Salman 1st Birthday Celebration

Leave a Comment
Assalamualaikum.


Alhamdulillah, salman faris anak soleh telah menginjak usia 1 tahun. Semoga anak mama membesar dengan sihat dan sempurna, mempunyai akhlak yang baik, akal yang cerdik dan cerdas, di rahmati Allah dan berjaya dunia akhirat dan menjadi anak yang berbakti dan soleh.

Rancangan awal nak buat birthday celebration di taska, tetapi atas sebab tertentu mama pinda menjadi majlis doa selamat insyaAllah khamis minggu ni. Rancangan nak buat khamis minggu lepas iaitu pada 3 April macam tak sesuai pulak sebab belum lagi birthday salman. Kenapa khamis? Sebab dekat ofis aku ada majlis bacaan al-Quran setiap khamis setiap minggu, selalunya memang sesiapa yang ada hajat tahlil or doa selamat akan buat sekali masa tu la, ada lah sikit jamuan untuk sesiapa yang hadir oleh yang berhajat. Sebelum johor cuti jumaat dan sabtu, program ni selalunya buat pada pagi jumaat, bila tukar kerja ahad hingga khamis, so program ni pon tukar hari lah.

So mama dah maklumkan mengenai hajat mama pada ofismate aka pengerusi surau ofis. Makanan dan sedikit kuih muih pon mama dah order. Mudahan dipermudah dan dilancarkan. Auntie-auntie ofis yang tahu hajat mama pon dah siap request untuk salman ada sekali masa majlis. hikhikhik.

Ok cukup pasal doa selamat tu, dah jalan baru story lagi. Nak cerita pada hari kejadian salman menginjak dengan rasminya genap 1 tahun. Alhamdulillah.

Pagi-pagi pukul 4.00 pagi mama terjaga, sempat kiss and wish salman yang tengah tidur happy birthday.. sebenarnya nak wish kononnya tengah malam, tapi mama ngantuk tidur sekali ngan salman. Lepas wish mama sambung tidur balik.. hahah.

Pagi-pagi salman dah kejutkan mama bangun tidur.. Owh birthday baby boy bangun awal. Cadangannya nak pergi Zoo Singapore. Cuaca mama tengok dah gelap tu kat luar, tapi still mengharap yang dekat zoo nanti tak hujan..

Lepas gedabak-gedebuk mandi, pakai baju sedia kelengkapan semua. Mama n papa pon siap makan nasi ayam balance semalam dulu kat umah dalam pukul 11 berpandukan GPS kami pon gerak dari rumah.. Salman exited sebab harini mama & papa layan dia sorang je..Dalam kereta dia aktif gerak situ sana.. Alhamdulillah sampai zoo belum hujan.. Nak masuk singapore lancar je, nasib baik takde jem..

Bila dah bayar tiket bergambar di entrance hujan renyai-renyai mula turun. 1st time tengok zoo singapore.. Waa cantiknya.. berbaloi la kot dengan harganya yang MAHAI tuan-tuan dan puan-puan.. $56 untuk 2 adult.. salman free ;)

1st of all apa grab the leaflet.. then buka payung terus jalan. Ramai je yang meneruskan perjalanan walaupon hujan.. kami tak bawak stroller cuma berbabywearing je. Nasib baik bawak selimut salman untuk cover tempias hujan dan payung yang ada super besar untuk memayungi aku cik abang dan salman.

1/3 daripada perjalanan dalam zoo salman adalah tertidur.. dari masuk dalam pukul 12 tu dia jaga lagi after 1/2 hour dia mula doze off.. sedar-sedar keluar dari tempat kanggaro dia dah layu-layu mata, aku popok bontot terus lena sandar kat dada.. So apa lagi mama & papa dating berdua tengok binatang dalam hujan renyai.. Nasib baik hujang nya kejap je, ala-ala manja je nak turun..

Cerita pasal zoo singapore, binatang dia semua gabak-gabak dan sihat-sihat. Paling aku tak tahan tengok ikan dia besar-besar lengan banyak lak tuhh..  zoo dia ala-ala dalam hutan dan ala-ala dalam taman gitu. pihak zoo singapore cuba sebaiknya mengekalkan corak habitat asal seseekor binatang itu.. dan sungguh besar lah aku rasa zoo singapore ni.. besar sebab aku rasa kaki aku penat jalan, sampai sekarang kejang kaki berjalan masih terasa.. tapi aku rasa zoo negara lagi besar lahh..hihi.. dan aku perasan zoo singapore ni bersih.. orang tak berani buang sampah kot.. hihihi..

Selain tengok binatang dengan berjalan ada tram dalam ni. Becoz we want to enjoy the view plus nak naik tram kena additional plak $5 per person so kiteorang tak naik tram.. hehe. Ada waktu-waktu tertentu bila binatang ni diberi makan pengunjung pon boleh join beri makan sekali, tapi untuk binatang yang tak mengancam nyawa lah ye.. kalau nak bagi makan pak belang korang boleh tengok je laa tak boleh join sekali.. Dan setiap kali nak join bagi binatang makan kena charge $5 jugek.. hikhikhik..

selain itu ada show pada masa-masa tertentu.. ada 3 show.. kiteorang pergi tengok rainforest fight pada pukul 2.30 dan splash safari pada pukul 5.00 petang di amphitheater zoo singapore.. Waktu tengok rainforest fight tu la salman terjaga dari tidur.. dalam blur-blur mamai mamai tidur dia sibuk tunjuk monkey yang dok bergayut nak pergi ke pentas.. So well trained binatang-binatang ni semua.. Lama kan salman tidur dari pukul 12.30 sampai pukul 2.30.. 2 jam anak aku sedap tidur dalam boba berpeluk dengan mama.. faktor hujan renyai-renyai yang memberi effect sejuk menambahkan keselesaan kot..


Lepas je tengok rainforest fight show, mama's turn untuk ke toilet, so papa take over membabywearingkan salman.. Thank you papa. Lagi seronok salman duduk dalam boba berpeluk dengan papa sebab papa lagi gagah perkasa, so mama jadi jurucamera je lahh..

After tengok splash safari show kami pon say bye-bye kat zoo singapore..

Haha semalam entry teaser kengkonon.. Hari ni cuma kata-kata je ye yang banyak..


Ok bye ~~
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.