Assalamualaikum.
Meniti jam-jam terakhir di tahun 2013 dah sekarang. Sekejap betul masa berlalu. aku mencari-cari entry Bye 2012, assalamualaikum 2013, dah tukar ke 2014. Jenuh aku mencari entry ambang 2013 aku nasib baek jumpa.. Haha, boleh aku labelkan sebagai 2012? kikiki. Patut ada 1 entry je dalam label tu. Sungguh aku failed bab mengkategorikan entry.
So moment paling best tahun lepas, adalah saat-saat UPT aku positif dek kerana mengandungkan salman, dan of coz moment paling indah pada tahun ini adalah saat-saat officially bergelar mama & papa, yakni saat aku lahirkan salman ke dunia ni. Di kurniakan anak soleh bernama Muhammad Salman Faris aku rasa adalah saat seribu kali indah sepanjang aku hidup didunia ini.. Hopefully aku dapat ulang dan rasa moment indah ini untuk beberapa kali lagi, setiap tahun pon aku rasa tak rugi. InsyaAllah.. untuk 3 kali lagi? 4 kali? eh eh eh ehhh. ;p
So dengan lahirnya salman, 2013 aku sangat happening, penuh dengan moment-moment berharga sebagai first time mom. Saat anak pandai senyum, saat anak pandai meniarap, saat anak pandai ketawa, saat anak pandai merangkak, saat anak pandai berdiri, pandai bertatih, pandai makan, 1st food, 1st set of teeth.. 1st time demam, 1st time pergi emergecy, 1st time cucuk, 1st time pandai memanjat tangga, 1st time benjol kepala.. semua 1st time lahhh..
Holiday tahun ni up sikit dari tahun lepas, tahun lepas aku pergi Singapore yang jaraknya kalau pergi balik tanak nasi pon tak masak lagi ( kalau tak jem laa).. Tahun ni aku pergi Singapore jugak, tapi tambah sikit laa pergi Lumut (kau pergi lumut pon aku kira melancong jugak, kesian aku, ehh best apa boleh beli sotong kering banyak2) & Cameron Highland & Pulau Pinang..
Untuk kerjaya pulak, di takuk sama lahh.. Cuma tahun ni gaji naik 2 kali. Terima kasih Tok Jib! Hopefully tahun depan betul lah naik 3 kali gaji.. Amin.. Tapi still tak dengar cerita lagi, pekelilig pon takde, tak mo mengharap tapi still mengharap.. Hahah..
Anak buah pulak.. Ern, ada tambah sorang laahh lahir 2 bulan selepas salman, anak kakak ipar, kali ii baby girl pulak. Nur Aqilah..
Ape lagi eh.. bile buat entry kenangan 2013 ni aku rasa hidup aku cam takde benda menarik lain selain salman.. Jantung hati mama.. Semoga membesar menjadi anak yang soleh, bijak, sihat sentiasa dan menjadi penyejuk dan penenang hati mama & papa.. amin..
Powered by Blogger.
0 comments:
Post a Comment