Assalamualaikum.
Salam jumaat yang ceria, walaupon sekarang dah malam sabtu. hehe. Macam mana hari anda?? Aku cuti hari ini hekhekhek.. So aku bermalasan sahaja dirumah since encik hubby kerja.. Bosan, jadi mengisi masa dengan menonton naruto dan mengemas rumah sahaja.
So berbalik kepada tajuk kita, 2 weeks ago, aku dan laki aku mendaftar haji, actually niat dah lama sangat, but since hubby baru bukak akaun tabung haji tahun lepas, jumlah simpanan yang melayakkan register haji iaitu RM1300 baru cukup tahun ini. Lepas tertangguh lama dek kerana kebizian kerja encek suami, alhamdulillah tercapai jugak hasrat nak g register. 1st step huh untuk mengerjakan rukun Islam ke 5 itu. Eh, 2nd step sepatutnya, 1st step adalah bukak akaun tabung haji.
So we all suami isteri sangat old fashion ok, nak register haji kena wajib pergi tabung haji.. Baru feel... Actually ada a few cara nak register haji sebenarnya. which is:
1. Kaunter tabung haji
2. Kaunter Bank Islam atau Bank Rakyat
3. Mesin ATM Maybank
4. Laman web tabung haji di Pendaftaran Haji Secara Online
Antara syarat-syarat nak register haji adalah:
1. Pendeposit TH dengan minimim akaun RM1300
2. tiada rekod pendaftaran haji yang aktif
3. Pendaftaran haji tidak dibenaran bagi mereka yang baru menunaikan ibadat haji dalam tempoh 5 tahun.
Untuk yang ada kwsp pon boleh mendaftar jugak, dengan syarat-syarat seperti berikut:
1. Warganegara Malaysia atau pemastautin tetap
2. Beragama Islam
3. Mempunyai simpanan dalam akaun 1 KWSP sekurang-kurangnya RM1300
4. Belum mencapai umur 55 tahun
5. Mempunyai akaun di Tabung haji
untuk pendaftaran dengan akaun KWSP ni boleh register di kaunter TH, Bank Islam atau Bank Rakyat bawa bersama
1. Mykad
2. Penyata ahli KWSP
Mudah dan simple kan. Urusan nak register haji dekat tabung haji johor sangat mudah dan cepat. Mungkin sebab tak ramai orang. So dalam setengah jam semua setel Alhamdulillah.
Kalau ikut slip pendaftaran, tahun kiteorang bakal mengerjakan haji insyaAllah adalah pada 2055. Pheww.. ada 43 tahun lagi. Aiyaiyai.. but.. menurut akak kanter tabung haji, tahun tu adalah anggaran sahaja, sekiranya kita berazam nak pergi awal, boleh cukupkan simpanan untuk pergi haji dan buat permohonan rayuan untuk pergi haji pada tahun tersebut sebelum musim haji laa. Dia akan terima permohonan kita berdasarkan kekosongan ada tahun tersebut, TH akan beri keutamaan kepada yang berusia 75 tahun. Lagi satu cara adalah pergi menunaikan haji dengan pakej haji suasta.. tapi ongkosnya lebihla berbanding dengan pergi haji di bawah urusan tabung haji. Pergi haji secara pakej ni pon kena register jugak dahulu dengan tabung haji. I remember my MIL yang pergi haji dengan pakej, seingat aku la kalau tak salah mak mentua aku register haji dengan tabung haji tahun yang sama dia nak pergi haji. Tapi tu la kos lebih sikitlaa.. kalau mampu tak salah kan, rezeki lebih baik pergi haji time muda-muda.
So apa tunggu lagi, Jom Register haji sama-sama.
Rayuan haji 1446H/2025M dibuka
15 hours ago
0 comments:
Post a Comment