Engineer to an Educator

1 comment
Assalamualaikum.

Sekarang dah 1 April. 5 tahun lepas my career life change 360 from Engineer to an educator. Sudah 5 tahun, 5 tahun sudah encik tunang yang juga encik husband sekarang menghantar aku ke JPA untuk lapor diri menjadi penjawat awam. Cepatnya masa berlalu.

Dulu aku tak sedar pon kewujudan jawatan Pegawai Latihan Vokasional.. Tak kenal pon Institut Latihan Perindustrian tak kenal pon ADTEC.. tak kenal pon JMTI. Bila dapat temuduga jawatan PLV ni, aku terus google untuk cari info. Oleh sebab aku ni jawatan guna sama, makanya kami boleh di tempatkan di penjara, di Kementerian Belia dan Sukan dan juga Kementerian Sumber Manusia.

Aku kurang arif mengenai mana-mana PLV yang ditempatkan di penjara atau Kementerian Belia dan Sukan, tapi aku tahu mengenai PLV yang ditempatkan di Kementerian Sumber Manusia.

PLV ni jawatan apa. Nak kata kami ni cikgu, kami bukan cikgu, nak kata pensyarah juga bukan pensyarah tapi yakinnya kami pendidik. :) mendidik dalam bidang kemahiran melahirkan tenaga mahir negara.

Apa pon aku bangga menjadi pendidik, aku rasa pelajar ILP sekarang sangat beruntung kerana mendapat peluang belajar dengan PERCUMA. PERCUMA dari yuran pengajian, tempat tinggal, makan minum malah diberikan wang saku setiap bulan sepanjang pengajian RM100 dan RM300 ketika latihan industri. Pengajian selama 2 tahun dan 3 bulan Latihan Industri dan hanya perlu membayar bayaran pendaftaran yang rendah untuk membeli barang keperluan diri ketika latihan seperti baju latihan, jaket keselamatan , seluar latihan, kasut keselamatan dan lain-lain dengan nilai di antara RM800-RM900 untuk sepanjang latihan. Sepanjang pengajian ye, bayaran pendaftaran pertama sahaja dalam RM 400 yang selebihnya bayar dalam lingkungan RM150 - 250 setiap semester. Kalau dihitung secara logik akal sepanjang latihan seorang pelajar akan mendapat RM3200 wang saku sahaja tidak termasuk kos makan minum 5 kali sehari secara percuma itu. Sekiranya ditolak wang bayaran keperluan diri tu maksudnya pelajar yang berjaya di terima belajar di ILP mendapat wang sebanyak RM1300 dan jaminan peluang pekerjaan yang tinggi.

Kenapa aku kata tinggi? Sebabnya bahagian aku ada merekodkan data kebolehkerjaan pelajar dan rata-rata pelajar ILP mendapat pekerjaan selepas tamat belajar melainkan pelajar tersebut sambung belajar ke peringkat lebih tinggi atau pelajar tersebut anak orang kaya dan tak nak bekerja. :)

Cuma sedihnya ada beberapa pelajar yang aku rasa tidak menghargai peluang yang ada.. Tak ramai, cuma segelintir.. boleh kira dengan jari. Lebih sedih dan pedih bila ibu bapa yang tua kerja membanting tulang empat kerat, kerja berpanas berhujan, kerja membersih tandas orang, kerja bergelumang dengan minyak, besi, debu segala kekotoran , jadi tukang jaga, pengawal keselamatan, tukang kebun, buruh kasar demi menyekolahkan anak kesayangan, anak-anak mereka pelajar -pelajar aku ni boleh selamba mohon berhenti kerana tak nak belajar, sengaja ponteng kelas, lari dari mak ayah sebab tak nak belajar, sesuka hati melanggar peraturan sehingga disingkirkan dari institut.

Pedih dan sedih aku rasa bila si ibu tua, bapa yang tidak sihat datang merayu agar anak diberikan peluang tetapi pelajar sendiri tidak menunjukkan kesungguhan. Tidak sedar hanya ilmu sahaja harta yang mampu ibu bapa mereka sediakan. Kalau anak orang kaya yang jenis ke institut pon bawak kereta kalah kereta pengarah, yang boleh beli barang mahal bergaya tapi bila dah tak suka boleh bagi orang gitu sahaja bagiku tak berapa nak kisah sangat la sebab tahu ibu bapa dia mampu masukkan kat mana sahaja. namun masih wujud ralat dihati membiarkan mereka pergi.

Kadang geram, kadang kecewa, sedih dan pedih tu tok sah nak kata laa, kadang aku rasa nak biarkan dia rasa, sekarang dia masih suka-suka berhenti, suatu masa nanti dia sendiri sedar dia sendiri yang rugi. Bila kawan-kawan semua dah mendaki tinggi, dia masih terkial-kial nak berdiri.

Sepanjang 5 tahun, ada juga yang sempat aku sedarkan biar kembali ke dunia nyata. Alhamdulillah sekarang ada yang dah berjaya, ada yang dah terjun dalam bidang yang sama. Siapa yang tak rasa gembira, kalau aku sebegini gembira, aku yang takda langsung kaitan dan keberuntungan nya kalau mereka berjaya rasa hati berbunga-bunga anak didik berjaya.. apatah lagi ibu bapa mereka. Bila ada yang datang ucap terima kasih kerana menghalang tindakan membuta tuli konon nak mohon berhenti, aku rasa sebak di hati.. ya Allah tetapkan aku dalam perjuangan ini. perjuangan mendidik insan berjiwa murni.

Kalau ada yang terbaca ni kenal aku.. dulu anak didik aku..

Percaya lah bila setiap kali perhimpunan saya kata saya tegur awak semua kerana saya anggap awak semua anak saya, semuanya lahir dari hati bukan nya sekadar ucapan motivasi.. tak da sebarang mak yang nak anak dia tersungkur tidak berjaya.. betapa bangga nya saya menanti di tangga pentas konvokesyen sebelum awak semua naik membetulkan jubah anak-anak didik supaya tampil hensem cantik dan bergaya di depan semua hadirin dan ibu bapa.

Sekian.

Aku pendidik anak bangsa.
5 tahun sudah.. more to go. amin insyaAllah..


Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

1 comment:

  1. Untungnya u pilih bidang mulia ni... Smg lebih ramai anak didik u berjaya su :-)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.