Babywearing - Soft Structure Carrier

Leave a Comment
Assalamualaikum.

Mama happy berbabywearing salman layankan aje :)
Secara rasminya 23 Mac lepas aku beli lagi koleksi terbaru gadget salman. Soft Sturcture Carrier SSC; Boba 4g Tweet start dari tu i fall in love in babywearing.

Actually kami laki bini dari sebelum salman lahir memang tak nak beli stroller, tapi rezeki salman kan "ter" beli jugak strollernya. Form 2 month sampai nearyly 1 year salman adalah baby berstroller. Now dah tukar dah baby bergendong.. Hahah.. Kisah macam mana boleh terbeli stroller tak payah cerita lah, aku nak cerita macam mana kisah boleh terbeli baby carrier ni.

Once upon a time, ada seorang mak yang sibuk menggoggle mengenai persiapan nak bercuti dan dalam suatu blog yang mak ni baca suggest yang kalau nak melancong di tempat itu lebih selamat, mudah dan menyenangkan kalau tak bawak stroller. So mak yang comel dan anggun ini mula mengoogle baby carrier. Akhirnya mak ni tersangkut di dalam group facebook babywearing mama, dan malaysia babywearing.

Selepas introduce diri, menyatakan masalah, size mama umur baby dan berat baby dan minta pendapat, bertalu-lalu saranan dan nasihat serta galakan datang dari mama-mama babywearing yang ada dalam group tersebut. mak tadi di jemput untuk memasukkan diri ke dalam group selat terbrau babywearers dan berkenalan dengan mak comel bernama Ayu Marlina yang tanpa segan silu, macam dah kenal lama boleh pm mak yang comel anggun tadi. si mak comel tadi siap invite lagi datang ke rumah untuk test gadget babywearing yang ada. Mak comel anggun tadi yang pada mula sangat terharu mendapat banyak advise menjadi lebih terharu dan sungguh tidak menyangka yang ada juga mak yang sanggup invite datang ke rumah dengan penuh ikhlas walau tak pernah jumpa.

Mak comel anggun sungguh rasa exited dan teruja, tapi mak comel anggun ni kan pemalu. Malu-malu tapi mahu, Akhirnya mak comel anggun bersetuju untuk ke rumah mak comel. Berpandukan GPS akhirnya satu hari mak comel anggun sampai ke rumah mak comel, dengan membawa anak yang soleh bernama salman faris.

Sungguh mak comel anggun tak sangka yang mak comel ternyata comel dan genit orang nya.. Dalam gambar tengok gendong 2 anak depan belakang tak sangka orang nya sungguh luarbiasa.. Kagum kagum.. Mak comel anggun di ajar kaedah warp, tapi mak comel anggun ni kan agak malas dan lambat pickup orangnya bab seni-seni ni. Nak pakai wrap tangan kena berseni belajar kena banyak kali.. Mak comel anggun ni pon agak macam malas sikit plus nanti baby carrier akan dipakai secara guna sama oleh papa salman faris.yang sama 2 kali 5 = 10 tangan takde seni, dua-dua baka teknikal tak boleh nak buat apa.. so kaedah wrap memang kena tolak tepi dulu.. SSC jadi pilihan hati, Snuggbaby bakal dicari.

Suatu hari, dalam satu trip ke KL, mak comel anggun dan papa salman faris dengan bijaknya meninggalkan stroller di rumah tapi sibuk nak berjalan mengukur bandar KL, so terlintas di hati mak comel anggun untuk mengumpan papa salman faris untuk membeli SSC di fabulous Mom Ulu langat. Malangya snuggbaby yang dihajati gagal diperolehi tapi boba telah menawan hati papa salman, kalau ikut mak comel anggun semua boleh snuggbaby, boba, ergo, jumpsac ? apa sahaja asal dapat SSC yang diminati.

So membelila boba 4g tweet yang kini dah pakai banyak kali, asal keluar je stroller memang tolak tepi baby carrier sentiasa mendapat tempat di hati. papa salman faris pon suka pakai boba, salman faris pon boleh tidur berjam-jam dalam boba..

Tapi.. mak anggun comel sekarang berangan-angan nak beli wrap pulak, sbab apa? wrap cantik sangat berwarna warni.. hehehe..


Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.