Dalam Dilema

Leave a Comment
Assalamualaikum.

Dilema betul, nak nak bile dah nak dekat tarikh durian runtuh aka bonus ni.

Aku ada a few things ready in mind kaedah untuk melenyapkan membelanjakan duit itu.. Takde laa banyak mana pon macam orang dapat duit sampai 4, 5, 6 bulan bonus.. half month je pon.. tapi still lah dianggap duit 'belanja' extra selain gaji sedia ada. kheenns.. so korang layankan aje laa dilema mengada2 aku ni.

Ape sangat laa dilema aku ni kan.. dengan duit seciput itu aku ada banyak perkara aku "rasa" macam nak beli.

1st of all..

Baju bajan.. owh my, aku tengah gila dengan baju sekarang and i want more.

2nd

aku desperately memerlukan handbag kerja baju. Dan dengan kononnya "durian runtuh" itu aku macam nak sambar handbag coach.. laki aku kate " ayang ni mesti terpengaruh dengan kawan ni".. hey u baby.. u tak tau ke bini u ni dok mengidam coach dah lama.. ngeh3.. asyik ngidam beg je ye, ari tu dah dapat diaper bag storksak, sekarang nak diaper bag coach.. eh kate tadi beg kerja.. apsal dah jadi diaber bag coach pulak ni. sungguh mak-mak, even untuk bag kerja pon nak juga teringat nak letak barang anak.. eh kadang-kadang aku bawak salman pergi klinik dari ofis, beg kerja kalau kecik tak boleh nak sumbat diaper, toys, extra cloths, napkin, botol susu segala.. and being me, bag kalau besar sure akan digunakan sepenuhnyaa.. segala benda akan masuk dalam.. erk kalau tak bag coach tak boleh ke ehh? soalan tanye diri sendiri balik.

3rd

Hand Phone..aku perlukan hand phone ke? sebenarnya aku dah ada 2 biji hand phone. 1 masuk simcard line company husband which is free kalau aku call siapa yang sama guna line company jugak.. maksudnya kalau aku call husband aku free je laa.. Handphone tu aku beli yang semurah2 handphone.. 50 hinggit je.. dan 1 lagi handphone nokia aku pakai no lame aku yang sudah diconvert from postpaid to prepaid yang aku guna kerana nak whatsapps je kerana hotlink dapat basic internet free for life yang penting line aktif je.. masalahnya handphone itu sekarang cepat betul habis bateri. Hint untuk beli smartphone ke? aku sorang je yang tak pakai smart phone ni.. perlu kah? perlu kah..? perlukahhh?? tapi kalau beli smartphone sekarang semua duit akan habis ke 1 barang je..

4th

Baby new cloths for salman, new socks for salman kerana anak bujang aku dah semakin membesar.. baju semua dah senteng, stokin semua dah tak muat.. sikit masa lagi mama need a new car seat sebab limit car seat sekarang adalah 13 kilo sahaja. my darling salman faris anak soleh dah nearly 9 kg dah sekarang.. nak beli rocker untuk taska laa, nak baby carrier laa.. nak segala benda.. pantang nampak terus teringin..

5th

Vacation money.. Ingat entry iklan air asia yang aku update kan aritu. Buka je iklan aku terus rembat tiket untuk ke bandung. tarikh nya sekian-sekian.. sikit masa lagi korang tau la bila aku pergi. Kalau aku dah pergi nanti aku updatekan entry.. So uollss.. bandung ok.. syurga shopping, nak-nak konon-kononnya shopping untuk raya.. oii aku belum ganti puasa sibuk nak shopping raya.. ape ke heee? so apa lagi, mau shop till drop dekat bandung seharusnya punya fulus yang kalau diconvert ke rupiah harus menjadikan daku jutawan rupiah barang sehari-dua.. melimitkan wang shopping apabila pergi ke bandar syurga shopping perempuan itu adalah suatu yang sungguh tidak adil dan insane.. no no no (sila baca dalam nada mengada-ngada, muncungkan sedikit mulut anda dengan mimik muka menyakitkan jiwa siapa saja yang tak turut serta).. Adakah aku harus bersabar buat sementara daripada membelanjakan duit aku ke item-item 4 dan ke atas..

So apa patut aku buat. Sabar dengan apa yang ada, or teruskan napsu aku semata-mata..?
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.