Assalamualaikum.
2012 dah tiba ke penghujung, hari ni 31 Disember 2012. Esok dah 1 Januari 2013. Comfirm esok aku still akan tulis 2012 sebab dah setahun dah tulis gitu kan. sebulan dua ni kena double check la semua tarikh dalam memo sebelum print, comfirm lah aku tulis 2012 lagi. haihh..
Soo apa terjadi di 2012? Banyak benda kot, dan banyak dah tak ingat. Tapi yang pastinya 2012 mematangkan kita untuk menghadapi 2013 kan. tak tahu apa lagi dugaan yang mananti di 2013 tapi sudah pastinya ada, biar kecik dan harapnya tak besar.
Tahun ni aku berjaya bawak GCR 2 hari je, dan cuti bawa ke hadapan takde. So tahun depan aku cuti 25 ari jela. Mintak-mintakla cukup. Haha. Sungguh malas bekerja rupanya aku ni nak cuti je. Hari ni nyaris-nyaris aku menjadikan GCR tu 1 hari je, sebab tak jumpa kunci rumah rupanya dalam kereta. Nak call husband suh bukak balik pintu comfim dia suh cuti je, sib baik akal panjang sikit teringat yang sliding door still ade kunci spare lagi. Selamat jugak la cuti den daripada digunakan. hahah. Kalau annual leave masih banyak tadi comfim aku tersadai atas katil sekarang.
Yang paling manis rasanya tahun 2012 ni comfirm lah bile UPT positif awal ramadan. Alhamdulillah. Nikmat yang sungguh membahagiakan dan sekarang tak sabar nak tunggu my lil baby ni keluar awal bulan 4 nanti InsyaAllah.
Jatuh di tangga ke dua adalah. Masuk rumah baru, eh rasanya tu 2011 dah since masuk rumah bulan doblas. Tapi nikmatnya adalah menyoping barang rumah la. Dan officially nya barang rumah dah lengkap lah bulan 11 aritu since dah penuhkan bilik tamu 1st dan bilik tamu 2nd. takde lagi la barang besar yang nak kena beli, just touch up sikit-sikit je laa.
Next adelah penambahan gaji kakitangan kerajaan sebanyak 13% oleh PM kita Tok Najib, Naik banyak jugak lah rasanya since anjakan gaji tahunan pon bertambah. Bertambah-tambah rezeki tahun ni.
Seterusnya, my darling hubby promoted, so aku merasa jugak laa tempiasnya. hahah.
Lagi, officially im driving to work alone, since encek hubby dah dapat motosikal yang diidamkan. Huhu, tak syok tol drive sendiri ke office, dasar pemalas. hahaha. Tapi syok jugak tak payah menjeruk hati menanti kat opis kalau encek suami balik lambat. kol 5 tepat dah punchcard balik.
Untuk family plak, this year my SIL kawen bulan april, so dapatla sorang lagi biras. Both of us tengah pregnant skrg. Jadi MIL akan dapat cucu baru 2 orang la tahun 2013 ni nanti. Lagi aku dapat anak buah baru tahun ni. Ahmad Danial.. hehe.
Melancong tahun ni tak banyak, due to duit yang banyak disalurkan ke rumah je. Tahun ni dapat g singapore je. Hehe. Seberang je pon cukupla dari takde.
Rasanya tu je kot kenangan 2012, ade banyak lagi tapi tak ingat la. hahah.
till then, semoga tahun 2013 membawa seribu satu rahmat dalam hidup. Semoga akan menjadi lebih berjaya dan berubah ke arah yang lebih baik. Amin. Semoga aku dipermudahkan untuk melahirkan anak, dan anak ini selamat lahir dan membesar menjadi insan yang sempurna dunia dan akhirat. Amin.
Rahsia mereka yang tak pernah lesu, apa dia?
1 hour ago
0 comments:
Post a Comment