Selamat tahun baru cina dan house cleaning..

Leave a Comment
Haha.

Assalamualaikum..

Selamat menyambut tahun baru cina dan selamat bercuti. Cuti 3 hari dan pestime hubby pon cuti gak.. Kalau tak keja je manjang tak reti cuti.. Hoho. Hari ni jugak hari kemas rumah. Start kemas dari kol 9 sampai laa kol 12 lebih sebelum hubby g solat jumaat.

Banyaknya en somi la buat.. Sebab kena memunggah semua sofa dan meja makan angkat karpet yang  semuanya maha berat. Berat bagi aku laa.. Selama ni aku memang vakum ape yang nampak dah vakum ape yang terjangkau oleh vakum tu laa.. Nak angkat sofa semua aku tak mampu.. Part carpet memang sunggguh tak mampu aku nak selak, dapat selak part tepi2 je.. Part tengah memang tak mampu sebab dah kena tindih dengan sofa lahh dengan meja makan lah.. Jadi bila en somi cuti dan dia semangat nak kemas rumah memang kerja dia lah memunggah semuanya.. Kerja aku simple2 jee paling berat aku mop je lahh. Dua kali mop lah ari ni.. Huhu.

Arini mampu kemas tingkat bawah je.. Habis kemas aku masak lauk simple jee, ayam goreng kicap black pepper.. Sayur lobak merah.. Cukup. Lepas makan hubby g solat jumaat aku masakkan bubur taruk ikan bilis untuk salman.. Hubby balik dia bg salman makan turn aku pulak g solat.

Lepas solat kami kuar, cadangnya nak pergi cari pagar untuk salman end up semua kedai baby tutup cuti tahun baru, sudah nya kami anak beranak berjalan jauh sampai tanjung piai. Percaya? Tak percaya? Percayalah.. Jejak jugak la kaki kami anak beranak ke hujung bahagian selatan benua asia ni. Salman exited tengok monkey, tapi kami tak lama situ sebab dah nak marghib baru sampai.. Kikikiki.. 

Dalam perjalanan balik salman dah menangis-nangis tak selesa sebab tak mandi. Plus dia lapar la kot dah terskip makan malam.. Balik umah lepas lap badan dia, bagi susu terus tidur. Penat berjalan jauh anak aku. Huhuhu. Mak pak nya plak.. Tak makan minum milo jee, penat tak larat aku nak masak dan tak larat nak singgah mana-mana untuk makan. Sampai umah hampir 9 lebih nak dekat pukul 10, gara-gara pak nya tadi konon nak singgah makan seafood, tak jumpa pon kedai seafood nya.. Hahah.

Next time lah.. InsyaAllah..
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.