Lepas geram.. borong laa banyak-banyak lepas gian..

Leave a Comment
Assalamualaikum.

Berjumpa lagi. ni laah pekerjaan kami laki bini weekend lepas.. memborong buku sehabis jiwa.. 5 buku aku, 4 buku hasben.. asalnya 4 buku aku 4 buku asben, tapi buku "jurutera hati saya" tu aku rembat lagi tambahan buku untuk aku sebab dapat voucher RM30 untuk beli barang kat Harris Jusco Tebrau tu, tapi malangnya boleh guna 1 voucher je, each voucher nilainya RM5.. nak guna voucher kena beli dalam 1 resit RM 20, nak guna additional another voucher kena beli lagi another RM40.. aku guna 1 voucher je, ade lagi 5 voucher aku tak guna.. boleh guna sampai 4 nov jee.. huwaaa.. Sape nak?


Hasil rembatan aku, antara buku-buku glamer masa kini.

ni buku hasben aku.. hahaha berunsur ilmiah gitu, aku je baca buku untuk hiburan semata-mata..

\
Nah dak kecik anak soleh yang suka kacau mama baca novel, selalunya bila aku baca novel penanda buku aku bagi kat salman buat main.. suke plak dia dengan penanda buku tu.. bile tengok dia exited dengan novel aku dek kerana kaler kulit muka novel yang warna-warni, jadi aku bagi la buku dia yang telah kami laki bini beli di Big Bad Wolf di danga city mall aritu semasa salman faris berumur baru 2 bulan kat dia satu.. ade banyak lagi buku lain kami beli untuk dia..saje testing jadi bagi satu nak tengok reaksi dia ..bila dia tengok buku dia tu, boleh sengeh2 lagi anak aku suka sangat le tuuu ade buku sendiri..  mintak2 la awak suka kat buku sampai besar ye sayang.

Aku sangat suka baca buku, lagi-lagi yang tak berunsurkan ilmiah, majalah aku kurang sikit, buku pelajaran lagi kurang tapi terpaksa nak kena baca sebab nak berjaya dalam peperiksaan kan. Tabiat membaca buku bukan ilmiah aku ni sudah bermula dari kecil lagi, sejak aku kenal apa itu perpustakaan.. masa tu aku suka gila meminjam buku start dari perpustakaan di tapak lama hingga laa bertukar ke lokasi baru yang lebih besar dan lebih banyak buku.

Aku ingat lagi, dulu library, bawah 12 tahun rasanya boleh pinjam 1 buku je, kad kaler merah.. bile dah tukar kad hijau boleh pinjam 2 buku dari library. Kami adik beradik masa tu tak termasuk adik aku semua ada kad library.. termasuk bapa aku. bapa aku tak membaca pon, tapi kad dia aku yang guna.. kak long dan bapa aku layak pinjam 2 buku. aku dan kak ngah aku 1 buku. jadi total buku yang boleh pinjam adalah 6 buku sekali pinjam.. kalau kak long aku ada selalunya dia guna kad dia untuk pinjam buku dia sukala, kad bapa aku selalunya aku guna. kak ngah aku, kadang2 dia guna, kadang2 aku guna je nanti dia baca buku aku pilih, or kiteorang pilih buku yang kiteorang sama-sama suka... memula aku suka sangat2 la buku2 genre2 kanak2 fantasi gitu dan buku ala-ala remaja.. alah kanak-kanak kan, tak kan nak baca buku-buku heavy2.. kalau ada buku baru jenis yang aku suka, aku sangat teruja..

Bila dah dewasa sikit, kak long aku dah masuk universiti, aku bolot semua kad yang ada kecuali kad kak ngah aku laa.. tukar ke lokasi baru, makin banyak koleksi buku dan paling yang aku suka adalah buku R.L stein Fear Street tu haa.. buku tu aje yang aku borong pinjam bawak balik umah, dah abes tukar buku baru. memang ternanti-nanti kalau ada buku terbaru..

Itu buku yang dipinjam, kalau cerita bab aku membeli buku plak, time sekolah rendah yang selalunya aku beli adalah komik, aku wat collection komik sailormoon, kadang-kadang beli doraemon, kadang-kadang pakar judo.. selalunya sailormoon laa.. tiap bulan aku tunggu keluaran baru dan aku minta bapa aku belikan.. aku ada complete siri buku sailormoon.

Masuk sekolah menengah aku mula berjinak-jinak dengan novel plak, tapi novel agak mahal laa. kalau kat sarawak lagi la mahal harganya, kalau mahal sebab harga sabah sarawak (selalunya kan  charge  sabah sarawak mahal sikit kan) tapi ni mahal sebab kedai saje nak charge harge lebih.. adehh.. tapi takpe, masa tu stok buku fear street kat library banyak, lagipon nak kena stady untuk PMR dan tetiba stady untuk SPM pulak kan.. So buku ilmiah sedikit mengambil tempat juga laaa.. Nak lulus cemerlang tadi kan :)

Zaman matrik aku ke labuan, aku start membeli balik buku sebab harga dia sama tertera pada buku, takde charge tambahan oleh kedai, so aku membeli la buku novel, masa ni dah kenal novel cintan cintun, tapi hati tetap minat komik juga, aku membeli komik doremon jenis cerita panjang plak.. heheh. Masa ni kak long aku dah kerja, kadang-kadang kiterorang terbeli buku yang sama..

Dekat U aku kurang balik beli buku, kadang-kadang jee haha, kunun nak stady laa kan..

Sekarang bile dah kawen aku membeli banyak buku, lagipon laki aku pon menggalakkan pembelian buku, boleh potong income tax katanyaa.. hehe. so lagi galak laa aku membeli, kadang-kadang sampai 3 4 buah, dah lame jugak laa aku tak membeli buku.. sejak beranakkan salman, aku still membaca, aku ulang baca buku sedia ada.. sesetengah orang pernah tanya, aku tak bosan ke walaupon tau jalan cerita.. entah aku tak rasa pon, lebih menghayati lagi ada.. kihkihkih..

ok laahh.. sampai sini saja, Tq sudi baca :)


Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.