Barut Bayi

Leave a Comment
Salam.

Last week, my parent plus sis plus nephews and nieces datang rumah lebih kurang seminggu. Pestime mak dan bapak aku datang rumah, bilik tamu 2nd yang cadangnya nak jadi bilik kerja hubby dah bertukar menjadi bilik tamu kedua since famly kakak yang sulung pon datang jugak.. nieces dan nephews tu anak kak long la.. So bilik tamu yang ada tidak mampu menampung kapasiti tetamu yang ada di mana terdapat 2 lelaki dewasa, 3 wanita dewasa serta 3 kanak-kanak dan seorang bayi. Owh sungguh gamat rumah yang selalu sunyi sepi boleh dengar bunyi TV je.. keh keh keh..

Actually baby tu baru je lahir bulan lepas. kakak aku dah ade pengalaman banyak kot plus dia doktor so ade ape hal dalam pantang travel jauh. Orang kate nanti gi amek dia nak mengantar jugak.. huhu. kesian sungguh.. aku pulak yang menangis mengenangkan perihal dia susah-susah menghantar. eh betul aku nangis, aku kan suka nangis2 ni. hehehe.

Panjang benar mukadimah, actually aku tertinggal satu item penting dalam check list, kalau bukan sebab baby ade kat umah then time tu aku tengah menyibuk nak duduk tercongok je sebelah baby dan bukan nya tolong apa-apa time mak aku uruskan anak buah aku tu. mak aku pon bukak mulut suruh aku g beli barut bayi dah siap. masa tu mak aku tengah pakaikan barut bayi untuk anak buah. Dia kate tak payah dia jahitkan senang beli sebab kakak aku dapat barut bayi daripada kakak ipar dia. yang siap beli punya. siap kain corak-corak lagi kata mak aku. yang dia jahit semua putih, tu pon hand me down dari anak sulung kakak aku yakni kakak si baby.

Aku pon iye je lah then terus bgtau laki aku yang mak suruh beli barut bayi. Puas aku menggoggle, rata-rata harga dalam RM5.00 hingga RM7.50. ade jugak yang cecah RM8.00. Barut bertali, barut gantung ataupon barut velcro. Kain lak rata-rata kain cotton atau flannel. aku pon tak tahu beza apa kain tu. mana lebih sedap untuk baby. Sebagai pestime mom aku rambang mata tengok corak je. Baby aku yang 50% kemungkinan girl ini menyebabkan mak dia lebih teruja tengok corak ala2 girly gitu. Tapi kalau girly semua nanti tak leh nak hand me down to adik-adik laki dia plak.. *mama beli corak universal ye sayang mama*.

Owh entry lepas aku bagitau jantina baby insyaAllah girl tapi peratusan keyakinan doktor hanya 50% walaupon baby dah bagi kerjasama 100% dengan meluaskan kakinya seluas yang boleh dalam tummy ni oleh kerana scan tak clear sangat so doktor taknak bagi harapan tinggi. tu kisah scan kat KKIA ari isnin dan aku teruja nk scan lagi sekali dekat pakar pada hari khamis dengan harapan nampak clear jantina baby tapi malangnya baby malu.. dia kepit pulak kaki dia. Agaknya scan dengan doktor pempuan dia tak malu, dia dengar mak dia nak scan dengan doktor laki terus dia kepit kaki. Anak mama malu eh. sungguh macam mama. mama pemalu tau *wink wink*..  Jadi kesimpulannya tunggu la scan 3D/4D bila usia baby mencecah 7 bulan nanti. a month to go lah nampaknya.. or maybe sooner.. sape tau papa baik hati kan.. hahahah. Mama g klinik doktor perempuan tau baby, jangan kepit lagi ekk.. Tapi akak opis kate girl.. hehehe. Takpe.. kite tunggu dan lihat je ye, mama tak kisah baby girl atau boy, yang penting sihat sempurna dan selamat sampai melahirkan.. membesar jadi anak yang soleh dan solehah.. amin. dan selalulah tendang-tendang perut mama ek. mama suka.. Owh masa scan dekat hospital EDD baby masih sama, baby sihat alhamdulillah dan jantung dia berada dalam keadaan normal. Doktor tunjuk jantung baby ade empat ruang which is normal.

Owh.. dah jadi entry caca marba plak dah. Tajuk barut baby, melalut hal lain plak. Selingan je ye..

So cadangannya aku nak beli barut dalam 15 helai gitu. Cukup ke tak ek? Ke banyak sangat? dan nak beli campuran cotton and flannel. aku suka yang tradisional pakai tali, takut baby tak selesa pakai velcro tu.. dan lagi aku nak beli dari beberapa penjual yang berbeza. hehe. ada suggestion tak agaknya dari yang membaca entry ni? kikiki. kalau ada do drop me a comment ek. thanks.

Survey-survey barut, kebanyakkan yang jual barut jual sekali tilam bayi dan kain bedung.. so sambil menyelam minum air. kalau aku dah beli nanti insyaAllah akan direview yerk..

Arigato kerana membaca, selamat berhujung minggu.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.