Assalamualaikum.
2 part pulak nak cerita detik macam mana akhirnya aku kena amek jugak ubat pelali. Kerana apa sarung kembar salman tak keluar bersama-sama dengan uri baby salman. Puas dah perut aku ditekan- tekan dan aku disuruh batuk tetap tak nak keluar habis. Aku masa tu dah penat giler plus mengantuk sangat. Tapi aku layankan aje, disuruh batuk aku batuk, then tunggu lagi.
Owh masa ni hubby dah keluar dah mengekor anaknya kot, or pergi solat aku pon tak pasti. Lepas diazankan dan iqamahkan salman ( sempat salman kencing kat papa dia lepas habis azan n iqamah) nurse bawak keluar salman untuk dibersihkan.
Nurse yang try untuk keluarkan uri kembar salman tu nurse nora, bile nurse yang agak veteren tadi masuk balik dia tanye ade masalah ke, dia dia pon tolong sama tekan-tekan perut aku.. Until diaorang give updan decide serah pada doktor untuk kepastian. Bile doktor sampaidan dia pon tekan-tekan perut aku, after a few minit dia decide untuk buat mrp. Aku tak tau ape mende mrp tapi lebih kurang macam dia nak korek perut aku untuk pastikan takde uri tertinggal kot. Gitulah. Akhirnya nak tak nak nurse nora tu bagitau aku kena juga amek ubat pelali sebab proses mrp boleh menyakitkan aku. Doktor bagitau yang diaorang akan bagi aku half-half ubat, aku akan rasa mengantuk dan kalau aku nak tidur aku boleh tidur.Diaorang suntik ubat dalam salur air aku, then diaorang pasang alat untuk monitor blood preassure aku. Memula pasang blood pressure aku low sgt, diaorang tanye aku ade pening tak.. Aku jawab tak, aku kate ngantuk. Diaorang bagi aku milo, dan water drip yang tadi dah bukak dipasang balik. Aku sempat tgk dr scan perut aku dan dia kate ade sikit, then aku terus rasa melayang dan nak tidur.
Aku bangun dalam pukul 6 lebih gitu, dah lepas subuh. Aku bangun pon sebab dibangunkan.. Aku stil rasa nak tidur tapi diaorang suh aku jaga. Ade nurse keep berbual dengan aku. Last aku ingat doktor tunjuk rahim aku yang dah clear. Aku pandang tapi tak faham apa, yg pasti takde nampak ketul-ketul hitam. Tu je.. Then tiba lah proses jahit menjahit. Aku tak rasa ape time jahit, maybe ubat pelali tu masih ade kesan since aku rasa ngantuk2 lagi. Aku tanye nurse banyak ke koyak, dia kate luka epi je.. After jahit dia bagi aku lagi air milo dan suruh aku berehat. Aku berehat sampailah pukul 7.30 pagi, nurse tolak aku masuk ward. Bile keluar je labour room, nurse berhenti sekejap dan dia letakkan salman dalam dakapan aku. Salman dah bersih dah dan dia kecik sangat.. Aku tengok je muka dia sepanjang ditolak ke ward. Bile keluar dari labour room aku dengar nurse panggil laki aku. Aku tak nampak pon laki aku mane tapi rupanya dia ade mengikut dibelakang. Haha.
Aku ditempatka. Di wad 4c katil 1. Masa masuk aku sorang je dalam bilik tu, lagi 3 katil kosong. Aku diajar cara breastfeed salman. Dan nurse mintak laki aku beli makanan untuk aku makan.
Ok takat ni je dulu.. Nanti kisah kelakar aku bermalam 1 malam di wad dengan salman aku cite next part ye.
Powered by Blogger.
kak su bersalin katne kak su?
ReplyDeletekembar tu camne eh? mil pon kata ada kembar air, kembar darah etc.
Kak sue bersalin kat hsi jb.. Kembar tu sebab memang kembar tapi tak jadi.. At 6 weeks kak sue scan ade 2 karung but satu ade jantung satu xde. Kembar air kembar darah tu kak sue tak sure, tp dengarnya kalau kembar darah agak susah sikit beranak, kalau kembar air insyaAllah senang.. Orang kate lagi, kalau kembar air tandanya air ketuban akan pecah dulu, kalau kembar darah akan ade show darah.. Waallahualam..
DeletePretty portion of content. I just stumbled upon your web site
ReplyDeleteand in accession capital to assert that I acquire actually loved
account your weblog posts. Any way I will be subscribing to your feeds or even I fulfillment you get entry to persistently rapidly.
Also visit my page; How to get Rid of stretch marks