya, cuma kali ini cari yang new arrival sahaja. harga ratus-ratus pon dah tak berkira, asal sudah berkenan di hati dan di mata.. nanti suami bayarkan sahaja, bukan apa setahun sekali sahaja membeli nya, lepas pakai raya pakai nak pergi kerja..
Biskut Raya
Biskut raya dulu time ABC "Allah bagi cuti" baru start prosesnya, time tu boleh rasa-rasa biskut sedap tak rasanya. buat biskut ikut resepi mak punya, hampir setiap tahun biskutnya sama, tapi kadang-kadang anak terror nak buat sendiri resepi biskut raya, tapi tiap tahun tak dapat rasa yang sama, sebab sebelum tu main taram letak apa sahaja.
Tapi sekarang, biskut raya main tunjuk-tunjuk gitu sahaja, sudah tak de masa nak mengadun sendiri biskut raya. perasaan nak makan biskut raya pon dah berkurang rasanya, sebab tiap tahun banyak biskut ke tong sampah akhirnya. jadi tahun ni nak ubah cita rasa, nak beli jajan transformasikan menjadi biskut raya, supaya nanti kalau orang tak makan, aku laki bini yang akan menghabiskannya.. kikiki.
Balik Kampung Raya
Dulu kalau balik kampung kita balik seminggu sebelum raya. cukup 3 hari raya balik kembali ke rumah sendiri beraya.. Kampung dulu kampung di Miri letaknya, di mana tinggalnya arwah nenek tercinta. Dulu balik kampung 1 family nak bas sahaja, naik bas confirm akan tak puasa, mana tak nya sepanjang perjalanan muntah-muntah sahaja.
Sekarang balik kampung sehari sebelum raya, itu pon kena bergilir-gilir ikut tahunnya.Sekarang kampung adalah tempat tinggal ibu ayah tercinta, baik belah suami atau belah sendiri laa.. ke KL balik menaiki kereta, ke Bintulu naik belon lah kita. Sekarang balik kampung nak tak nak kena puasa laa, sebab sekarang sudah besar laa, tak puasa bikin malu sahaja..
Hias rumah raya
Dulu nak hias rumah untuk raya, seminggu puasa dah start prosesnya, mana sarung kusyen nak di tukar, mana langsir baru nak di pasang, mana bilik baru nak di warnakan semula, tugas mengemas buat di siang hari nya, tugas mengecat kontrak kat adik dan bapa sepanjang masa.. Dulu tugas mengecat tiap tahun nak buat, tapi takdela tiap tahun ruang tamu nak tukar warna, kita buat sikit-sikit sahaja, tahun ni ruang tamu, tahun depan tukar cat ruang tv, tahun lagi satu tukar cat luar rumah la lagi..
Sekarang, nak tukar sarung sofa, belum pernah buat lagi, nak hias rumah sendiri masih belum ada idea dalam jiwa ni.. rancang nak tukar warna cat nak bagi meriah lagi.. tapi sekarang tukang cat pun kena google baru boleh cari.. tak mampu nak cat sendiri, langsir baru tak tukar sebab langsir yang ada ni pon baru lagi. tak tahu lah tahun-tahun akan datang nanti, tahun depan baru cerita lagi
hehe. tu je kot nak cerita, ramadan dulu dan ramadan sekarang.. nanti kalau rajin time raya wat raya dulu raya sekarang ekk.. hihihihi..
p/s bile baca balik macam makin berirama plak yang part 2 ni, ala-ala pantun berkerat-kerat gituu..
p/s bile baca balik macam makin berirama plak yang part 2 ni, ala-ala pantun berkerat-kerat gituu..
0 comments:
Post a Comment